Mahathir Akan Lebih Dihormati Hingga Akhir Hayat Jika Mengotakan Janjinya Pada Mei Ini




Semakin kita dewasa, apatah lagi kalau semakin tua, cakap seseorang biasanya lebih mudah untuk dipercayai.Ini kerana dengan kedewasaan dan ketuaan, seseorang itu menjadi semakin matang dan banyak memikirkan perasaan orang lain berbanding ketamakan diri sendiri.Untuk itu, mereka akan bercakap dengan berhati-hati, menyelitkan hanya fakta yang boleh dipercayai serta berjanji sesuatu yang boleh ditunai atau dilaksanakan saja.Adalah malang sebenarnya dalam kehidupan ini jika semakin seseorang dewasa atau tua, kata-katanya semakin dicemuh dan janji tidak lagi dipercayai.Tetapi, itulah yang mahu tidak mahu, harus kita akui sedang berlaku kepada Tun Mahathir Mohamad sekarang ini.Berikutan hujahnya yang banyak berdalih daripada melaksanakan janji manifesto, diikuti dengan terlalu berdolak-dalik berhubung janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, Tun Mahathir kini menjadi orang yang paling tidak dipercayai kata-katanya di negara ini.Kata-kata Tun Mahathir bahawa Buku Harapan yang mengandungi janji manifesto bukanlah sebuah kitab suci yang wajib ditunaikan, pada hakikatnya benar-benar mengguris hati rakyat setelah mereka memberi kemenangan kepada PH dan meletakkannya sebagai Perdana Menteri semula.Lebih terluka hati rakyat dibuatnya apabila beliau juga mengatakan janji-janji itu terlalu sukar dilaksanakan kerana ia dirangka dalam keadaan PH tidak menyangka akan mencapai kemenangan dan mampu menumbangkan BN.Adakah begitu tahap kata-kata yang sepatutnya daripada seorang yang ada pengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini?Diburukkan lagi ialah apabila Tun Mahathir juga terus berdolak-dalik berkenaan janji peralihan kuasa, walaupun tidak pernah lupa menyelitkan ayat akan tetap mengotakan janjinya itu.Kepada rakyat, jika benar akur kepada janji, mengapa cakap Tun Mahathir tidak pernah konsisten dan berubah-ubah serta sentiasa membuka ruang kepada elemen yang boleh menggagalkan peralihan kuasa itu?Sebab itu, selain orang-orang Melayu sendiri mula menolak dan mempertikaikan Tun Mahathir, orang bukan Melayu juga secara terbuka tidak lagi suka kepadanya.Pengundi dan peniaga Cina yang sebelum ini rata-rata menyanjung tinggi Tun Mahathir, sekarang ini boleh dikata 90 peratus sudah jadi benci kepadanya.Hujah kebencian mereka itu tidak lain ialah kerana dalam tempoh 20 bulan ini beliau didapati lebih banyak bermain politik dan mencatur politik daripada menguruskan soal ekonomi serta menyelamatkan negara.Bagi kaum Cina, janji Tun Mahathir sebelum PRU14 lalu di mana mengatakan matlamatnya menjatuhkan Najib Razak bagi menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi hanyalah auta belaka.Dalam isu yang peralihan kuasa yang terus berlarutan pula, daripada berjanji dua tahun, Tun Mahathir telah mengubahnya sendiri kepada November iaitu sehingga selesai Sidang Apec 2020.Sekali lagi, janjinya ini juga tidak dipercayai oleh rakyat jelata dan ini adalah sesuatu yang malang bagi seseorang yang setua 95 tahun usianya.Di mana-mana terdengar rakyat bersuara bahawa ini hanyalah helahnya untuk terus berkuasa dengan lebih lama atau sementara muncul muslihat baru untuk mengelakkan peralihan kuasa itu.Untuk itu, sementara ada yang mendesak agar tarikh khusus serah kuasa segera dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari ini, tidak kurang yang mahukan janji itu tetap ditunaikan pada Mei dan bukannya November.Tetapi, dalam keadaan kepercayaan rakyat kepadanya kian merosot dan cakapnya lebih banyak tidak dipercayai, Tun Mahathir setidak-tidaknya dapat menjadikan dirinya dihargai semula jika sedia kembali kepada janji asal iaitu Mei sebagai muktamadnya beliau berundur dan melakukan peralihan kuasa.Bukankah penghargaaan sesuatu yang lebih penting untuk ditinggalkan selepas kematian? (ShahbudinHusin 20/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/mahathir-akan-lebih-dihormati-hingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 502 hits
oleh Dr KamarulZakiah Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga akhir penggal Ji...
Taruh Irisan Lemon Ke Dalam Freezer Hingga Beku Khasiatnya 10 Ribu Lebih Baik Dari Kemoterapi

Taruh Irisan Lemon Ke Dalam Freezer Hingga Beku Khasiatnya 10 Ribu Lebih Baik Dari Kemoterapi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 230 hits
Taruh Irisan Lemon ke Dalam Freezer Hingga Beku Khasiatnya 10 Ribu Lebih Baik Dari KemoterapiLemon merupakan salah satu buah dengan manfaat yang luar biasa Buah ini biasanya dikonsumsi dengan cara di buat minuman Namun tahukah Anda jika ter...
Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 412 hits
Keputusan dan pengumuman yang ditunggu akhirnya sudah tiba Malam ini majlis presiden Pakatan Harapan memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu meletak jawatan dan bersara pada atau sebelum Mei ini Beliau boleh terus memegang jaw...
Ya Allah Abam Sangat Baik Mak Akan Jaga Anak Abam Sampai Akhir Hayat

Ya Allah Abam Sangat Baik Mak Akan Jaga Anak Abam Sampai Akhir Hayat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 455 hits
Mak dah maafkan abam Dah tiada dosa Abam pun dengan mak Sepatutnya mak yang pergi dulu dan bukan Abam bangunlah tak kesian ke kat mak Itu yang pertama sekali keluar dari mulut ibu kepada allahyarham Abam Sabariah Arshad 63 sambil menangis s...
Harga Beras Di Jakarta Diperkirakan Tak Akan Naik Hingga Akhir Februari 2020

Harga Beras Di Jakarta Diperkirakan Tak Akan Naik Hingga Akhir Februari 2020

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 228 hits
Direktur Utama PT Food Station Tjipinang Jaya Arief Prasetyo Adi mengklaim posisi harga beras di berbagai pasar Jakarta hingga saat ini masih dalam kondisi normal Dia pun menjamin tidak ada kenaikan harga hingga akhir bulan ini
Nasihat Cuaca Kering Fasa Akhir Dijangka Berterusan Hingga Hujung Mac 2020 Met Malaysia

Nasihat Cuaca Kering Fasa Akhir Dijangka Berterusan Hingga Hujung Mac 2020 Met Malaysia

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 348 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia kini sedang berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangkat bakal berakhir pada bulan Mac 2020 Dalam tempoh ini sleain Sarawak biasanya taburan hujan agak rendah di seluruh negera terutamanya di utara se...
Akhir Realita Pahit Guru Honorer Indonesia Nadiem Siapkan Hadiah Agar Mereka Lebih Sejahtera

Akhir Realita Pahit Guru Honorer Indonesia Nadiem Siapkan Hadiah Agar Mereka Lebih Sejahtera

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 235 hits
Berita gembira untuk para guru honorer yang selama ini mungkin hanya bergaji puluhan ribu per bulan Tapi katanya ada syaratnya
Malaysia Lebih Besar Daripada Mahathir

Malaysia Lebih Besar Daripada Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM Langkah pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik untuk menentukan kepimpinan negara dan pembentukan kerajaan baharu berasaskan prinsip demokrasi Penganalisis politik bebas Dr Jeniri Amir berkata beliau bersetuju dengan pandangan k...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord