Mahkamah Tinggi Tentukan Status Agama 39 Pengikut Ahmadiyah


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan telah mengarahkan Mahkamah Tinggi menentukan status agama 39 pengikut Ahmadiyah yang memfailkan semakan kehakiman terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana cuba mendakwa mereka bagi kesalahan syariah.
Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid ketika mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi berkata, beberapa pengikut Ahmadiyah rakyat Malaysia memiliki MyKad yang menyatakan ‘Islam’ sebagai agama mereka, namun dua fatwa di Selangor telah mengisytihar komuniti tersebut sebagai bukan Islam.
Beliau mendengar kes itu pada 2018 bersama-sama Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof serta Hakim Datuk Nor Bee Ariffin dan mengumumkan keputusannya pada Selasa lepas.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, para perayu berhujah bahawa sepanjang siasatan, mereka tidak hanya bergantung kepada identiti agama seperti dinyatakan dalam MyKad pengikut Ahmadiyah tetapi juga hakikat bahawa mereka memiliki ciri-ciri orang Melayu untuk menganggap bahawa mereka beragama Islam.
Para perayu terdiri daripada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Penyiasat JAIS, JAIS, Ketua Pendakwa Syarie dan Kerajaan Negeri Selangor.
Badariah berkata, hakim Mahkamah Tinggi tidak menganalisis bukti bagi menentukan sama ada ahli kumpulan itu adalah pengikut tulen fahaman Ahmadi atau menjadi pengikut kerana telah meninggalkan Islam.
“Yang Arif hakim menganggap bahawa responden dalam kes ini sememangnya pengikut Ahmadiyah tanpa mengambil kira penegasan oleh pegawai JAIS yang berkaitan bahawa para perayu tidak dapat merumuskan responden adalah daripada komuniti Ahmadiyah,” katanya.
Beliau berkata, para perayu dan responden tidak mengemukakan sebarang hujah mengenai status sebenar responden di Mahkamah Tinggi dan hakim sepatutnya membenarkan siasatan dilakukan berhubung status agama responden.
Badariah berkata, maklumat dalam MyKad adalah tidak konklusif dalam menentukan status agama seseorang sebagai ‘Islam.’
Beliau berkata, sekiranya responden atau mana-mana pihak membuktikan kes mereka dengan keterangan yang kukuh serta boleh dipercayai bahawa mereka adalah pengikut tulen fahaman Ahmadi, maka Mahkamah Tinggi mempunyai budi bicara untuk membenarkan relif yang dipohon iaitu membatalkan dan melarang siasatan serta pendakwaan Syariah terhadap mereka.
Katanya, seperti orang lain, pengikut Ahmadiyah mempunyai hak bagi kebebasan beragama, namun disebabkan dua sistem perundangan yang terdapat di Malaysia, status mereka sama beragama Islam atau sebaliknya, selain fakta bahawa MyKad telah menyatakan Islam sebagai agama mereka, mungkin menimbulkan kekaburan mengenai status agama mereka.
Badariah berkata, mungkin langkah sewajarnya harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengenal pasti secara konklusif siapa yang dianggap sebagai pengikut Ahmadiyah untuk menghalang siasatan lanjut dan pendakwaan terhadap pengikut tulen fahaman Ahmadi.
“Ini juga akan mengkehendaki pengikut Ahmadiyah memiliki dokumen berkaitan seperti MyKad (bagi rakyat Malaysia) yang tidak kabur dari segi identiti agama mereka,” katanya.
Kesemua 39 individu terbabit, yang terdiri daripada 28 rakyat Malaysia, lapan rakyat Pakistan, dua rakyat India dan seorang warga Indonesia, telah memindahkan markas mereka dari Kampung Baru ke Kampung Nakhoda, Batu Caves di mana mereka melakukan ibadat seperti bersembahyang di pekarangan markas mereka.
Pada 11 April 2014, JAIS menyerbu premis itu atas alasan responden telah menggunakannya untuk melakukan ibadat yang melanggar Seksyen 97 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa orang Islam adalah dilarang, tanpa kebenaran bertulis, daripada mendirikan bangunan dengan tujuan menggunakan ia untuk aktiviti keagamaan.
Responden yang hadir di premis itu telah ditangkap, ditahan dan dimaklumkan mengenai kemungkinan berdepan pendakwaan di Mahkamah Syariah.
Mereka kemudian telah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman selepas menerima dokumen yang memaksa mereka hadir di Mahkamah Syariah untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka.
Pada 6 Julai 2018, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak berkuasa agama Selangor tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pengikut fahaman Ahmadi di negeri itu susulan fatwa yang diwartakannya pada 2001 yang menganggap kumpulan itu sebagai murtad.
Mahkamah Tinggi membenarkan relif yang dipohon oleh 39 pengikut Ahmadi iaitu bahawa pihak berkuasa agama tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka bagi kesalahan di bawah enakmen jenayah Islam negeri itu.
Mahkamah Rayuan membenarkan sebahagian daripada rayuan perayu dan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi.- Bernama
The post Mahkamah Tinggi tentukan status agama 39 pengikut Ahmadiyah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/27/mahkamah-tinggi-tentukan-status-agama-39-pengikut-ahmadiyah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Dapati Remaja 19 Tahun Bersalah Bunuh 23 Individu Dalam Insiden Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah 2017

Mahkamah Tinggi Dapati Remaja 19 Tahun Bersalah Bunuh 23 Individu Dalam Insiden Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah 2017

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR 17 Ogos Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qur...
Insiden Christchurch Mahkamah Tentukan Nasib Penyerang Masjid Hari Ini

Insiden Christchurch Mahkamah Tentukan Nasib Penyerang Masjid Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 299 hits
ANKARA 24 OGOS Penghakiman terhadap pengganas yang bertanggungjawab melakukan serangan di masjid Christchurch insiden berdarah paling menggemparkan di New Zealand bermula Isnin lapor Agensi Anadolu Brenton Tarrant 29 seorang kulit putih war...
Mahkamah Tinggi Tolak Jaminan Kes Remaja Campak Bayi

Mahkamah Tinggi Tolak Jaminan Kes Remaja Campak Bayi

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 399 hits
Tertuduh bersalin di tandas rumah sendiri dan masih dipenjara GEORGE TOWN Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak pemohonan seorang remaja yang berdepan pertuduhan membunuh bayi baru dilahirkannya untuk dibebaskan dengan jaminan Hakim Datu...
Keputusan Mahkamah Tinggi Kk Esok Jadi Tumpuan

Keputusan Mahkamah Tinggi Kk Esok Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 438 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Tinggi di sini akan bersidang esok bagi memutuskan sama ada keputusan Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai lalu boleh diadili iaitu dibicarakan di mahkamah K...
Najib Sudah Didapati Bersalah Dan Dihukum Oleh Mahkamah Tinggi Tetapi Umno Kata Belum Bersalah Kerana Rayuan

Najib Sudah Didapati Bersalah Dan Dihukum Oleh Mahkamah Tinggi Tetapi Umno Kata Belum Bersalah Kerana Rayuan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 415 hits
Seseorang itu sudah melakukan satu dosa dan sekarang dalam proses taubat Kalau tobatnya diterima dia bebas dari dosa Kalau tobatnya tidak diterima dia belum lagi bersalah sebab ada mahkamah lain yang belum buat keputusan Dan dia belum lagi ...
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Mula Mendengar Kes Pembubaran Dun Sabah

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Mula Mendengar Kes Pembubaran Dun Sabah

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 395 hits
KOTA KINABALU 17 Ogos Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mula mendengar untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai lepas boleh diadili iaitu boleh dibicarakan di mahkamah Pesuru...
Isa Samad Bela Diri Terhadap 9 Pertuduhan Rasuah Rm3 Juta Di Mahkamah Tinggi Esok

Isa Samad Bela Diri Terhadap 9 Pertuduhan Rasuah Rm3 Juta Di Mahkamah Tinggi Esok

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 316 hits
Bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad menghadapi 9 pertuduhan menerima rasuah di bawah Seksyen 16 Akta SPRM berkait pembelian Merdeka Palace Hotel Suites oleh Felda Investment Corporation 6 tahun lepas KUALA LUMPUR Bermula esok bekas pengeru...
Mahkamah Tinggi Putuskan Sidang Sehari Dewan Rakyat Sah

Mahkamah Tinggi Putuskan Sidang Sehari Dewan Rakyat Sah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR 3 SEPT Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei lalu adalah sah dan mengikut undang undang walaupun ia bukan normal dan tidak pernah berlaku sebelumnya demi menge...
Banyak Istri Tinggalkan Suami Karena Tak Punya Duit Sidang Cerai Di Pengadilan Agama Membludak

Banyak Istri Tinggalkan Suami Karena Tak Punya Duit Sidang Cerai Di Pengadilan Agama Membludak

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 316 hits
Bukan cuma janda Jawa Barat juga akan dibanjiri duda duda baru Pasalnya sejak pandemi corona menyerang angka perceraian di beberapa daerah di Jawa Barat meningkat Terbaru di Kabupaten Bandung angka perceraian melonjak tinggi Itu terjadi kar...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa