Mahathir Tak Hormat Majlis Presiden Ph Masihkah Badan Itu Berfungsi




Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan melalui media antarabangsa tentang keputusannya mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020 adalah perbuatan yang jelas tidak menghormati Majlis Presiden PH.

Harus disedari bahawa kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah berdasarkan keputusan serta konsensus badan tersebut.

Walaupun tidak disebut secara spesifik bila tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim mesti dilakukan, tetapi janji untuk menjadi Perdana Menteri hanya selama dua tahun itu adalah lafaz kata yang diumumkan sendiri oleh Tun Mahathir.

Sebelum PRU14, kata-kata itu diulang beberapa kali oleh Tun Mahathir dan pimpinan PH tidak membantahnya kerana mereka merasakan proses pembebasan dan pengampunan Anwar dijangka mengambil masa sekitar dua tahun juga.

Kalaulah diketahui pembebasan dan pengampunan Anwar boleh diselesaikan dalam jangka masa tiga bulan, barangkali belum tentu tempoh dua tahun yang selalu disebut Tun Mahathir itu dipersetujui begitu saja.

Bermakna, tempoh dua tahun itu bukan saja jangka masa yang difahami sebagai munasabah oleh pimpinan PH, bahkan juga merupakan janji yang didengar di bumi dan diketahui di langit.

Untuk itu, setelah memegang jawatan Perdana Menteri, jika Tun Mahathir mahu mengubah tempoh dua tahun yang dijanjikannya itu, beliau seharusnya merujuk kepada Majlis Presiden terlebih dahulu.

Hanya setelah Majlis Presiden bersetuju, barulah beliau boleh mengumumkan perkara tersebut kepada umum.

Adalah tidak beretika tindakannya mengumumkan hasrat mahu menjadi Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020, tetapi tidak pernah sama sekali membawanya dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Kenapa Tun Mahathir tidak membawanya ke dalam mesyuarat Majlis Presiden PH?

Apakah beliau menganggap Majlis Presiden tidak penting lagi atau bimbang hasratnya itu tidak mendapat sokongan dan mungkin ditolak?

Begitu pun, dengan tindakan Tun Mahathir membuat pengumuman melalui media itu, ramai kini tertanya-tanya tentang fungsi sebenar badan tertinggi dalam PH itu?

Apakah ia masih berfungsi atau Tun Mahathir sudah kembali kepada perangai lama PM4 dahulu di mana kata-katanya adalah wahyu yang mesti dituruti?

Mengapakah juga, meskipun setelah beberapa hari berlalu, pimpinan tertinggi PH masih tidak kedengaran bersuara sama ada menyokong, menolak atau mahu keinginan Tun Mahathir itu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Presiden?

Sesuatu yang harus disedari oleh pimpinan dalam Majlis Presiden ialah tindakan Tun Mahathir ini langsung tidak membawa kebaikan kepada masa depan PH sebagai sebuah kerajaan.

Lagi lama beliau berkuasa, kedudukan PH akan terus merudum berikutan tindakannya selama ini yang tidak peduli nasib rakyat, meremehkan janji manifesto serta lebih banyak mencatur soal politik berbanding membina semula negara.

Jika sekarang pun kedudukan kerajaan telah jauh merosot dan merudum hari demi hari, malah semua hasil kajian menunjukkan hal yang sama, tidakkah disedari bahawa kalau sehingga November 2020 beliau ada lagi sebagai Perdana Menteri, ia hanya menyebabkan kedudukan PH lagi parah jadinya?

Namun, perkara yang penting di sebalik tindakan terbaru Tun Mahathir ini adalah perlunya Majlis Presiden PH bertegas tanpa kompromi menetapkan dengan segera tarikh sebenar peralihan kuasa yang dijanjikan itu.

Hanya dengan ditetapkan tarikh yang khusus barulah Tun Mahathir selepas ini tidak boleh lagi sesuka hati melanggar janji atau menetapkan sendiri tempoh kuasa dirinya tanpa mempedulikan orang lain seolah-olah dalam negara ini beliau saja yang pandai dan tahu segala-galanya.

Bangun dan bertindaklah Majlis Presiden PH!! (ShahbudinHusin 12/12/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/mahathir-tak-hormat-majlis-presiden-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Jawatan Pm Perlu Diputuskan Majlis Presiden Ph

Peralihan Jawatan Pm Perlu Diputuskan Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 264 hits
AASHAH ALAM Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu membuat keputusan secara konsensus sama ada peralihan kuasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berlaku pada Mei atau...
Tun Mahathir Tidak Pernah Jumpa Azilah Sejak Bekas Anggota Utk Itu Dipenjarakan Pmo

Tun Mahathir Tidak Pernah Jumpa Azilah Sejak Bekas Anggota Utk Itu Dipenjarakan Pmo

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 564 hits
Astro Awani Dr Mahathir juga nafi Kerajaan Malaysia merupakan dalang di sebalik kenyataan akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Gambar failKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa dengan Azilah Hadri seja...
Angkuh Kot Majlis Presiden Alahai

Angkuh Kot Majlis Presiden Alahai

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 317 hits
Serah jawatan kepada Anwar selepas Nov jika rakyat tidak mahu itu hal mereka Tun M2003 DULU KENA LEPASKAN JAWATAN ATAS DESAKAN RAKYAT DAN UMNO Maka kerana itulah kuasa rakyat kuasa keramat Jangan hina rakyat Kamu dilantk setelah dijaja Anwa...
Majlis Presiden Ph Tentukan Peralihan Kuasa Tidak Lama Lagi

Majlis Presiden Ph Tentukan Peralihan Kuasa Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 312 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan tarikh peralihan kuasa perdana menteri tidak lama lagi Jangan fikir kita perlu tergesa gesa katanya dipetik FMT pada sidang media selepas berakhirnya Kong...
Mpr Akan Dengar Suara Publik Soal Usulan Badan Antikorupsi Masuk Uud 1945

Mpr Akan Dengar Suara Publik Soal Usulan Badan Antikorupsi Masuk Uud 1945

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 144 hits
Basarah mengaku tidak tahu bagaimana filosofi dan konstruksi hukum memasukkan badan antikorupsi dalam UUD 1945
Epal Hijau Bantu Turunkan Berat Badan

Epal Hijau Bantu Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 380 hits
Tahu tak kau orang yang epal hijau ni boleh membantu turunkan berat badan Mereka yang amalkan diet seimbang atau pemakanan seimbang yang sihat mesti tahu tentang kebaikan pengambilan epal hijau ni Buah epal ni dikatakan mengandungi nilai ka...
Pks Setuju Badan Antikorupsi Masuk Uud 1945

Pks Setuju Badan Antikorupsi Masuk Uud 1945

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 187 hits
Politisi Partai Keadilan Sejahtera Nasir Djamil mengatakan pihaknya mendukung usulan agar Badan Antikorupsi dimasukkan dalam UUD 1945 Usulan ini mulanya dilontarkan Wakil Ketua KPK Saut Situmorang
Tercekik Tiub 30 Cm Selepas Paksa Diri Muntah Untuk Kuruskan Badan

Tercekik Tiub 30 Cm Selepas Paksa Diri Muntah Untuk Kuruskan Badan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 336 hits
The ReporterAda banyak cara untuk menurunkan berat badan seperti mengamalkan diet pemakanan yang sihat atau bersenam Tetapi ada yang lebih gemar mengambil jalan mudah kerana mahukan hasil yang segera sehingga menyebabkan kemudaratan pada di...
Jangan Ambil Mudah Bila Badan Tidak Sihat

Jangan Ambil Mudah Bila Badan Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 666 hits
Lama menyepi tanpa cerita Back to back akak sibuk dengan macam macam hal Dari awal cuti sekolah uruskan en hubby yang menjalani operation kecil bersambung pula dengan mini gathering dengan kawan kawan follow up adik wan di klinik nefro jemp...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah