Mahathir Anwar Dan Penyokong Tamatkan Sengketa Usah Saling Mengguris Perasaan




Oleh ZAKARIA MUSAMarch 14, 2020 9:41 amAntara punca utama kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan akhir Februari lalu adalah kegagalan menangani proses dan polemik peralihan kuasa perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.Ia juga berkait rapat dengan konflik dalaman PKR yang membarah di antara kem presiden, Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali. Ditambah buruk lagi, persaingan semakin tajam sesama komponen PH, terutama Bersatu dan PKR, selain dakwaan DAP menjadi punca kerajaan tidak popular dalam kalangan masyarakat.Saya hanya ingin fokuskan kepada masalah berlanjutan penyokong Mahathir-Anwar, sehingga boleh diambil kesempatan oleh pihak opurtunis bagi membentuk kerajaan pintu belakang walaupun PH memperolehi majoriti selesa hampir 140 kerusi Parlimen.
Krisis tidak bermula pada malam Jumaat 21 Februari itu, apabila mesyuarat Majlis Presiden PH dikatakan agak panas membincangkan tarikh spesifik Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar. Walaupun resolusi dicapai menghampiri tengah malam, menyerahkan sepenuhnya kepada Mahathir, namun Azmin dan tanpa disedari Muhyiddin Yassin, telah menyiapkan perancangan licik mereka lebih awal lagi.Sejarah pengkhianatan telah terakam. Mandat rakyat dalam PRU14 dinodai. Ada pihak menyalahkan Mahathir yang dilihat silap strategi meletakkan jawatan perdana menteri, manakala tidak kurang juga merasakan Majlis Presiden tersalah jangka mencalonkan Anwar selepas Mahathir tidak hadir mesyuarat.
Mulanya undi Mahathir dan Anwar berpecah dan gagal memperolehi majoriti di kala Umno-Pas menarik sokongan kepada Mahathir. Selepas PH bersetuju mencadangkan nama Mahathir, kumpulan bertentangan, iaitu Umno-Pas bersama geng Azmin dan Bersatu-Muhyiddin sudah berpakat, disokong Gabungan Parti Sarawak. Agong seterusnya mengumumkan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan, meskipun Mahathir mendakwa mempunyai majoriti dengan 114 sokongan ahli Parlimen.
PH yang menang dalam PRU14 kini berada dalam blok pembangkang. Begitu juga dengan Mahathir dan sebilangan kecil ahli Parlimen Bersatu, sekitar lima orang sahaja. Lebih kurang 30 MP Bersatu yang lain berada dalam kem perdana menteri, Muhyiddin. Beberapa negeri tumbang kepada Umno, seperti Johor, Melaka dan Perak. Kedah diramalkan akan jatuh juga.
Program ceramah penerangan sudah digerakkan. Meskipun agak terbantut dengan penularan Covid-19, sambutan orang ramai menggalakkan. Siaran FB live juga ditonton ribuan khalayak. Namun, masih banyak teka-teki dan persoalan berbangkit. Peranan dan aksi Dr Mahathir sering disalah-tanggap. Jika persepsi itu tidak ditangani secara bijaksana dan berhemah, PH mungkin diasak serangan dalaman yang merugikan.
Beberapa kenyataan terbuka Dr Mahathir selepas kerajaan PH tumbang menyentuh secara langsung perihal politik Anwar. Diungkitnya pendekatan “politik liberal” Anwar dan kemerosotan pengaruh presiden PKR itu di kalangan orang Melayu. Dr Mahathir juga sering mengulangi kekecewaaanya apabila PH mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri, menyebabkan kedua-duanya tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan memungkinkan Muhyiddin mengambil kesempatan.
Sementara itu, tinjauan rambang mendapati ramai penyokong PH akar umbi meletakkan punca kerajaan tumbang bermula dengan kesilapan Dr Mahathir meletakkan jawatan tanpa berunding dengan rakan-rakan pemimpin utama PKR, DAP dan AMANAH. Sewajarnya tindakan drastik itu diputuskan selepas berbincang dan mendengar pandangan menteri-menteri kanan dalam Kabinetnya, kerana ia mempunyai implikasi besar, termasuk terhadap kerajaan-kerajaan negeri.
“Justeru, aksi Mahathir yang mengejutkan itu menimbul spekulasi dan salah faham. Ada berpendapat ia hanya drama atau helah Mahathir untuk gagalkan proses peralihan kuasa kepada Anwar. Banyak lagi andaian negatif yang boleh menggoncang kesatuan PH. Hasilnya ramai penyokong lebih bersedia untuk melihat PH berjuang khususnya berdepan PRU15 tanpa Mahathir,” kata seorang penganalisis politik.
Seorang pemimpin kanan AMANAH dalam ceramahnya meluahkan rasa kecewa: “Kerajaan PH tumbang akibat perselisihan faham antara kita. Selepas kehilangan kuasa, kita nampaknya terus berbalah. Senanglah kerajaan pintu belakang pertahan kuasa mereka itu. Mereka pasti suka melihat kita sesama kita terus saling menyalahkan.”
Memang diakui tidak mudah memposisikan Dr Mahathir dan Anwar dalam satu pasukan yang mantap dan tersusun, sama ada bagi menghadapi kemungkinan membawa usul tidak percaya kepada perdana menteri di Parlimen, Mei ini, ataupun menggerakkan jentera pilihan raya sebagai persiapan PRU15. Namun, dengan terus melemparkan kenyataan yang menyinggung atau mengguris hati pihak lain umpama menembak kaki sendiri.
Ketika majoriti rakyat begitu marahkan komplot pengkhianatan Muhyiddin-Azmin, manakala ramai pemimpin Umno tidak puas hati dan rasa diperdaya dengan pembentukan Kabinet yang terlalu menguntungkan Bersatu, apakah cerdik untuk blok pembangkang masih diheret pertikaian berpanjangan Mahathir-Anwar? Dibimbangi rakyat akan berasa bosan, muak dan mungkin mengambil sikap tidak peduli lagi dengan politik tanahair. Lebih risau jika mereka mencemuk balik PH: “Patutlah kerajaan boleh digulingkan, sesama sendiri tiada henti bergaduh, dah diberi kuasa tak pandai menjaganya.”
Saya tertarik dengan pesanan seorang aktivis Armada Bersatu, Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin, respons terhadap ‘perbalahan’ terbuka ini: “Sekiranya untuk membentuk gabungan pembangkang secara bersama, sama ada bagi tujuan mendapatkan majoriti undi tidak percaya mahupun PRU mengejut, adalah tidak sepatutnya kenyataan mengecam pihak rakan gabungan yang ingin berjuang bersama.
“Kepada pihak yang menasihati atau bersama Ayahanda Tun Mahathir dan Dato’ Seri Anwar, bantulah untuk tenangkan keadaan. Elakkan untuk apa-apa kenyataan yang menambahkan lagi masalah dan kemarahan pihak lain.“Kecaman dan jawab menjawab pada waktu ini sangat tidak membantu apatahlagi media hanya menunggu kenyataan panas bagi membuat tajuk berita yang lebih menarik.”
Pastinya lebih ramai senada dengan Abu Hafiz. Mandat rakyat harus dikembalikan. Syarat utamanya pemimpin PH dan Bersatu- Mahathir harus membina segera persefahaman lebih kental dan ikhlas. Negara mesti diselamatkan daripada permainan kotor elit politik memperdagangkan undi rakyat sebagai komoditi berharga demi tembolok masing-masing.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/mahathir-anwar-dan-penyokong-tamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Bukan Masa Bersengketa Antara Mahathir Dan Anwar Ibrahim

Ini Bukan Masa Bersengketa Antara Mahathir Dan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 229 hits
INI BUKAN MASA BERSENGKETA ANTARA MAHATHIR DAN ANWAR IBRAHIM Dari respon2 yg didapati sehari dua ini tampak penyokong2 Anwar begitu galak mengutuk dan menyalahkan Dr Mahathir Pelbagai teori dan jangkaan dilayangkan demi meletakkan kesalahan...
Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi mengakui bahawa perhubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermasalah namun beliau sanggup mengenepikan isu itu dan merujuk kembali kerjasama mereka untuk agenda...
Kenapa Anwar Sokong Mahathir Jadi Pm Untuk Kali Kedua Selepas Kena Tipu

Kenapa Anwar Sokong Mahathir Jadi Pm Untuk Kali Kedua Selepas Kena Tipu

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 317 hits
Ada maklumat yang dikatakan sah daripada sumber sahih mengatakan apabila Anwar datang nak jumpa Agong Agong tak berapa nak layan Pasal Malaysiakini menyiarkan Anwar jumpa hanya beberapa minit aje Malah ada sumber mengatakan Agong tak nak ju...
Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 283 hits
Orang Melayu tak boleh terima Anwar kerana falsafah politik liberal dakwa Dr MAntara sebab orang Melayu tidak boleh menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana ideologi politiknya yang liberal dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Penyokong Tun Jangan Ambil Pendekatan Seperti Penyokong Anwar

Penyokong Tun Jangan Ambil Pendekatan Seperti Penyokong Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 352 hits
Di dalam ISU PM8 sebagai rakyat kita banyak belajar sebagai pemimpin politik dan penyokongnya yang taksub mereka akan terus dengan nafsu serakah Tidaklah bererti dan tidaklah kita mencari siapa YG betul siapa yang salah tetapi ambill jalan ...
Mahathir Saya Menghadapi Masalah Dengan Anwar

Mahathir Saya Menghadapi Masalah Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 196 hits
March 12 2020PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal Bekas Perdana Menteri itu berkata orang Melayu belum boleh menerima ideologi ...
Jika Anwar Ditolak Oleh Kaum Melayu Kaum Mana Pula Yang Sokong Mahathir

Jika Anwar Ditolak Oleh Kaum Melayu Kaum Mana Pula Yang Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 457 hits
Saya asalnya malas mahu ambil tahu tentang Mahathir orang tua yang semakin merapu cakapnya Namun apabila beliau terus berleter bukan bukan semenjak hilang kuasa angkara perbuatan khianat presiden partinya sendiri dan dibantu pula oleh Si Ki...
Ph Penyokong Mahathir Buat Taklimat Jelaskan Situasi Politik

Ph Penyokong Mahathir Buat Taklimat Jelaskan Situasi Politik

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 298 hits
Kow Gah Chie Pakatan Harapan dan peyokong Dr Mahathir Mohamad dalam Bersatu akan mengadakan sesi taklimat di seluruh negara untuk menjelaskan berhubung situasi politik baru baru ini Parti parti pembangkang akan menjelaskan kepada akar umbi ...
Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota Ph Anwar Ibrahim

Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota Ph Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 334 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi anggota Pakatan Harapan Bagaimanapun pihaknya masih terbuka sekiranya ada perbincangan dan kerjasama bersama Mahath...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu