Mahkamah Tinggi Melepaskan Tanpa Membebaskan Najib Atas Tiga Tuduhan Berkaitan Kes Src Rm27 Juta




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, membuat keputusan membenarkan permohonan Najib minggu lalu untuk mendapatkan DNAA selepas mendapati tempoh masa yang tidak menentu dan tidak pasti yang menyebabkan bekas perdana menteri itu terpaksa berdepan pertuduhan tanpa sebarang penyelesaian.
Muniandy berkata, ia menyebabkan penantian panjang untuk perbicaraan yang menjadi beban berlarutan kepada tertuduh, sekali gus menafikan hak beliau mendapatkan penyelesaian sewajarnya dan tepat pada masanya.
Beliau berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas menimbang faktor terdapat kelewatan terlalu lama dalam memulakan perbicaraan bagi kesalahan pengubahan wang haram terhadap Najib dan pelbagai penangguhan diberikan kepada pendakwaan bagi membolehkan mereka bersedia serta hadir untuk mengendalikan kes ini.
Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwaan masih belum bersedia memulakan perbicaraan dalam masa terdekat dan masih gagal mendapatkan serta mengumpul dokumen diperlukan sebagai bukti terhadap tertuduh.
Beliau berkata, prinsip kedaulatan undang-undang yang terpakai adalah bagi mengelak situasi yang memudaratkan seperti itu.
"Proses mahkamah disalahgunakan dengan pelbagai penangguhan dan kes ini masih kekal dalam sistem kehakiman tanpa penyelesaian sejak 2019, sedangkan mahkamah sentiasa bersedia mendengar dan memutuskan kes secara menyeluruh," katanya.
Muniandy berkata, mahkamah juga mengambil kira fakta semasa bahawa pertuduhan terhadap bekas Presiden UMNO itu merujuk kepada kesalahan yang didakwa dilakukan pada 2014.
"Kini sudah tahun 2025 dan kes ini masih belum dimulakan untuk perbicaraan.
"Berdasarkan faktor itu, perintah yang paling sesuai ialah mahkamah ini melepaskan tertuduh tanpa membebaskannya, supaya beliau tidak lagi dibebani pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Malah, tiada prejudis kepada pihak pendakwaan dengan perintah pelepasan ini, yang dalam istilah umum dikenali sebagai kerana pendakwaan masih boleh meneruskan kes ini sekiranya mereka sudah bersedia pada masa akan datang.
"Sehingga tiba waktunya, tertuduh dilepaskan daripada semua pertuduhan terhadapnya dan perintah yang diberikan adalah DNAA," katanya.
Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau.
Bekas perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Najib yang kini ditahan di Penjara Kajang sudah disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram pada Julai 2020 membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan), Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/mahkamah-tinggi-melepaskan-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Bebas Dan Lepaskan Yusoff Rawther Atas Pertuduhan Edar Dadah Miliki Pistol Tiruan

Mahkamah Tinggi Bebas Dan Lepaskan Yusoff Rawther Atas Pertuduhan Edar Dadah Miliki Pistol Tiruan

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan dan melepaskan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther tanpa perlu membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan Hak...
Pekerjaan Guru Paling Tinggi Kes Curang Di Tempat Kerja Inilah Puncanya

Pekerjaan Guru Paling Tinggi Kes Curang Di Tempat Kerja Inilah Puncanya

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 162 hits
Cikgu Maafkan Saya Mencintainya Bab 1 Waktu Rehat yang Tak BiasaBunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat Di bilik guru suasana seperti biasa kecoh dengan cerita murid markah ujian dan rancangan hujung minggu Tapi ada dua pasang mata yang...
Tangguh Perbicaraan Kes Saman Yusoff Rawther Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Pm Anwar 10 Jun

Tangguh Perbicaraan Kes Saman Yusoff Rawther Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Pm Anwar 10 Jun

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 138 hits
Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan ad interim bagi permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan terhadapnya oleh bekas pegawai penye
Mahkamah Rayuan Benar Penangguhan Sementara Perbicaraan Kes Saman Yusoff Rawther Terhadap Perdana Menteri

Mahkamah Rayuan Benar Penangguhan Sementara Perbicaraan Kes Saman Yusoff Rawther Terhadap Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 111 hits
PUTRAJAYA Perbicaraan kes saman bekas pembantu penyelidik Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual yang dijadual didengar Isnin depan ditangguhkan oleh Mahkamah Rayuan Perbicaraan kes itu pada ...
Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini Ini Pengakuan Lans Koperal Di Mahkamah

Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini Ini Pengakuan Lans Koperal Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 79 hits
Melalui laporan Kosmo seorang anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Allahyarham Nur Farah Kartini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini Pengakuan ...
Kes Hibah Dicabar Di Mahkamah Semakin Meningkat Sejak Kebelakangan Ini

Kes Hibah Dicabar Di Mahkamah Semakin Meningkat Sejak Kebelakangan Ini

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 107 hits
Wasiyyah Shoppe Berhad mendedahkan bilangan kes hibah yang dicabar di mahkamah menunjukkan peningkatan ketara dalam dekad kebelakangan ini berbanding hanya satu daripada 10 kes pada awal operasi syarikat sekitar 2004 memetik Kosmo Online Me...
Melayu Tipu Melayu Dulu Tabung Palestin Bocor Rm70 Juta Kini Tabung Syria Bocor Rm27 Juta

Melayu Tipu Melayu Dulu Tabung Palestin Bocor Rm70 Juta Kini Tabung Syria Bocor Rm27 Juta

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 144 hits
menggelapkan wang misi kemanusiaan di Syria kegiatan menyeleweng berlaku sejak 2015SPRM bongkar NGO seleweng sumbangan orang ramai RM26 jutaSPRM menahan lima individu menyeleweng dana NGO RM26 jutapengerusi setiausaha bendahari pegawai kewa...
Kes Najib Razak Ada 4 Lagi Belum Dibicarakan

Kes Najib Razak Ada 4 Lagi Belum Dibicarakan

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 160 hits
Ada yang teks saya berapa lagi kes DS Najib Razak Tak silap semua ada 6 1 bebas dan 1 lepas tanpa bebas dan 4 lagi masih berjalan Dibawah saya ringkaskan dan sertakan link pomrtal berita untuk rujukan Sebelum Pembangkang tembak Kerajaan Per...
Polis Tahan Tiga Suspek Kes Kematian Pelajar Universiti Di Cyberjaya

Polis Tahan Tiga Suspek Kes Kematian Pelajar Universiti Di Cyberjaya

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 147 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan tiga suspek dalam siasatan kes kematian seorang pelajar universiti di kondominium di Cyberjaya Ketua Polis Daerah Sepang Norhizam Bahaman berkata seorang lelaki dan dua wanita berumur antara 19 dan 20 tahun m...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Drama Seadanya Kita

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semua Susu Rosak Pernah Luah Kecewa Stok Susu Badan Rosak Tya Ariffin Terima Anugerah Ikon Selebriti Penyusuan Badan

Pokok Durian Belakang Rumah Bila Monyet Yang Dapat Dulu

Haram Baca Qunut Nazilah Jatuhkan Sesama Islam

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

The Role Of Ai And Machine Learning In Modern Sanction Screening Systems

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari