Mahkamah Lepas Dan Bebaskan Sanusi Satu Lagi Pertuduhan Menghasut Dibicara Februari Depan



Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada pertuduhan menghasut dalam satu ceramah politik Julai tahun lalu yang berkaitan Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
(Harian Metro) – Beliau bagaimanapun masih berdepan satu lagi pertuduhan menghasut berkaitan Yang Dipertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang akan dibicarakan 24 hingga 28 Februari depan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Masri Mohd Daud di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.
Ketika prosiding hari ini, Masri memberitahu mahkamah pihak pendakwaan tidak bercadang untuk meneruskan pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu.
Pihak pendakwaan dengan ini menarik balik pertuduhan dan melepaskan tanpa membebaskan tertuduh didalam kes ini,” katanya.
Bagaimanapun, Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi membantah perkara itu dengan menyatakan tertuduh sepatutnya dilepaskan dan dibebaskan kerana pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes tersebut.
“Dalam satu doktrin, sesuatu perkara tidak boleh tergantung di atas seorang tanpa satu penjelasan yang muktamad, mahkamah mempunyai kuasa untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh dalam kes tersebut,” katanya
Aslam ketika membacakan keputusannya berkata mahkamah melepaskan dan membebaskan Muhammad Sanusi dari pertuduhan pertama.
“Bagi pertuduhan kedua, mahkamah menetapkan 24 hingga 28 Februari depan untuk tarikh bicara,” katanya.
Muhammad Sanusi yang ditemui di pekarangan mahkamah meluahkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah hari ini.
“Lega, dan syukur dengan keputusan hari ini,” katanya ringkas kepada media.
Ditanya perancangan beliau mengenai perbicaraan kes pertuduhan kedua, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan berbincang dengan peguamnya sebelum membuat apa-apa kenyataan berkaitan perkara itu.
Pada 18 Julai 2023, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa atas dua pertuduhan menyebut perkataan menghasut menyentuh Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong, di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai tahun lalu.
Kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
The post Mahkamah lepas dan bebaskan Sanusi, satu lagi pertuduhan menghasut dibicara Februari Depan appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/10/mahkamah-lepas-dan-bebaskan-sanusi-satu-lagi-pertuduhan-menghasut-dibicara-februari-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecoh Tukang Rumah Disebat Depan Khalayak Lepas Solat Jumaat Di Terengganu Ini Kesalahan Yang Dia Lakukan

Kecoh Tukang Rumah Disebat Depan Khalayak Lepas Solat Jumaat Di Terengganu Ini Kesalahan Yang Dia Lakukan

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 114 hits
Hukuman sebatan terhadap seorang pesalah khalwat akan dilaksanakan pada 27 Disember ini di Masjid Al Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul H...
Lepas Bertengkar Berpaut Depan Cermin Lori

Lepas Bertengkar Berpaut Depan Cermin Lori

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 144 hits
nbsp SEORANG lelaki berpaut pada bampar sebuah trak yang sedang bergerak Foto tuoi tre newsBANDAR RAYA HO CHI MINH Seorang lelaki berpaut di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak di Bandar Thu Duc Vietnam selepas kedua dua pemandu terlib...
Hiburan Suami Zahnita Wilson Positif Dadah Akan Didakwa Di Mahkamah Atas Pertuduhan Mendatangkan Kecederaan

Hiburan Suami Zahnita Wilson Positif Dadah Akan Didakwa Di Mahkamah Atas Pertuduhan Mendatangkan Kecederaan

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 94 hits
Suami kepada pelakon dan bekas model Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse yang telah direman dua hari yang lalu disahkan positif dadah Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Bu...
Jom Kita Dengar Apa Yang Orang Ramai Dengar Jaga Mulut Tu Kes Satu Lagi Berat Wal Aun Pmx Saman Mb Sanusi

Jom Kita Dengar Apa Yang Orang Ramai Dengar Jaga Mulut Tu Kes Satu Lagi Berat Wal Aun Pmx Saman Mb Sanusi

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 146 hits
Walau un jangan celebrate ada satu lagi Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Sanusi Nor daripada pertuduhan menghasut menyentuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ceramah politik Julai tahun lalu Bagaimanapun S...
Sanusi Pun Bermata Lalat

Sanusi Pun Bermata Lalat

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 67 hits
Tempoh hari Sanusi Nor seronok menyekolahkan seorang wakil rakyat supaya tidak menjadi mata lalat Menjelaskannya dalam sidang DUN Kedah pada Isnin menteri besar bermaksud kepada seseorang yang hanya suka melihat perkara negatif Berpunca dar...
Pemantauan Nadi Otak Secara Optik Tanpa Kolok Satu Tinjauan

Pemantauan Nadi Otak Secara Optik Tanpa Kolok Satu Tinjauan

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 175 hits
Pengenalan Kerosakan neurologi akut adalah realiti yang berlaku pada hampir 40 pesakit dalam keadaan kritikal akibat kecederaan otak traumatik dan ini sering memerlukan tindakan pembedahan yang segera Kecemasan dalam mengesan dan merawat de...
Isu Bayi Meninggal Dibekukan Mana Satu Betul Statement Wan Chai Atau Kenyataan Media Hospital Bersalin Razif

Isu Bayi Meninggal Dibekukan Mana Satu Betul Statement Wan Chai Atau Kenyataan Media Hospital Bersalin Razif

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 219 hits
HOSPITAL BERSALIN RAZIF11 Disember 2024Kenyataan MediaHospital Bersalin Razif ingin memberikan penjelasan mengenai semua tuduhan yang tersebar di media sosial baru baru ini Pesakit ini yang mendakwa sedang hamil anak pertama telah datang ke...
Filem Dajal Satu Malam Dipedajal

Filem Dajal Satu Malam Dipedajal

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 144 hits
Nantikan filem seram terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Dajal Satu Malam Dipedajal akan ditayangkan pada 6 Februari 2025 Dajal Satu Malam DipedajalGenre SeramTarikh Tayangan 6 Februari 2025Penulis Skrip Pierre AndrePengarah Pierre Andre...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Clicks To Conversion E Com Startups

Mak Pergi Menuai Hasil Tanaman

Amalan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

11 Cinta Sebelum Kamu

Renew Domain Dan Kembali Menulis

Kacang Soya Kebaikan Keburukan Kesan Berlebihan