Mahkamah Tetap 11 Hari Perbicaraan Muhyiddin Berkait Kes Jana Wibawa


freemalaysiatoday.com
Faisal Asyraf18 Feb 2025, 11:08 AM

Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Muhyiddin Yassin didakwa salah guna kuasa sebagai perdana menteri antara 8 Feb hingga 20 Ogos 2021 berkait program Jana Wibawa untuk mendapatkan RM232.5 juta untuk Bersatu.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 11 hari, bermula 17 Sept ini, bagi mendengar perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkait program Jana Wibawa membabitkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh perbicaraan pada 17 hingga 19 Sept, 26 hingga 27 Nov dan 13 hingga 15 Jan 2026.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata pihak pendakwaan berhasrat untuk memanggil 30 saksi memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Peguam Muhyiddin, Chetan Jethwani pula memohon kenyataan saksi untuk saksi penting diserahkan kepada pihak pembelaan selewat-lewatnya empat minggu sebelum perbicaraan bermula.

“Tidak adil kami menerima kenyataan saksi pada saat-saat akhir,” katanya.

Pihak pendakwaan kemudian bersetuju untuk menyerahkan kenyataan saksi bagi saksi formal dua minggu sebelum perbicaraan, manakala saksi penting tiga minggu lebih awal.

Dalam prosiding berasingan, Hakim Azura turut membenarkan permohonan pelepasan sementara pasport Muhyiddin dari hari ini hingga 3 Mac bagi membolehkan beliau menghadiri satu persidangan di Belgium.

Mahkamah turut menetapkan 14 Mei sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.

Muhyiddin, 77, didakwa atas tuduhan salah guna kuasa sebagai perdana menteri antara 8 Feb hingga 20 Ogos 2021 berkait program Jana Wibawa untuk memperoleh RM232.5 juta bagi Bersatu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pengerusi Perikatan Nasional itu juga menghadapi dua pertuduhan menerima dana hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun bank CIMB Bersatu.

Beliau juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac 2023 atas pertuduhan menerima RM5 juta hasil aktiviti haram, sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama tuduhan lain.

Secara keseluruhan Muhyiddin berdepan tujuh tuduhan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/mahkamah-tetap-11-hari-perbicaraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Court Sets 11 Day Trial For Muhyiddin S Jana Wibawa Case

Court Sets 11 Day Trial For Muhyiddin S Jana Wibawa Case

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 247 hits
Muhyiddin Yassin is charged with abusing his power as prime minister between Feb 8 and Aug 20 2021 in connection with the Jana Wibawa programme by seeking to obtain RM232 5 million for Bersatu KUALA LUMPUR The sessions court here has fixed ...
Tarikh Tarikh Penting Perbicaraan Muhyiddin Yassin

Tarikh Tarikh Penting Perbicaraan Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 186 hits
Didakwa salah guna kuasa semasa jadi PM bila tarikh perbicaraan Mahiaddin HarapandailyFebruary 19 2025Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yassin bakal dibicarakan atas pertuduhan menyalahguna kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti ...
Kes Mahkamah Hannah Yeoh Saman Prof Kangkung Bekas Naib Canselor Uitm Akui Sengaja Buang Perkataan

Kes Mahkamah Hannah Yeoh Saman Prof Kangkung Bekas Naib Canselor Uitm Akui Sengaja Buang Perkataan

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 184 hits
Proff kangkung suatu ketika dulu Saiful NizamKadang kadang bila nak buat cerita jadi lebih menarik ada yang sanggup buang beberapa perkataan penting Itulah yang berlaku dalam perbicaraan saman fitnah Hannah Yeoh terhadap pensyarah UUM Kamar...
Hancur Koyak Habis Muka Geng Bersatu Ini Perkembangan Perbicaraan Kes P

Hancur Koyak Habis Muka Geng Bersatu Ini Perkembangan Perbicaraan Kes P

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 254 hits
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful Wan Jan bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa yang dihadapi bekas ketua penerangan Bersatu itu Berdasarkan afidavit b...
Suspek Kes Bunuh Peniaga Makanan Norshamira Direman Tujuh Hari Bermula Sabtu Hingga 21 Februari Ini

Suspek Kes Bunuh Peniaga Makanan Norshamira Direman Tujuh Hari Bermula Sabtu Hingga 21 Februari Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 1381 hits
KUANTAN Suspek kes bunuh peniaga makanan Norshamira Zainal 37 yang mayatnya ditemui di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lalu direman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 21 Februari depan Perintah rem...
Terkini Kes Sakau Muhyiddin Katanya Mereka Bersih Boleh Percayakah

Terkini Kes Sakau Muhyiddin Katanya Mereka Bersih Boleh Percayakah

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 204 hits
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur Hakim Azura Alwi menetapkan 17 hingga 19...
Individu Gagal Hadir Ke Mahkamah Kes Muat Naik Kandungan Palsu Majlis Raja Raja Ditangkap

Individu Gagal Hadir Ke Mahkamah Kes Muat Naik Kandungan Palsu Majlis Raja Raja Ditangkap

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 438 hits
BERNAMAKuala Lumpur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia menahan seorang individu di sini pada 11 malam tadi selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat n...
Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Legoland Malaysia Resort And Lego Ferrari Shift Gears With Asia S First Build Race Attraction

Doa 13 September 2025

Usop Sayangi Dia Chord

Ilmunanti Char Koey Teow Chord

Beyond The Engine Why Quality Truck Parts Matter For All Automotive Enthusiasts

Makan Malam Di Bubur Nasi No 1