Mahal Macam Mana Pun Tetap Dibeli Kerana Keperluan
MAHAL MACAM MANA PUN TETAP DIBELI KERANA KEPERLUAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BETULLAH TU. Sekarang memang serba serbi mahal. Makanan, pakaian, ubat-ubatan, perkhidmatan dan sebagainya. Memang tiak boleh asyik nak bandingkan dulu dengan sekarang, tapi perbandingan dan membandingkan itu pasti akan dilakukan dan berlaku juga. Kalau di kampung-kampung pun mengeluh dengan harga yang meningkat, apatah lagi la yang duduk di bandar-bandar besarkan. Garu ketiak peluh berjurai masa belanja dan bayar dikaunter.
Hakikatnya, mahal macam mana pun tetap dibeli kerana keperluan. Keperluan ya, bukan kehendak. Kalau kehendak boleh la pilih-pilih lagi tapi kalau keperluan mahu tidak mahu gagahkan juga membeli dan penuhi juga. Orang kena faham konsep dan erti antara keperluan dengan kehendak. Kemudian baharulah berbicara kerana ianya beri definisi yang berbeza. Dalam keadaan sekarang ni kadang bila kita tengok orang macam bermeawah atau setia dengan satu-satu jenama yang sama walau mahal bukan kerana bertimbun duit dia. Hahahahha. Kalau betul terjadi duit bertimbun aamiin kan. Boleh kongsi dengan orang yang memerlukan.
Hidup ini mewah ujian kerana Allah mahu kita sabar dan DIA tahu kita mampu
Ada dua hal yang sangat dekat dengan PC. Mahal macam mana pun tetap dibeli kerana keperluan. Mak mertua PC ada masalah kesihatan. Darah pekat hingga menjadi beku. PC tak pasti apa bahasa saintifiknya. Deep Vein Thrombosis ya kalau tak silap PC la. Kalau PC silap betulkan ya. Mak kena makan warfarin ubat cairkan darah seumur hidup tapi mak tak boleh makan sayuran hijau sedangkan tubuh kita memerlukan vitamin daripada sayurann hijau. Akhirnya doktor tukar ubat mak kali ni kena beli sendiri difarmasi awam. Alhamdulillah seronok mak sebab boleh makan semua jenis sayuran tak perlu pantang. Tidak semua hospital ada bekalan ubatan jenis yang baharu untuk mak ni. Maka mesti beli difarmasi. Harap maklum harganya. Beratus. Untuk sebulan.
Bukan nak tunjuk hebat atau bagusnya ubatan, tapi PC nak jelaskan, mahal macam mana pun tetap dibeli kerana KEPERLUAN. Sama juga kisahnya dengan PC dan encik suami, kami ada pelihara anak bulu. Ada sembilan ekor yang masih hidup setakat ini daripada tiga belas ekor. Allahamdulillah. Nikmat bagi kami suami isteri. Amanah dan tanggungjawab. Biasalahkan bila sudah sanggup, sayang dan ada rasa tanggungjawab makan minum sakit pening mereka adalah tanggungjawab kami. Tidak cuma makanan kita manusia yang naik harga. Makanan dan segala keperluan anak bulu atau haiwan pun naik harga. Ada yang bising dan tanya kenapa tak belikan makanan yang lebih murah dan jimat?. Jawapan mudahnya adalah sudah dicuba semuanya dan pada setiap testimoni untuk mencar keserasian pada anak bulu kami, ada RISIKONYA.
Kalau awak pelihara haiwan, mesti awak akan tahu risiko tukar jenis makanan pada haiwan peliharaan. ganggunan pada buah pinggang hingga menyebabkan kencing berdarah. Kadang kos rawatan dan ubatan jadi lebih mahal berbanding harga makanan mereka. Sekali lagi mahal macam mana pun tetap dibeli kerana keperluan. Hehehehehe. Nak lagi mudah, pokok bunga perlukan baja bunga jangan tabur baja buah. Setiap makhluk ada keperluan masing-masing. Doakan dan berilah sokongan itu lebih baik.
〰 Tak kuasa la nak berlagak.
Tinta Perdu Cinta ❤MAHAL MACAM MANA PUN TETAP DIBELI KERANA KEPERLUAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/04/mahal-macam-mana-pun-tetap-dibeli.html