Mahiaddin Mahu Kembali Jadi Pm Adakah Tindakan Menarik Sokongan Akan Berlaku Dalam Waktu Terdekat Ini




 Setelah kalah dalam dua PRN iaitu Melaka dan Johor, Mahiaddin Md Yasin nampaknya mula menyesal melepaskan jawatan Perdana Menteri yang sempat dipegangnya selama 18 bulan sebelum ini.
Kini baru beliau sedar, sebab utama PN kalah dalam dua PRN tersebut ialah kerana tindakannya meletakkan jawatan Perdana Menteri yang mana jawatan itu kini diambil alih oleh UMNO melalui Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob.
Politik negara kita secara umumnya masih terkepung dengan politik naungan dan parti yang memiliki kuasa sebagai Perdana Menteri lebih berpotensi menjadi pilihan pengundi kerana rakyat masih mengharapkan bantuan serta pertolongan dalam kehidupan mereka.
Jika Mahiaddin masih memegang jawatan Perdana Menteri, bukan saja agak mustahil untuk BN menang dengan majoriti dua pertiga di Melaka dan Johor, malah keputusannya mungkin mengulangi seperti kejayaan dalam PRN Sabah yang lalu.
Tetapi, segala-galanya kini sudah berlalu dan apa yang Mahiaddin nampak sekarang tanpa jawatan Perdana Menteri dalam tangannya, PN juga bakal menerima nasib buruk dalam PRU15 akan datang.
Menyedari hal itu dan tidak mahu melihat Bersatu dan PN menerima nasib buruk dalam PRU15 akan datang, Mahiaddin kini dilaporkan mula berusaha untuk kembali jadi Perdana Menteri semula.
Meskipun dalam beberapa kenyataannya sebelum ini, Mahiaddin beberapa kali membayangkan tidak mustahil PN mampu berkuasa semula, namun umum lebih memahami difahami hasrat tersebut ingin dicapainya melalui PRU15 nanti.
Rupa-rupanya, hasrat untuk kembali sebagai Perdana Menteri itu tidak saja ingin dicapainya melalui kemenangan PN dalam PRU15 akan datang, malah beliau kini difahamkan sudah mula bergerak untuk kembali sebagai ketua kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan.
Dalam langkah yang dianggap mengejutkan, Mahiaddin difahamkan telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan tersebut, baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu difahamkan Mahiaddin telah berterus-terang bahawa beliau ingin kembali sebagai Perdana Menteri dan meminta Tun Mahathir menyokongnya bagi sama-sama memastikan UMNO dan BN tidak berjaya memenangi PRU15.
Tun Mahathir dikatakan agak terkejut dan hairan dengan hasrat Mahiaddin itu kerana beliau menyangka permintaan untuk bertemu dengannya sekadar untuk menziarahinya berikutan baru pulih daripada rawatan jantung di IJN atau untuk membincangkan bagaimana parti-parti blok pembangkang boleh bersatu padu melawan BN.
Langsung tak terfikir oleh Tun Mahathir, kedatangan Mahiaddin itu adalah untuk menyampaikan hasrat hatinya kembali jadi Perdana Menteri.
Agaknya kerana terkejut dan kehairanan dengan hasrat Mahiaddin itu, Tun Mahathir diberitakan hanya mendengar saja Ahli Parlimen Pagoh itu bercakap tanpa memberi sebarang komen atau respon, apa lagi ungkapan yang memperlihatkan sokongan atau komitmen.
Iyalah…siapa tak terkejut dan hairan kerana Mahiaddin sebelum ini bukan saja mengenepikan Tun Mahathir, malah memecatnya daripada Bersatu, tapi kini seperti seseorang yang tidak pernah berdosa, datang menyuakan mukanya dan meminta sokongan daripada Pengerusi Pejuang itu untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Agaknya Mahiaddin terlupa dengan siapa beliau meminta sokongan itu kerana Tun Mahathir juga, kalau peluang terbuka serta kesihatannya masih ada, pasti ingin jadi Perdana Menteri lagi untuk kali yang ketiga.
Kepada beberapa sahabat dan kenalan yang mengunjunginya baru-baru ini, Tun Mahathir tidak menyembunyikan mengenai kedatangan Mahiaddin dan tujuan bertemu dengannya itu.
Cuma, sebagaimana kita hairan dengan hasrat Mahiaddin itu kerana beliau adalah Perdana Menteri yang gagal dan bagaimana boleh ada perasaan mahu kembali semula, Tun Mahathir tentu saja lebih berasa hairan lagi.
Yang pasti, dengan hasrat Mahiaddin yang mula diluahkannya itu, malah sudah bercakap dengan Tun Mahathir mengenainya, adalah jelas beliau kini mahu merampas semula jawatan Perdana Menteri daripada Ismail Sabri Yaakob yang diberi laluan olehnya sendiri sebelum ini.
Dengan siapakah lagi Mahiaddin turut bercakap, meluahkan hasrat hati dan berbincang mengenai keinginannya itu?
Apakah beliau turut telah bertemu pemimpin-pemimpin PH dan Anwar Ibrahim?
Dengan perkembangan ini, adakah ia bermakna tindakan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri oleh Mahiaddin dan PN akan berlaku dalam waktu terdekat ini? – ShahbudinHusin 29/03/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/mahiaddin-mahu-kembali-jadi-pm-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Ayuh Malaysia Untuk Menarik Sokongan Pengundi Atas Pagar

Pelancaran Ayuh Malaysia Untuk Menarik Sokongan Pengundi Atas Pagar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 184 hits
Setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak saya dan sahabat sahabat lain di dalam KEADILAN membuat keputusan untuk terus melancarkan satu kempen rakyat ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 Ke...
Waktu Solat Ketepatan Arah Kiblat Banyaknya Fungsi Menarik Aplikasi Waktu Solat Malaysia

Waktu Solat Ketepatan Arah Kiblat Banyaknya Fungsi Menarik Aplikasi Waktu Solat Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 166 hits
Aplikasi Waktu Solat Malaysia yang mempunyai 1 3 juta pengguna aktif dan lebih 6 6 juta kali muat turun kini boleh didapati menerusi Google Play amp Apple Store Aplikasi Waktu Solat Malaysia berfungsi sebagai peringatan waktu solat lengkap ...
10 Fakta Menarik Mini Album Terbaru Red Velvet Feel My Rhythm

10 Fakta Menarik Mini Album Terbaru Red Velvet Feel My Rhythm

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 164 hits
Red Velvet comeback dengan mengusung konsep yang unik dan artistik layaknya seorang balerina dan princess di negeri dongeng
Cantiknya Tudung Louisa Scarf Selesa Corak Menarik Dan Mudah Dibentuk

Cantiknya Tudung Louisa Scarf Selesa Corak Menarik Dan Mudah Dibentuk

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 187 hits
hai assalammualaikumLouisa Scarf Tudung Mudah Dibentuk Cantik Dan Selesa Kalau tengok laci dah banyak tudung yang ada tapi tetap juga nak membeli kalau nampak yang berkenan hehehe Macam nad banyak dah tudung plain yang bercorak ni memang ta...
Buasir Otak Tv 10 Fakta Menarik Tentang Game Roblox

Buasir Otak Tv 10 Fakta Menarik Tentang Game Roblox

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 232 hits
Tahukah anda 10 Fakta Menarik Tentang Game Roblox ini Jom tonton animasi ini
4 Fakta Menarik Karakter Drama Korea Tomorrow Punya Kepribadian Unik

4 Fakta Menarik Karakter Drama Korea Tomorrow Punya Kepribadian Unik

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 204 hits
Choi Joon woong yang diperankan Rowoon SF9 memiliki kepribadian yang suka penasaran dan jahil tapi penuh perhatian UwU
Guru Jadi Youtuber Selepas Runsing Fikir Kehidupan Selepas Pencen Sanggup Keliling Sarawak Demi Rakam Content Menarik

Guru Jadi Youtuber Selepas Runsing Fikir Kehidupan Selepas Pencen Sanggup Keliling Sarawak Demi Rakam Content Menarik

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 140 hits
DALAM suasana mencabar akibat pandemik c0v1d 19 yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu tugas seorang pendidik antara paling mencabar kerana tetap perlu menyampaikan ilmu kepada para pelajar Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah tela...
Ph Tidak Perlukan Ppbm Raih Sokongan Melayu Rafizi

Ph Tidak Perlukan Ppbm Raih Sokongan Melayu Rafizi

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 167 hits
PH Tidak Perlukan PPBM Raih Sokongan Melayu Rafizi Keyakinan begini yang kita mahukan Amat tepat Seperti yang Rafizi katakan orang yang mengundi berdasarkan sentimen agama akan mengundi PAS manakala yang sentimennya adalah kaum akan memilih...
Mp Sri Aman Keluar Psb Isytihar Sokongan Kepada Pm

Mp Sri Aman Keluar Psb Isytihar Sokongan Kepada Pm

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 119 hits
MP Sri Aman keluar PSB isytihar sokongan kepada PM Ahli Parlimen Sri Aman dari Parti Sarawak Bersatu Masir Kujat mengumumkan keluar parti pembangkang serta merta dan mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Y...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran