Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan Wee Power




KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta mewah Itali, Ferrari yang terkenal dengan kejayaan dalam Formula 1 dan lambang kuda legendanya kalah dalam kes mahkamah berhubung pertikaian cap dagang dengan sebuah syarikat minuman tenaga tempatan membabitkan logo kuda berkembar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini menolak saman Ferrari terhadap Sunrise-Mark Sdn Bhd dan memutuskan logo 'Wee Power' milik syarikat itu tidak menyerupai cap dagang Ferrari sehingga boleh menimbulkan kekeliruan, sekali gus boleh diteruskan untuk didaftarkan.
Hakim Adlin Abdul Majid menyatakan dakwaan Ferrari berhubung kemungkinan kekeliruan itu tidak berasas, lapor Harian Metro.
Ferrari memfailkan saman pemula terhadap Sunrise-Mark bagi membatalkan keputusan Pendaftar Cap Dagang yang sebelum ini menolak bantahan Ferrari dan membenarkan permohonan cap dagang syarikat tempatan itu tahun lalu.
Ferrari berhujah cap dagang Sunrise-Mark, yang memaparkan dua ekor kuda sambil berhadapan antara satu sama lain dengan huruf 'W' tebal di antaranya dan perkataan 'Wee Power' di bawahnya, melanggar hak eksklusif mereka terhadap logo kuda tunggal yang digunakan pada kenderaan, barangan niaga dan penjenamaan global mereka.
Syarikat automotif itu turut cuba memperkecilkan elemen 'Wee Power' dengan mendakwa perkataan 'Power' telahpun dinyatakan sebagai pengecualian dalam pendaftaran cap dagang, manakala 'Wee' pula terlalu umum untuk dianggap terlalu umum untuk dianggap unik.
Bagaimanapun, mahkamah dalam keputusannya bertarikh 30 Mei tidak bersetuju dengan plaintif atas alasan bahawa satu-satunya persamaan antara kedua-dua tanda itu ialah kuda.
"Tanda plaintif ialah tanda peranti dengan seekor kuda berdiri, manakala tanda defendan (Sunrise-Mark) mengandungi dua kuda berdiri yang saling berhadapan.
"Tanda defendan tidak hanya tertumpu pada kuda yang berdiri kerana ia mengandungi huruf besar Wdi antara kepala kedua-dua kuda dan perkataan WEE POWER di bawah kuda-kuda itu.
"Saya menerima penjelasan defendan bahawa perkataan WEE berasal daripada nama pengasas defendan, Wee Juan Chien, dan tidak merujuk kepada takrifan biasa perkataan wee dalam bahasa Inggeris.
"Saya mendapati tidak mungkin defendan berniat untuk menjenamakan minuman tenaganya dengan perkataan yang bermaksud 'kuasa yang sangat kecil' atau 'kuasa yang sangat awal'," katanya.
Adlin berkata, mahkamah mendapati tiada kemungkinan munasabah bahawa seseorang yang membeli minuman tenaga akan mengelirukannya dengan kenderaan mewah Ferrari.
"Plaintif dan defendan terbabit dalam industri yang berbeza, dengan plaintif dalam industri automotif mewah manakala defendan berurus niaga dalam barangan boleh guna.
"Kedua-dua jenis produk tidak bersaing antara satu sama lain, dan pelanggan plaintif serta pelanggan defendan tidak mungkin bertindih.
"Saya mendapati tidak mungkin pengguna biasa akan melihat tanda defendan dan membentuk tanggapan bahawa ia serupa dengan tanda plaintif," katanya.
Mahkamah juga memerintahkan pengeluar kereta itu membayar kos mahkamah.
Peguam PC Kok dan Ng Pau Chze mewakili plaintif manakala YY Ho dan Amirah Najihah Ameruddin mewakili defendan. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/mahkamah-tolak-saman-pengeluar-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Sesyen Jatuhkan Hukuman Denda Rm100 000 Terhadap Lelaki Ceroboh Tanah Kerajaan Di Bentong

Mahkamah Sesyen Jatuhkan Hukuman Denda Rm100 000 Terhadap Lelaki Ceroboh Tanah Kerajaan Di Bentong

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 217 hits
RAUB Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda sebanyak RM100 000 oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini selepas didapati bersalah menceroboh tanah milik kerajaan Negeri Pahang di Sungai Cherpai Bentong Tertuduh Cheng Choon Foo 48 mengaku b...
Mahkamah Tinggi Kuantan Kekalkan Hukuman Penjara Terhadap Peneroka Felda Dan Dua Individu

Mahkamah Tinggi Kuantan Kekalkan Hukuman Penjara Terhadap Peneroka Felda Dan Dua Individu

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 141 hits
KUANTAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan bersalah terhadap seorang peneroka Felda berusia 63 tahun dan mensabitkan dua lagi individu berhubung kesalahan memperdaya seorang ahli perniagaan sehingga kerugian RM66 300 Hakim...
Porsche Milik Selebriti Antara 101 Kereta Mewah Disita Jpj

Porsche Milik Selebriti Antara 101 Kereta Mewah Disita Jpj

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 167 hits
BernamaKenderaan itu disita kerana melakukan kesalahan antaranya tiada insurans nombor pendaftaran palsu dan nombor casis tidak padan dengan sistem Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Aedy Fadli Ramli melihat kenderaan mewah yang disi...
147 Pati 3 Rakyat Tempatan Dicekup Di Pusat Cuci Kereta Johor Disyaki Terlibat Aktiviti Jenayah

147 Pati 3 Rakyat Tempatan Dicekup Di Pusat Cuci Kereta Johor Disyaki Terlibat Aktiviti Jenayah

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 157 hits
Seramai 150 individu termasuk pendatang asing tanpa izin serta tiga lelaki tempatan ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah melibatkan 64 pusat cuci kereta di sekitar Johor Bahru Iskandar Puteri dan Kulai semalam Operasi besar besaran...
Jennie Bp Menang Kes Saman Terhadap Lelaki Dakwa Dirinya Bapa Kandung

Jennie Bp Menang Kes Saman Terhadap Lelaki Dakwa Dirinya Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 183 hits
BLACKPINK telah memenangi kes mahkamah terhadap seorang lelaki yang secara palsu mendakwa dirinya bapa kandung Jennie dan menerbitkan sebuah buku berdasarkan dakwaan itu Artikel Berkaitan Terbaur Mahkamah Korea Selatan memutuskan bahawa tud...
Pm Anwar Bakal Bertemu Pemimpin Daripada 36 Syarikat Itali Termasuk Mnc Di Rom

Pm Anwar Bakal Bertemu Pemimpin Daripada 36 Syarikat Itali Termasuk Mnc Di Rom

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 118 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan penting bersama 36 syarikat utama Itali termasuk syarikat multinasional gergasi seperti Leonardo SpA STMicroelectronics dan Ferrero sempena lawatan kerja sulung beliau ke R...
Pemimpin Bersatu Didakwa Terima Rasuah Rm235 000 3 Kereta Mewah

Pemimpin Bersatu Didakwa Terima Rasuah Rm235 000 3 Kereta Mewah

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 142 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas timbalan speaker Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 20 tuduhan rasuah berjumlah RM235 000 berkait projek tambak laut di Melaka antara April 2024 hingga Januari lalu Ti...
Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Pemilik Syarikat Lori Terlibat Nahas Maut Fru

Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Pemilik Syarikat Lori Terlibat Nahas Maut Fru

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 174 hits
TELUK INTAN 24 Jun Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori yang terlibat dalam nahas maut meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan bulan lalu Perintah itu dikeluar...
Hiburan Duit Rm80 000 Hasil Jual Toyota Vellfire Disonglap Staf Syarikat Pu Riz Menang Kes Di Mahkamah

Hiburan Duit Rm80 000 Hasil Jual Toyota Vellfire Disonglap Staf Syarikat Pu Riz Menang Kes Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 175 hits
Pendakwah terkenal PU Riz bersyukur akhirnya kes saman yang difailkan terhadap sebuah syarikat berhubung penjualan kereta Toyota Vellfire miliknya akhirnya selesai di mahkamah semalam Menurut laporan seorang kakitangan syarikat itu didakwa ...
Coming Soon The New Huawei Matepad 11 5 Papermatte Edition 2025

Troponin Saya Tinggi Apa Yang Perlu Dibuat

Terkini Kes Zara Pengetua Penolong Kanan Hem Warden Asrama Ditempatkan Sementara Di Jpn Sabah

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Enam Orang Termasuk Empat Kanak Kanak Maut Api Terlalu Marak Sukar Untuk Selamatkan Mangsa

Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

Kelantan Trw Kongsi Mata Dengan Imigresen Fc

Mic At A Crossroads Time To Reclaim Relevance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

Filem Magik Rompak

Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Rahsia Ayam Kam Heong Ala Restoran Masak Kat Rumah Pun Jadi