Mahathir Manusia Yang Tak Mengenang Budi




Tun Mahathir Mohamad berkata, Anwar Ibrahim tidak boleh menarik sokongan orang Melayu dan orang Melayu juga tidak menyokong Presiden PKR itu kerana pendirian politiknya yang liberal
Menurut beliau, perkara itu dapat dilihat apabila Anwar mengajak DAP untuk menyertai bersama gabungan parti yang ditubuhkannya sebelum ini
“Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada UMNO ketika saya jadi Perdana Menteri pada tahun 1998, dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya
“Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu
“Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal
“Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP masuk, PAS masuk. Falsafah dia liberal,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian
Meneliti intipati interbiu Tun Mahathir berkaitan hal ini, apa yang nyata ialah beliau masih seorang pendendam dan ingin memusuhi Anwar sehingga ke akhir hayatnya, walaupun Anwar sudah lama memaafkannya
Sedarkah Tun Mahathir bahawa beliau kini menjadi orang paling tua yang masih ada dendam dan busuk hati terhadap orang yang berbuat baik kepadanya
Dalam pada itu, Tun Mahathir juga, mungkin kerana faktor terlebih tuanya, beliau ternampak semakin mempunyai kecenderungan menyalahkan semua orang dan menganggap hanya dirinya saja yang betul belaka
Anwar salah, Najib Razak salah, orang Melayu salah, tetapi dirinya tidak pernah sama sekali salah
Keputusan menubuhkan PKR, sebuah parti pelbagai kaum bukanlah menunjukkan Anwar seorang yang liberal, tetapi untuk beliau membuka dimensi baru dalam politik negara yang terkeluar daripada sentimen kaum dan agama yang sering menjadi mainan selama ini
Anwar melihat, oleh kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum dan untuk mengelakkan isu kaum dan agama terus menjadi mainan dalam politik, ia antaranya boleh diatasi dengan mengajak rakyat berjuang bersama dalam sebuah parti yang pelbagai kaum
Hal ini dapat dilihat, meskipun PKR berbilang kaum keanggotaannya, ketegasan Anwar dalam perjuangan untuk Melayu, Bumiputera, bahasa Melayu, agama Islam dan seumpamanya adalah lebih daripada Tun Mahathir sendiri
Itu belum dikira lagi bagaimana Anwar dalam memimpin kehidupan keluarganya yang lebih mematuhi syariat Islam berbanding Tun Mahathir
Tun Mahathir, walaupun selalu mengaku memperjuangkan Melayu, beliau sebenarnya lebih kerap memperlekeh orang Melayu sebagai malas, bahkan lebih banyak dikelilingi oleh tauke dan ahli perniagaan bukan Melayu ketika sedang berkuasa
Tindakan Anwar berkawan dengan DAP sebaik dipecat daripada UMNO (bukan terkeluar daripada UMNO sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir) bukanlah bermakna beliau seorang yang liberal
Jika berkawan dengan DAP dianggap liberal, kenapakah ketika mengasaskan Deklarasi Rakyat, Tun Mahathir sendiri memulakannya dengan berbaik dan memerlukan sokongan DAP ketika itu
Kalau Anwar seorang yang liberal dan PKR sebuah parti yang liberal, mengapa Tun Mahathir masih mahu bergabung dengan Anwar dan PKR untuk menumbangkan Najib pada PRU14 lalu
Kenapa tidak bergerak sendirian
Jika tanpa sokongan Anwar, PKR dan DAP, bolehkah Tun Mahathir memenuhi cita-citanya menumbangkan Najib, UMNO dan BN serta berpeluang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua
Kenapa begitu mudah lupa jasa dan sumbangan Anwar, PKR dan DAP terhadapnya
Dalam keadaan Tun Mahathir sendiri ditikam dan dikhianati oleh Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali sehingga terpelanting daripada kerusi Perdana Menteri dan tidak mampu untuk bangun semula, apa faedah dan pahalanya lagi untuk beliau terus menyalahkan Anwar
Lebih daripada, jika Anwar dan PKR liberal, manakala Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir kononnya tidak liberal, mengapa calon Bersatu lebih banyak kalah daripada menang kepada UMNO dalam PRU14 lalu
Bukankah jika Tun Mahathir seorang yang benar-benar memperjuangkan Melayu, beliau dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, parti Bersatu yang ditubuhkannya pasti akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding UMNO yang dituduhnya parti kleptokrasi? (ShahbudinHusin 12/03/2020



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/mahathir-manusia-yang-tak-mengenang-budi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Checkmate Mahathir Anwar Dan Ph

Agong Checkmate Mahathir Anwar Dan Ph

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 377 hits
Kehebatan Agong akhirnya krisis keperlembagaan dalam lantikan PM ke 8 selesai pada hari ini Keputusan YDPA dalam isu lantikan ini tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana ianya di bawah kuasa budibicara Tuanku yg tidak perlu mengikuti nasihat...
Dua Ahli Parlimen Nafi Sokong Dr Mahathir

Dua Ahli Parlimen Nafi Sokong Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 426 hits
DUA orang Ahli Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Sri Aman menafikan mereka menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menjadi Perdana Menteri selepas beliau meletakkan jawatan baru baru ini Menurut Malaysiakini Ahli Parlimen Bukit Ganta...
Dr Mahathir Senaraikan 114 Ahli Dewan Rakyat Penyokongnya

Dr Mahathir Senaraikan 114 Ahli Dewan Rakyat Penyokongnya

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 239 hits
Dr Mahathir senaraikan 114 Ahli Dewan Rakyat penyokongnya Dikemas kini 50 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Feb 2020 11 15P
Upko Stands By Mahathir

Upko Stands By Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 126 hits
Upko leader Wilfred Madius Tangau and other Upko Supreme Council members have thrown their support behind Dr Mahathir Mohamad to continue to be the prime minister KOTA KINABALU United Progressive Kinabalu Organisation today stated it wants ...
Bukit Gantang Mp Denies Supporting Mahathir

Bukit Gantang Mp Denies Supporting Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 286 hits
Bukit Gantang MP denies supporting Mahathir 11 40pm Bukit Gantang MP Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal denies backing Mahathir I deny it he tells Malaysiakini adding that he had never signed a statutory declaration supporting the inter...
Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 313 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun untuk menyokong Mahathir Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil Ketika dihubungi Malaysiakini Fa...
Mahathir Muhyiddin Kini Berperang Dalam Bersatu

Mahathir Muhyiddin Kini Berperang Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 365 hits
Malaysiakini Isu pelantikan perdana menteri baru menunjukkan putaran baru apabila calon yang dicadangkan Bersatu Muhyiddin Yassin menyanggah Dr Mahathir Mohamad Dalam kenyataan ringkas dikeluarkan selepas beliau dan rombongannya keluar dari...
Desperado Mahathir Ph Yang Gila Kuasa

Desperado Mahathir Ph Yang Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 379 hits
Sebelum meneruskan ulasan abam ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana akhirnya beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8 Namun disebalik kelegaan semua pihak dgn berakhirnya kemelut politik yang sudah ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya