Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin Balu Ceo Cradle Fund



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin Samirah Muzaffar yang menghadapi pertuduhan membunuh suaminya, ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan pada Jun tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam tertuduh, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata terdapat kemungkinan saksi-saksi dalam kes itu akan diganggu sekiranya tertuduh dibenarkan diikat jamin.

Menurut beliau, dalam kes ini, pembunuhan didakwa berkaitan dalam kalangan anggota keluarga dan saksi-saksi adalah dalam kalangan anggota keluarga selain kejadian berlaku di rumah tertuduh dan mangsa, justeru, wujud kemungkinan besar untuk saksi-saksi diganggu oleh wanita itu.

Mengenai hujahan pihak perayu (tertuduh) sama ada tertuduh boleh menyediakan pembelaan yang lengkap, Ab Karim berpendapat sudah tentu wanita itu boleh berbuat demikian meskipun berada dalam tahanan reman.

"Pihak peguam bela juga menyatakan surat-surat anak guamnya telah ditapis oleh pihak penjara dan seperti yang dinyatakan oleh pihak penjara, hanya sebahagian kecil sahaja kandungan surat tertuduh ditapis. Saya berpendapat sudah tentu keseluruhan surat telah mencapai maksudnya.

"Tertuduh juga boleh berjumpa peguam selama 45 minit dalam seminggu tertakluk kepada peraturan penjara dan ini tidak menghalang hubungan antara tertuduh dan peguamnya. Jadi tidak mungkin pembelaan tertuduh tidak dapat disediakan, " katanya.

Mengenai faktor kesihatan ibu bapa serta dua anak tertuduh yang masih kecil, Ab Karim berkata perkara itu tidak cukup untuk dipertimbangkan oleh mahkamah memandangkan mereka masih mempunyai anggota keluarga rapat yang lain untuk menjaga kebajikan serta kesihatan mereka.

Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk menolak permohonan ikat jamin Samirah dan memerintahkan wanita itu kekal dalam tahanan reman.

Beliau turut menetapkan perbicaraan bermula 3 Sept hingga 15 Sept dan 23 Sept hingga 4 Okt depan.

Pada 12 Mac lalu, Samirah, 44, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dua remaja lelaki, masing-masing berumur 14 dan 17 tahun didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Homes, dekat sini, antara pukul 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi pada 14 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama itu memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada 27 Mac lepas bagaimanapun membenarkan kedua-dua remaja lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 seorang, selepas membenarkan permohonan jaminan mereka.

Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah bahawa anak guamnya harus dibenarkan diikat jamin atas alasan kebebasan anak guamnya untuk berkomunikasi dengan peguam ´telah disekat´ selain surat mengandungi arahan anak guamnya kepada peguam telah ditapis oleh pegawai penjara.

Tambah beliau, dalam maklumbalas yang diberikan oleh pihak penjara, terdapat peraturan yang diguna pakai pihak penjara berkenaan tapisan berkenaan.

"Beberapa alasan untuk penapisan adalah kepentingan keselamatan negara, menentukan keselamatan penjara dan pencegahan dan pengesanan jenayah, namun tidak ada seperti itu yang ditimbulkan terhadap anak guamnya.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai itu ialah beliau membaca surat dan membuat tapisan sesuka hati. Bagi ikat jamin dipertimbangkan, bolehkah dia dalam keadaan waras beri arahan kepada peguamnya katanya dan menmbah Samirah bersedia untuk dipasang penjejak elektronik (electronic monitor) sekiranya dibenarkan diikat jamin.

Jamil dalam hujahan balasnya pula berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan alasan yang ´luar biasa´ bagi membolehkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan.

Beliau juga berkata terdapat bahaya dan keberangkalian yang tinggi bahawa tertuduh akan melarikan diri dan berkemungkinan mengganggu saksi.

"Walaupun dalam reman, tertuduh masih boleh berjumpa dan memberi arahan kepada peguam-peguamnya. Hak tertuduh terhadap peguam tidak akan dinafikan, " tambahnya.

Media sebelum ini melaporkan Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun tahun lepas, yang pada mulanya dilaporkan berpunca daripada letupan telefon bimbitnya.

Pada 3 Ogos 2018, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/dfO63Zk52GM/mahkamah-tolak-permohonan-ikat-jamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Skandal Rm16j Pegawai Kbs Mahkamah Tolak Permohonan Ketepi Hakim

Kes Skandal Rm16j Pegawai Kbs Mahkamah Tolak Permohonan Ketepi Hakim

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 355 hits
Otman 60 memfailkan permohonan untuk mengetepikan hakim Azura Alwi daripada mendengar perbicaraan kesnya dan memindahkan kes itu untuk didengar oleh hakim Mahkamah Sesyen yang lain pada 25 Januari 2019 menerusi penguam Muhammad Rafique Rash...
Permohonan Maaf Ditolak Fizz Fairuz Gesa Akaun Pemfitnah Tunjukkan Diri Di Sidang Media Nanti

Permohonan Maaf Ditolak Fizz Fairuz Gesa Akaun Pemfitnah Tunjukkan Diri Di Sidang Media Nanti

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 270 hits
Beberapa hari lepas Datuk Fizz Fairuz telah difitnah oleh satu akaun Instagram yang mendakwa pelakon itu ditangkap khalwat di Terengganu Namun begitu kenyataan tersebut dinafikan sekerasnya oleh Fizz dan bertindak ingin membawa kes ini ke m...
Lpsk Terima Permohonan Perlindungan Saksi Pelapor Kasus Mafia Bola

Lpsk Terima Permohonan Perlindungan Saksi Pelapor Kasus Mafia Bola

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 201 hits
Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban telah mengabulkan permohonan Lasmi Indaryani selaku pelapor kasus dugaan mafia bola Hal itu disampaikan oleh kuasa hukumnya Boyamin Saiman di Polda Metro Jaya
Kita Nak Jernihkan Keadaan Bukan Nak Burukkan Dato Fizz Fairuz Tak Terima Permohonan Maaf Makcik P U A K A Di Instagram

Kita Nak Jernihkan Keadaan Bukan Nak Burukkan Dato Fizz Fairuz Tak Terima Permohonan Maaf Makcik P U A K A Di Instagram

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 312 hits
Please follow and like us 0 Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin tidak menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh empunya Instagram yang membuat fitnah kepada dirinya Instagram makcik puaka membuat permohonan maaf ke...
Pengundi Prk Rantau Digesa Tolak Parti Main Isu Perkuaman

Pengundi Prk Rantau Digesa Tolak Parti Main Isu Perkuaman

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 293 hits
Pengundi PRK Rantau digesa tolak parti main isu perkuamanPosted By on March 28 2019Setelah 5 hari berlangsungnya Perhimpunan Solidariti Untuk Keamanan di Kuala Lumpur pelbagai pihak berharap mesej himpunan itu telah sampai ke minda dan hati...
Tunas Usahawan Belia Bumiputera Permohonan 2019 Dibuka

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Permohonan 2019 Dibuka

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 400 hits
Anda pernah dengar mengenai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan Ia dikendalikan dan diselaras oleh ...
Sayang Mak Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf Di Ig Ini Reaksi Ahya Kakaknya Liana Rosli

Sayang Mak Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf Di Ig Ini Reaksi Ahya Kakaknya Liana Rosli

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 591 hits
Sayang Mak Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf di IG Ini Reaksi Ahya Kakaknya Liana Rosli Sejak dua hari lalu kecoh di kalangan netizen selepas viral rakaman video tarian dan pakaian penari yang mencolok mata di dalam majlis persandingan ...
Najib Failkan Permohonan Semakan

Najib Failkan Permohonan Semakan

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 213 hits
Foto sumber internet Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC Internat...
Permohonan Najib Semak Pembatalan Perintah Tangguh Bicara Didengar Khamis

Permohonan Najib Semak Pembatalan Perintah Tangguh Bicara Didengar Khamis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 321 hits
Permohonan Najib semak pembatalan perintah tangguh bicara didengar Khamis Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 2
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip