Mahdzir Terkejut Dakwaan Rayyan Dia Terima Rm60 Juta


KHAIRULANUAR YAHAYA

BEKAS Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid terkejut dengan tuduhan Rayyan Radzwill Abdullah bahawa dia meminta 20 peratus daripada Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings).
Dakwaan itu dilemparkan oleh Rayyan Radzwill ketika menjadi saksi dalam kes melibatkan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam.
Mahdzir berkata, dia terkilan dengan laporan berita kononnya telah meminta habuan sebanyak RM60 juta daripada syarikat Jepak Holdings melalui seorang bernama Mohd Fuad Yasin dan satu perjanjian bertulis telah disediakan.
“Saya terkejut dengan kenyataan saudara Rayyan tersebut. Saya telah menafikan tuduhan-tuduhan itu semasa saya dipanggil sebagai saksi dan memberi keterangan di Mahkamah dalam kes yang sama sebelum ini.
“Jujur saya kongsikan yang saya terkilan dengan penulisan-penulisan yang saya baca. Rata-rata kelihatan seperti cubaan menjejaskan dan memburukkan imej dan reputasi saya di mata rakyat.

Penulisan-penulisan ini telah memberi kesan tidak elok kepada pekerjaan-pekerjaan yang diamanahkan kepada saya,” kata Mahdzir dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mahdzir, beliau akan berhubung dengan peguam untuk mendapatkan nasihat dan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya untuk menjaga nama baik dan kepentingannya.
“Saya tidak boleh putuskan sebarang tindakan undang-undang lagi kerana saya tidak tahu apa dikatakan oleh saudara Rayyan di Mahkamah dan saya telah minta peguam saya untuk memohon mendapatkan nota keterangan daripada Mahkamah sebelum saya komen dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini,” kata Mahdzir.
Beliau turut menyarankan kepada orang ramai dan pengamal media untuk tidak membuat andaian dan tanggapan berdasarkan hanya daripada sumber yang terhad.
Jelas Mahdzir, dia yakin fungsi mahkamah adalah untuk menentukan suatu fakta itu sah dan betul berkenaan apa juga keterangan yang diberikan oleh mana-mana saksi di dalam perbicaraan.
“Semua pihak, termasuk saya sendiri hendaklah menghormati fungsi tersebut dan tidak mendahului Mahkamah dalam hal ini,” kata Mahdzir.
Semalam Rayyan Radzwill berkata, bayaran yang diminta oleh Mahdzir adalah sebagai upah kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2016.
Saksi pendakwaan ke-16 itu memberi keterangan pada perbicaraan kes Rosmah, 68, yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor, sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.
Dalam keterangannya sebelum ini, Mahdzir yang juga saksi pendakwaan kelima, menyangkal dakwaan peguam Rosmah bahawa beliau ada menerima habuan RM60 juta daripada Jepak Holdings sebagai balasan kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek solar berkenaan.-SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/mahdzir-terkejut-dakwaan-rayyan-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rs Surabaya Dituduh Meng Covid Kan Pasien Demi Terima Ratusan Juta Ini Faktanya

Rs Surabaya Dituduh Meng Covid Kan Pasien Demi Terima Ratusan Juta Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 197 hits
Sebuah postingan di Twitter mendadak viral lantaran menyebutkan seorang pasien yang dicovidkan oleh pihak rumah sakit agar pihak RS tersebut mendapat kucuran dana dari pemerintah Adalah akun BalqisRrzq yang menyebutkan seorang pasien di RS ...
Dana Penjana Nasional Terima Rm600 Juta Permohonan Strategik

Dana Penjana Nasional Terima Rm600 Juta Permohonan Strategik

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 180 hits
Tengku Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan menerima permohonan strategik Dana Penjana Nasional bernilai lebih daripada RM600 juta setakat tarikh tutup pada 14 Julai lalu Permohonan permohonan tersebut sedang melalui proses p...
Hari Ini Hari Keramat Najib Keputusan 3 Dakwaan Pecah Amanah 1 Tuduhan Salahguna Kuasa Dana Rm42 Juta

Hari Ini Hari Keramat Najib Keputusan 3 Dakwaan Pecah Amanah 1 Tuduhan Salahguna Kuasa Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 340 hits
Najib didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd8 Ogos 2018Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram mem...
Rms Berkenan Terima Sumbangan Rm1 55 Juta Bina Kompleks Anak Yatim Yide

Rms Berkenan Terima Sumbangan Rm1 55 Juta Bina Kompleks Anak Yatim Yide

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 172 hits
SHAH ALAM 21 JULAI Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah al Haj berkenan menerima sumbangan bagi pembinaan Kompleks Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan di Pulau Indah Pengurus Besarn...
Saksi Bekas Menteri Pendidikan Minta Habuan Rm60 Juta Dari Jepak

Saksi Bekas Menteri Pendidikan Minta Habuan Rm60 Juta Dari Jepak

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 213 hits
Diterbitkan Hari ini 6 57 pmKES ROSMAH Bekas rakan perniagaan Jepak Holdings Sdn Bhd Rayyan Radzwill Abdullah mendakwa Mahdzir Khalid ketika menjadi menteri pendidikan mahu mendapatkan habuan RM60 juta daripada syarikat itu atas kelulusan p...
Zakat Selangor Belanja Rm60 Juta Biaya Rawatan Dialisis Asnaf

Zakat Selangor Belanja Rm60 Juta Biaya Rawatan Dialisis Asnaf

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM 21 JULAI Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM60 juta tahun ini bagi membiayai rawatan dialisis pesakit asnaf kata ketua pegawai eksekutifnya Saipolyazan Mat Yusop berkata seramai 2 498 pesakit asnaf fakir miskin mualaf dan gha...
Kata Erick Thohir Soal Bantuan Bagi Pekerja Bergaji Dibawah Rp5 Juta Sekali Cair Terima Rp1 2 Juta

Kata Erick Thohir Soal Bantuan Bagi Pekerja Bergaji Dibawah Rp5 Juta Sekali Cair Terima Rp1 2 Juta

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 255 hits
Ketua Komite Penanganan Covid 19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional yang juga Menteri BUMN Erick Thohir memberi penjelasan terkait program pemberian subsidi sebesar Rp 600 per bulan kepada pekerja yang gajinya di bawah Rp 5 juta Menurut Erick s...
Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Terima Lebih Rm66 Juta Kata Saksi

Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Terima Lebih Rm66 Juta Kata Saksi

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 249 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa firma guaman Tetuan Lewis Co yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid H...
Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan Rm10 Juta Daripada Pkr

Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan Rm10 Juta Daripada Pkr

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 289 hits
KUANTAN Bekas pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau masih belum menerima surat tuntutan RM10 juta daripada parti itu Katanya buat masa ini beliau mengambil pendekatan menunggu sehingga s...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened