Mahathir Dengan Green Wave


 
Suka beliau atau benci beliau, tidak dinafikan Dr Mahathir Mohamad bijak mencari perhatian. Ada sahaja rencana untuk kekal relevan atau kelihatan relevan. Ini sememangnya penting buatnya terutama setelah kalah teruk pada pilihan raya lalu, lebih-lebih lagi permohonan Gerakan Tanah Air pimpinannya untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional ditolak dan deklarasi Melayunya disambut dingin.
Terbaharu beliau berkicau di Twitter semalam “tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau”. Perlu dinyatakan kicauan beliau diberi tajuk “Green Wave”. Lantas saya sendiri terpanggil menulis mengenainya setelah agak lama tidak mengikuti perkembangan beliau.
“Green wave” atau gelombang hijau istilah mengenai kemenangan besar PAS pada PRU15 lalu di wilayah Utara dan Pantai Timur Semenanjung. Umum tahu hijau putih warna PAS. Jadi apa yang dimaksudkan Mahathir? FMT melihatnya begini. Mahathir kata rakyat tidak perlu takut dengan pengaruh gelombang hijau Perikatan Nasional. PAS duduk bersama Bersatu dalam PN. Lantas pelbagai persoalan timbul dengan terbitnya “tweet” Mahathir itu.
Sebelum bercerita lanjut, perlu dibaca “tweet” beliau keseluruhannya. Ia berbunyi: “Malaysia ditadbir kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun. Pembangunan yang pesat berlaku. Kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan. Tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau.”
Siapa yang menakutkan “pemerintahan orang Melayu” yang Mahathir maksudkan? Pun begitu saya menyimpulkan begini: Bagi Mahathir selama 60 tahun kerajaan majoriti Melayu memerintah Malaysia, negara pesat membangun yang turut dinikmati kaum bukan Melayu. Oleh itu jangan menakutkan rakyat terhadap kerajaan Melayu hanya kerana mereka PAS, yang dilihat “hardliner” dan “extreme”.
Diulangi siapa yang menakut-nakut rakyat akan kerajaan PAS? Adakah boleh dianggap apa yang Mahathir katakan ialah PAS sekarang sebagai kerajaan Melayu-Islam mampu membawa pembangunan pesat seperti yang dibawa kerajaan majoriti Melayu masa lalu, dan orang bukan Melayu akan turut menikmatinya?
Ertinya Mahathir melihat PAS sekarang boleh atau sedang mentadbir Kedah, Kelantan, dan Terengganu dengan baik, maka tidak perlu ditakuti? Oleh itu, jangan dibimbangi jika hijau bergelombang pada PRN di enam negeri tidak lama lagi? Kemenangan besar PN dikatakan menggugat kerajaan pusat, atau setidaknya memberi tamparan hebat.
Tetapi bukankah Mahathir pernah menyelar PAS sebagai parti ekstrem, eksploitasi agama, dan menolak hudud anjuran PAS? Namun itu dahulu. Inilah keindahan politik. Kita maklum dalam politik tidak ada musuh atau kawan yang kekal. Yang kekal ialah kepentingan.
Ada ketika Mahathir amat memusuhi PAS namun ada waktu bermesra. Malah beliau pernah berdiri atas pentas PAS menyerang Tunku Abdul Rahman setelah dipecat Umno pada 1969. Semasa menjadi perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan, Mahathir bersama Presiden PAS, Hadi Awang, menghadiri Kongres Maruah Melayu pada 2019. Cukup setakat itu walaupun ada banyak contoh yang tidak perlu dihuraikan di sini.
Ads by KioskedOleh itu, tidaklah memeranjatkan jika Mahathir memuji PAS kali ini. Ada rakan-rakan wartawan yang bertanya sesama sendiri adakah langkah seterusnya Mahathir akan menjalin kerjasama dengan PAS? Tidak ada jawapan daripada yang bertanya mahu pun yang mendengar. Cuma mengakui tidak ada yang mustahil dalam politik.
Ingat! Mahathir pernah kutuk keras DAP suatu masa dahulu tetapi berbaik, bekerjasama, malah pertahankan DAP.
Seorang pemerhati politik melihat apa yang dilakukan Mahathir sekarang bagai “beli jiwa dan sentimen Melayu”, dan juga mahu “beli” sokongan PN setelah partinya ditolak gabungan itu.
Kata seorang lagi pemerhati politik, Mahathir sedang menunjukkan sokongannya kepada apa dan siapa sahaja asalkan bukan Anwar Ibrahim. “Beliau sedang mencipta kekeliruan agar kepimpinan Anwar dilihat tidak menjaga kepentingan Melayu dan mesti ditentang,” katanya lagi.
Pemerhati politik yang disebut awal tadi bersetuju sambil berkata bukan memeranjatkan jika Mahathir cuba meraih sokongan Ahli Parlimen Umno yang tidak sehaluan dengan presiden mereka, Zahid Hamidi, agar “melakukan sesuatu untuk menumbangkan Anwar”. Betul atau tidak waullahualam. Yang jelas Mahathir tetap pandang Anwar musuh.
Apa pun ramai yang tabik dan angkat topi (atau songkok) terhadap Mahathir kerana pada usia lanjut tetap mahu bertarung dalam gelanggang politik. Namun ada juga penyokongnya yang angkat kaki. - FMT
Ads by Kiosked Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/mahathir-dengan-green-wave.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analyst Calls Out Mahathir S Hypocrisy Over Pn Green Wave

Analyst Calls Out Mahathir S Hypocrisy Over Pn Green Wave

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 156 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad recently said people should not fear the green wave of support for Perikatan Nasional PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad has been accused of hypocrisy in claiming that there was no need to fear the g...
Green Wave Will Thwart Multiracial Penang Govt Says Analyst

Green Wave Will Thwart Multiracial Penang Govt Says Analyst

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 245 hits
Penang PH says a big victory is needed in the state elections to ensure a multiracial state government GEORGE TOWN It will be difficult for Pakatan Harapan and Barisan Nasional to form a multiracial state government in Penang as envisioned ...
Chinese People Green Wave Your Pas Dap Ph Is Possible I Told You So

Chinese People Green Wave Your Pas Dap Ph Is Possible I Told You So

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 314 hits
major test for DAPcould rip DAP in halfforce DAP to leave gomen make Madani minority gomenMadani s solution CSA with PASPAS DAP support PHThis is adapted from Murray Hunter s latest article Pardoning Najib could bring down the governmentWas...
Legacy Terakhir Tun Dr Mahathir Malaysia Baru

Legacy Terakhir Tun Dr Mahathir Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 127 hits
Dalam masa yang sangat terhad dan atas keperluan negara yang paling utama Tun telah membuat pilihan rule of laws sebagai legacynya yang terakhir Seperti Malaysia Boleh Legacy ini akan menjadi ingatan dan juga sebutan untuk generasi akan dat...
See You In Court Anwar Replies To Mahathir

See You In Court Anwar Replies To Mahathir

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 197 hits
Anwar Ibrahim s lawyer says he is ready to answer any allegations in court in response to Dr Mahathir Mohamad s threat of a defamation suit over claims of enrichment while in office Anwar Ibrahim is ready to face Dr Mahathir Mohamad in cour...
Mahathir Tempoh Dah Tamat Minta Maaf Atau Saya Saman

Mahathir Tempoh Dah Tamat Minta Maaf Atau Saya Saman

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad menggesa Anwar Ibrahim memohon maaf kerana hari ini adalah hari terakhir untuk presiden PKR itu menjawab notis tuntutan selepas menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memperkaya diri dan kelua...
Projek Sailang Sudahkah Tukar Tiub Jumpa Mahathir

Projek Sailang Sudahkah Tukar Tiub Jumpa Mahathir

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 715 hits
Apakah tukar tiub hanya berfantasi dan dibiarkan bergentayangan merekacipta illusinya sendiri tanpa titik noktah Tidak kah Mahathir ingin tahu
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos