Mahkamah Tolak Permohonan Kes Ahli Keluarga Penyerang Balai Dibicara Bersama


 
Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei tahun lalu, dua anggota polis terkorban dan seorang lagi cedera manakala penyerang ditembak mati dalam insiden itu.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan agar kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor yang berdepan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan, dibicarakan bersama.
Mereka terdiri bapa penyerang berkenaan Radin Imran Radin Mohd Yassin, 63; ibunya Rosna Jantan, 60; dan tiga adik-beradiknya iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 35; Farhah Sobrina Radin Imran, 24; dan Mariah Radin Imran, 20.
Hakim Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan itu berkata sekiranya kes lima tertuduh itu dibicarakan bersama, ia akan memprejudiskan mereka.
“Setelah menimbang hujahan pihak pendakwaan dan peguam responden, mahkamah menolak permohonan pendakwaan agar kes kelima-lima responden dibicarakan sekali,” katanya.
Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes melibatkan responden ketiga (Rosna), keempat (Mariah) dan kelima (Farhah) yang masing-masing berdepan satu pertuduhan, dibicarakan sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata pihaknya memohon kes lima tertuduh itu dibicarakan bersama kerana melibatkan kesalahan, transaksi, lokasi dan tempoh masa sama.
“Sekiranya kes responden ketiga, keempat, dan kelima dibicarakan bersama dengan dua responden lagi, ia tidak memprejudiskan ketiga-tiga responden itu kerana kes mereka berkaitan dengan dua responden terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Faizal Rahman yang mewakili lima responden itu, membantah permohonan pendakwaan kerana berpandangan ia akan memprejudiskan responden ketiga, keempat dan kelima memandangkan tempoh masa kejadian tidak sama dengan dua responden itu.
Pada 30 Sept tahun lalu, di hadapan Hakim Noorin Badaruddin (kini hakim Mahkamah Rayuan), Rosna mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei tahun lalu.
Sementara itu, pada 16 Okt 2024, di hadapan Hakim K Muniandy, Radin Romyullah juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.
Pada 23 Okt tahun lalu, Radin Imran mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azhar Abdul Hamid.
Di hadapan hakim sama pada tarikh sama (23 Okt) anak perempuan Radin Imran, Farhah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkenaan berkaitan ideologi keganasan manakala pada 27 Nov 2024, Mariah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama di hadapan hakim Muniandy.
Dalam serangan di balai polis Ulu Tiram pada 17 Mei tahun lalu, dua konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelaki yang akhirnya ditembak mati dalam insiden tersebut. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/mahkamah-tolak-permohonan-kes-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Dah Buat Kami Malu Satu Malaysia Razman Razmi Enggan Tarik Dan Selesai Kes Di Luar Mahkamah

Kau Dah Buat Kami Malu Satu Malaysia Razman Razmi Enggan Tarik Dan Selesai Kes Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 105 hits
Pada 8 Januari lalu kecoh di media sosial apabila terdapat satu hantaran video yang menunjukkan Razman dan Razmi secara tiba tiba diserang seorang jurugambar Muhammad Imran Khairil Mengalami Keceraan Selepas Diserang Serangan yang dilakukan...
Budak 12 Tahun Maut 5 Ahli Keluarga Lain Termasuk Bayi Parah Mpv Rempuh Lori

Budak 12 Tahun Maut 5 Ahli Keluarga Lain Termasuk Bayi Parah Mpv Rempuh Lori

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 110 hits
Amir Hamzah Nordinam hmetro com myKanak kanak lelaki maut manakala lima ahli keluarga termasuk seorang bayi cedera dalam kemalangan di KM 164 7 Lebuhraya Pantai Timur 1 arah timur hari ini Maran Kanak kanak lelaki maut manakala lima ahli ke...
Permohonan Peguam Cabar Keputusan Mcmc Sekat Hantaran Di Facebook Ditolak Mahkamah

Permohonan Peguam Cabar Keputusan Mcmc Sekat Hantaran Di Facebook Ditolak Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 124 hits
MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan seorang peguam Dr Shamsher Singh Thind untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung sekatan yang dikenakan ke atas hantaran Fac...
Pegawai Kanan Stesen Televisyen Antara 7 Ditahan Kes Ubah Wang Haram

Pegawai Kanan Stesen Televisyen Antara 7 Ditahan Kes Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 111 hits
Wartawan BHbhnews bh com myKUALA LUMPUR Seorang pegawai kanan sebuah stesen televisyen antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes pengubahan wang haram hari ini Difahamkan tangkapan dijalankan Pasukan Siasatan Jen...
Pas Dan Ngo Melayu Jom Bela Najib Dengan Kes Baru Pula

Pas Dan Ngo Melayu Jom Bela Najib Dengan Kes Baru Pula

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 104 hits
Ini yang aku kata Sibuk nak dapatkan pengampunan diraja untuk Najib Nak Hakikatnya dia ada lagi kes di mahkamah Dan nampak gaya yang ini pun Ke penjara lagi le gamaknya Sepertinya biar selesai semua kes Lepas tu barulah minta pengampunan Ba...
Kes Lulus Lesen 2 Kakitangan Agensi Ditahan

Kes Lulus Lesen 2 Kakitangan Agensi Ditahan

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 107 hits
Dua kakitangan dan seorang bekas kakitangan sebuah agensi di bawah kementerian ditahan SPRM dalam siasatan kes rasuah dalam mendapatkan surat tawaran kelulusan LKP PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua kakitangan ...
Pengarah Agensi Ditahan Dalam Siasatan Kes Pemeriksaan Kenderaan

Pengarah Agensi Ditahan Dalam Siasatan Kes Pemeriksaan Kenderaan

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 124 hits
FMT ReportersPengarah sebuah agensi di bawah kementerian antara lapan individu yang ditahan SPRM hari ini Lapan ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mendapatkan surat tawaran kelulusan LKP daripada sebuah agensi tanpa penuhi ...
Ahli Pesawah Tetap Berkumpul Di Sebalik Nasihat Pm Tangguh Perhimpunan

Ahli Pesawah Tetap Berkumpul Di Sebalik Nasihat Pm Tangguh Perhimpunan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 107 hits
freemalaysiatoday com 27 Jan 2025 11 21 AMSemalam Anwar Ibrahim minta Pesawah tangguh perhimpunan ke tarikh lain susulan lawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Putrajaya hari ini Ahli Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia berkump...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang