Mahathir Masih Tidak Mahu Mengaku Salah Membantu Pengkhianatan




Di dalam wawancara dengan media asing baru-baru ini, Mahathir salahkan Anwar yang menjadi punca 'langkah Sheraton", di mana pergisiran Anwar dengan azmin menjadi penyebabnya

Dia lupakah, siapa yang bawa Azmin ke dalam kabinet beliau? Nama Azmin tidak dicalonkan oleh Keadilan untuk menganggotai Kabinet PH kerana waktu itu azmin telah pun mengangkat sumpah sebagai MB Selangor. Tanpa melalui Presiden Keadilan, Mahathir 'seludup' Azmin masuk ke dalam Kabinetnya dan diletakkan sebagai menteri kanan walaupun dia tahu Anwar samasekali tidak merestui tindakannya. Tapi, Mahathir lakukan juga kerana dia ada sebab untuk bawa raja kartel itu ke dalam Kabinet beliau. Anwar terus bersabar dengan karenah Mahathir yang langsung tidak menghormati Presiden Keadilan itu demi kestabilan kerajaan PH. Jika Azmin bukan menteri, adakah azmin mampu menggerakkan 'langkah Sheraton"? Apakah tujuan Mahathir 'pelihara' Azmin di dalam Kabinetnya kalau bukan untuk memecahbelahkan Keadilan

Apabila terbongkar kisah Azmin membawa beberapa MP dari Umno/Bn makan dirumahnya dengan beberapa tawaran projek seperti yang didedahkan oleh seorang MP dari Umno sendiri, Anwar telah menegur Mahathir kerana tidak bertindak ke atas Azmin yang ternyata menyalahi etika seorang menteri dan juga etika seorang pimpinan di dalam PH. Mahathir tidak mengendahkan perbuatan Azmin tersebut dan seolah-olah membiarkan Azmin bermaharaja lela menggunaan kuasanya sebagai menteri ekonomi. Mungkin Mahathir merasakan kerja buat Azmin ini adalah untuk memperkuatkan Azmin sendiri dan diri beliau juga. Tidak pelik waktu itu beberapa pimpinan Umno dan Pas secara terbuka menyokong Mahathir selaku PM sehingga PRU15. Maklumlah dapat dedak yang ditaburkan oleh Azmin. Anwar terus bersabar dan bersangka baik dengan Mahathir demi keutuhan kerajaan PH

Begitu juga, Mahathir telah melantik Latheefa Koya dari Keadilan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tanpa berbincang dengan Anwar selaku Presiden Keadilan. Beliau sedar Latheefa Koya adalah salah seorang pemimpin yang bersama 'kartel' yang sering menentang Presiden Keadilan. Beliau pilih orang yang tidak suka kepada Anwar untuk diberikan jawatan penting. Apa matlamat Mahathir? Anwar terus bersabar kerana Anwar amat menghormati Mahathir selaku PM ketika itu

Banyak lagi tindak tanduk Mahathir yang melanggari prinsip dan janji-janji PH sehingga amat sukar buat kita di bawah ini untuk mempertahankan kerajaan PH apabila diserang oleh Pembangkang waktu itu. Apakah kerana permusuhan Anwar dan Azmin menjadi penyebab 'Langkah Sheraton"? Jika benar, Azmin hanya mampu bawa tidak lebih dari 10 orang MP dari Keadilan sahaja dan kerajaan PH tidak akan tumbang. Mengapa selebihnya itu lebih banyak dari parti Mahathir sendiri yang turut bersama di Sheraton? Apa kaitan Anwar - Azmin hingga hampir keseluruhan Bersatu pun turut jadi pengkhianat? Ertinya, pengkhianatan itu telah terancang lama sebaik sahaja Mahathir melantik Azmin menjadi menteri kanan

Taktik mereka untuk memecahkan PH gagal di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH apabila Anwar telah bersetuju untuk memuaskan nafsu Mahathir agar beliau dikekalkan menjadi PM selepas Persidangan APEC sehingga beliau sendiri merasa muntah berada di kerusi empuk PM atau sehingga mati. Tanpa tarikh. Oleh kerana gagal pada malam itu, para pengkhianat mencari jalan lain bagi mencapai cita-cita jahat mereka untuk mengkhianati mandat rakyat. Akhirnya, bukan Anwar yang menjadi mangsa, tetapi Mahathir sendiri dimalukan semalu-malunya. Mahathir masih tidak merasa malukah

Di dalam Harian Metro pula, Mahathir berkata dia letak jawatan kerana kerajaan PH telah hilang kepercayaan dari MP-MP untuk terus menjadi kerajaan. Bagaimana beliau mengukur ketika itu kerajaan PH telah hilang kepercayaan dari MP-MP? Tidak semestinya bila Mahathir letak jawatan, maka kerajaan itu tumbang. Mahathir letak jawatan sebagai PM untuk diserahkan kepada Pak Lah, kerajaan tidak jatuh. Pak Lah letak jawatan dan serah kepada Najib, kerajaan tidak jatuh. Ketika Mahathir letak jawatan, beliau sendiri tidak membilang jumlah berapa orangkah yang masih mahu bersama PH. Beliau letak jawatan kononnya sebilangan besar dari Bersatu dan segelintir dari Keadilan telah keluar dari PH, maka kerajaan PH pun tumbang

Kerajaan PH mungkin boleh diteruskan sekiranya Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada Kak Wan selaku Timbalannya waktu itu atau kepada Anwar Ibrahim kerana pada saat itu masih ada parti seperti Warisan dan GPS belum mengumumkan menarik diri dari PH. Jika mereka kekal bersama, maka kerajaan PH boleh terus bertahan bahkan mungkin ada sebahagian dari Bersatu atau Keadilan bahkan dari Umno yang akan bersama. Mahathir patut berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan di dalam PH untuk berusaha menyelamatkan kerajaan PH. Malangnya, Mahathir hanya pentingkan dirinya sendiri, jika beliau tidak boleh lagi menjadi PM, maka Anwar juga wajar disekat. Ini perangai Mahathir

Adakah Mahathir sayang kepada PH ? Jelas, beliau langsung tidak ada rasa sayang, hormat dan kasih jauh sekali terhutang budi dengan PH. Buktinya, beliau cuba untuk mewujudkan kerajaan perpaduan untuk bersama sebahagian dari Umno dan Pas serta beberaa pimpinan dari PH dan beliau berhasrat untuk menjadi PM bagi kerajaan baru yang beliau cipta ini. Maksudnya, Mahathir mahu membunuh PH dengan mewujudkan kerajaan perpaduan. Alhamduillah, cita-cita jahat beliau itu gagal

Sudah-sudahlah Mahathir untuk cuba melindungi sikap buruk kamu itu. Jangan tuding jari ke atas orang lain. Kamu adalah penyumbang kepada pengkhianatan ini walaupun bukan kamu puncanya. Kamu telah membantu memudahkan kerja-kerja khianat puak-puak mereka. Dosa kamu kepada rakyat tidak akan dilupakan sehingga kamu ditelan bumi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wfauzdin.blogspot.com/2020/07/mahathir-masih-tidak-mahu-mengaku-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

Calon Prk Dun Slim Ph Masih Berbincang Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 406 hits
BernamaAnwar menyatakan bahawa rundingan masih berjalan Gambar failPORT DICKSON Pakatan Harapan menafikan telah menyerahkan kepada kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sli...
Purnomo Mengaku Diminta Jokowi Untuk Membantu Gibran Di Pilkada Solo

Purnomo Mengaku Diminta Jokowi Untuk Membantu Gibran Di Pilkada Solo

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 210 hits
Wakil Wali Kota Solo Achmad Purnomo mengaku siap membantu pasangan Gibran Rakabuming Raka Teguh Prakosa di Pilkada Solo 2020 Meskipun sebagai sesama bakal calon wali kota banyak yang menyebut dia kecewa akibat tidak mendapatkan rekomendasi ...
Rahayu Saraswati Mengaku Bawa Kekuatan Nasional Dan Anak Muda Di Tangsel

Rahayu Saraswati Mengaku Bawa Kekuatan Nasional Dan Anak Muda Di Tangsel

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 504 hits
Sara tidak mau membahas adanya dinasti politik Sebab menurutnya di Tangsel yang ada adalah kompetisi yang sehat
Kemenkumham Masih Memburu Djoko Tjandra

Kemenkumham Masih Memburu Djoko Tjandra

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 265 hits
Menteri Hukum dan HAM Yasonna H Laoly masih memburu terpidana Djoko Tjandra yang sebelumnya ramai diperbincangkan karena diduga kembali masuk ke Indonesia setelah sempat buron ke Papua Nugini
Celcom Sedia Lancarkan 5g Namun Masih Menunggu Pengagihan Spektrum Dari Kerajaan

Celcom Sedia Lancarkan 5g Namun Masih Menunggu Pengagihan Spektrum Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 336 hits
Menurut kenyataan dari CEO Celcom syarikat itu kini sudah sedia untuk melancarkan teknologi rangkaian 5G untuk orang awam namun masih menunggu pengagihan spektrum dari kerajaan Tambahannya Celcom telah menaik taraf infrastruktur mereka untu...
Saya Masih Seorang Lelaki Masih Menghormati Agama Saya Safiey Illyas

Saya Masih Seorang Lelaki Masih Menghormati Agama Saya Safiey Illyas

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 371 hits
Usahawan kosmetik Safiey Illyas menjelaskan bahawa dirinya akan sentiasa menjadi seorang lelaki yang menghorm ti agama dan sensitiviti umat Islam Menurut Safiey sudah banyak dosa yang telah dia lakukan sebelum ini dan tidak mahu lagi menang...
Adun Rahang Umum Keluar Dap Masih Sokong Ph

Adun Rahang Umum Keluar Dap Masih Sokong Ph

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 323 hits
Adun Rahang Mary Josephine Prittam Singh mengumumkan keluar dari DAP hari ini tetapi berhasrat untuk terus kekal sebagai wakil rakyat yang menyokong Pakatan Harapan Adun yang telah memegang kawasan Rahang selama dua penggal itu membuat peng...
Netizen Sambut Hari Lahir Ke 35 Proton Saga Ada Yang Kata Versi 1989 Pun Masih Elok

Netizen Sambut Hari Lahir Ke 35 Proton Saga Ada Yang Kata Versi 1989 Pun Masih Elok

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 319 hits
Hari ini genap usia Proton Saga 35 tahun Kereta buatan Malaysia yang terkenal dengan ketahanan dan kekukuhannya ini terus diminati rakyat Malaysia dari generasi ke generasi Hari bersejarah ini diraikan bekas Perdana Menteri yang menjadi pel...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran