Mahathir Cabar Pas Buktikan Saman Rm1bilion Itu Wujud


MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mahu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor membuktikan bahawa terdapat saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini sekiranya kerajaan negeri tidak membuka semula konsesi balak.
“Takut disaman pembalak? Katanya ada saman RM1bilion? Sanggup tunduk ke pembalak?
“Buktikan saman RM1bilion itu wujud dan kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar,” kata Dr Mahathir dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi sebagai berkata kerajaan negeri Kedah sedia mempertimbang membuka semula konsesi balak kepada syarikat tertentu susulan keputusan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang membatalkannya.
Ini berikutan keputusan menteri besar ketika itu, Mukhriz Mahathir yang pada Mac lalu mewartakan Ulu Muda sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan air.
Setiausaha akhbar kepada MB Kedah, Muhamad Mat Yakim kemudiannya tampil dan menjelaskan bahawa Muhammad Sanusi Md Nor hanya melontarkan cadangan bagi menyelesaikan masalah peninggalan pentadbiran PH.
Katanya, kenyataan itu "bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baru pembalakan."
Beliau mendakwa masalah berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.
Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan, katanya.
Menjelaskan lanjut, Muhamad berkata tidak timbul soal memberikan kawasan ganti pembalakan jika Kedah "bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1 bilion."
Dr Mahathir dalam hantaranya di Facebook juga menulis “dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk menyelamatkan kawasan tadahan air untuk membantu empat juta penduduk.”
Tetapi katanya, kini, konsesi balak mahu dibuka semula.
“Dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk memberi bekalan air kepada sawah di Kedah & Perlis. Pengeluar 50 peratus sumber beras negara!
“Kini, si pembalak diagungkan dan kepentingan rakyat dan petani digadaikan,” katanya.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhammad Sanusi mengambilalih kepimpinan negeri pada 17 Mei lalu setelah 23 Adun menandatangani pernyataan berkanun untuk mengatakan bahawa mereka telah kehilangan kepercayaan ke atas Menteri Besar PH Mukhriz Mahathir.
Ini susulan beberapa Adun PKR dan Bersatu yang berpaling tadah hingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang di Kedah.
Menurut Mahathir, sejarah baru tercipta, dengan khazanah Kedah dijarah demi "pelaburan strategik" si pembalak.
“Jangan jual rakyat. Jangan jual hutan. Jangan jual khazanah Kedah demi kawan kamu, si pembalak.
“Moga Allah SWT terus melindungi Kedah dari tangan tangan pemimpin yang tidak amanah,” katanya mengakhiri hantaran itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/mahathir-cabar-pas-buktikan-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Cabar Buktikan Saman Rm1 Bilion Dari Pembalak

Tun M Cabar Buktikan Saman Rm1 Bilion Dari Pembalak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 423 hits
Tiada kes yang dibawa ke mahkamah tetapi tiba tiba Menteri Besar Pas Kedah Muhammad Sanusi Md Nor meletop dengan itu kerajaan negeri bakal membayar pampasan RM1 bilion sekiranya tidak mengganti kawasan balak yang dianugerahkan kepada bebera...
Sebab Sebenar Kenapa Mahathir Tidak Akan Cabar Di Mahkamah

Sebab Sebenar Kenapa Mahathir Tidak Akan Cabar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 389 hits
Hari itu PM ke 7 jawab wartawan bahawa dia tidak akan gunakan mahkamah untuk cabar keputusan dia dan geng dia disingkirkan dari parti PPBM kerana dia kata dia tak percaya mahkamah di bawah kerajaan PN Ini satu penipuan PM ke 7 tak boleh cab...
Dr Mahathir Senyap Imran Khan Senyap Pas Senyap Umat Islam Senyap Tak Ambil Pot

Dr Mahathir Senyap Imran Khan Senyap Pas Senyap Umat Islam Senyap Tak Ambil Pot

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 444 hits
Pada hari Selasa lepas pengganas Salafi Wahabi daripada ISIS telah menyerang sebuah wad bersalin di sebuah hospital di Kabul Yang berikut ini petikan berita mengenai serangan itu yang mengakibatkan 24 kematian beberapa bayi dan ibu mereka t...
Isu Cabar Keputusan Bersatu Mahathir Terkena Perangkap Sendiri Kata Najib

Isu Cabar Keputusan Bersatu Mahathir Terkena Perangkap Sendiri Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 373 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak yakin Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa isu melibatkan keahliannya dalam PPBM ke mahkamah kerana tahu ia tidak akan memperoleh manfaat susulan tindakannya semasa menjawat tugas sebagai pe...
Memang Agong Tak Marah Kalau Tegur Kerajaan Tapi Jangan Fitnah Kerajaan Itu Pun Mahathir Nak Belit

Memang Agong Tak Marah Kalau Tegur Kerajaan Tapi Jangan Fitnah Kerajaan Itu Pun Mahathir Nak Belit

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 416 hits
Ketika sidang media Mahathir ditanya mengenai titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memberitahu agar anggota parlimen tidak mengheret Malaysia dalam kancah krisis politik lagi Kita masih ada parlimen dan parlimen akan bersidang dan t...
Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 566 hits
She SalTetapi KERAJAAN PAS KEDAH PULA KECOH DENGAN SAMAN BALAK RM1 BILION YANG TAK UJUD Rakus sungguh lebai ni Kerajaan PAS yang baharu beberapa hari membentuk kerajaan di Kedah hendak membuka semula konsesi balak konon untuk mengelak bayar...
Two Bersatu Supreme Council Members Claim Dr M First Mooted Idea Of Joining Hands With Umno Pas

Two Bersatu Supreme Council Members Claim Dr M First Mooted Idea Of Joining Hands With Umno Pas

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 366 hits
The idea of Parti Pribumi Bersatu Malaysia joining hands with Malay based parties Umno and PAS to ensure political stability was first mooted by Tun Dr Mahathir Mohamad himself as far back as right after the last general election two Bersat...
Pintu Belakang 1961 Pas Salahkan Sultan

Pintu Belakang 1961 Pas Salahkan Sultan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 318 hits
Selepas Kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan melalui satu usul undi tidak percaya dalam Sidang DUN Terengganu pada tahun 1961 dulu MB Daud Samad minta Sultan Terengganu untuk bubarkan DUN Tuanku Sultan tidak berkenan dengan permintaan Daud Se...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Winning Percentage In Online Football Betting Sbobet Wap 2025

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium