Maggi Ketam Cekik Darah


Maggi ketam cekik darah. KOTA BHARU – Sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga “cekik darah” iaitu RM50 bagi semangkuk 'maggi ketam' yang dimakan di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Jumaat lalu.


Maggi ketam cekik darah
Mereka seramai 29 termasuk kanak-kanak datang ke Kelantan sempena majlis pertunangan salah seorang ahli keluarga dengan seorang gadis di Pengkalan Chepa.

Seorang daripada mereka, Siti Roshilah Rosli, 31, berkata, pada malam hari berkenaan, mereka pergi ke pantai tersebut untuk beriadah sebelum berhenti makan di salah sebuah gerai yang ada di tepi pantai itu. 

Katanya, mereka kemudian memesan makanan masing-masing termasuk dua mangkuk maggi ketam; beberapa nasi putih dan tomyam selain memesan minum minuman kebanyakannya teh o ais; kopi o dan segelas air lobak merah.

Tiba masa untuk menjelaskan bil, mereka dikenakan bayaran RM413 bagi kesemua makanan itu menyebabkan pelanggan tergamam sebelum bertanyakan harga mi segera yang dimasak bersama ketam berkenaan.

“Air minuman dikenakan bayaran RM101; celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.

“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15,” katanya.

Menurutnya, biarpun berasa teraniaya dengan situasi itu, mereka tetap menjelaskan bayaran sebelum bertindak memuat naik status di laman sosial dan turut berkongsi luahan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu di Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Aduan saya mendapat maklum balas positif daripada pihak berkenaan dan mendapat tahu mereka sudah menyerbu kedai makan tersebut. Status itu mendapat banyak perkongsian oleh pengguna Facebook dan banyak komen mengatakan mereka juga pernah terkena harga cekik darah di kedai yang sama.

Status yang dimuat naik Siti Roshila turut dipanjangkan kepada KPDNHEP dan mendapat maklum balas positif dari pihak berkuasa berkenaan.
“Saya harap tindakan tegas diambil pihak berkuasa supaya memberi pengajaran kepada peniaga sebegini agar tidak mengambil kesempatan dan sewenang-wenangnya mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan dan mendapati peniaga itu dipercayai cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.

“Peniaga memberi alasan bahawa harga ketam mengikut pasaran semasa dan memberitahu tidak sempat untuk menukar paparan harga. Peniaga ini dipercayai mengambil kesempatan kerana ketika itu musim cuti dan terdapat elemen berniat “sembelih” pelanggan.

“Sehubungan itu, pihak kami tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://theviral-news.blogspot.com/2018/09/maggi-ketam-cekik-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penuhi Kekurangan Stok Darah Sejak Pandemi Gp Nasdem Kumpulkan 7 734 Kantong

Penuhi Kekurangan Stok Darah Sejak Pandemi Gp Nasdem Kumpulkan 7 734 Kantong

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 90 hits
Ribuan kantong darah juga plasma tersebut dikumpulkan dari 5 283 pendonor darah dan 276 pendonor plasma Dari jumlah tersebut ada 6 639 pendonor 84 persen berhasil tersalurkan sebanyak 5 559 kantong darah
Warga Kota Pasuruan Kini Sudah Bisa Cuci Darah Di Rsud Soedarsono

Warga Kota Pasuruan Kini Sudah Bisa Cuci Darah Di Rsud Soedarsono

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 174 hits
Warga Kota Pasuruan kini sudah bisa cuci darah di RSUD Soedarsono hal ini disampaikan oleh Wali Kota Pasuruan Saifullah Yusuf bersama Wakil Walikota Pasuruan Adi Wibowo saat meninjau langsung layanan Hemodialisis di RSUD Dr Soedarsono Pasur...
Darah Ke Susu Ibu Jangan Cemas Bila Susu Keluar Macam Ni Doktor Jelaskan Sebabnya

Darah Ke Susu Ibu Jangan Cemas Bila Susu Keluar Macam Ni Doktor Jelaskan Sebabnya

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 246 hits
Pengalaman pertama kali menyusukan anak pastinya mencatat seribu satu kenangan Bermacam ragam Semuanya kerana tiada pengalaman Jika sebelum ini susu berwarna kekuningan jangan terkejut susu juga boleh keluar seperti darah Menurut jangan cem...
Seram Mayat Hidup Balik Nak Cekik Aku The Beast Inside Gameplay Part 4

Seram Mayat Hidup Balik Nak Cekik Aku The Beast Inside Gameplay Part 4

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 325 hits
Assalamualaikum Hairangers Bertemu lagi korang dalam siri horror game The Beast Inside Part 4 Made in Malaysia Dalam gameplay The Beast Inside kali ini aku mencari janitor dalam Inn tapi rupanya Janitor dah kena bunuh Tapi yang seram tu may...
Anjang Aki Terjatuh Muntah Darah

Anjang Aki Terjatuh Muntah Darah

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 255 hits
KEADAAN pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau Anjang Aki 82 kini stabil dan beliau berada dalam pemantauan doktor sejak dimasukkan ke Hospital Shah Alam kelmarin Isterinya Datin Nazariah Abu Bakar 63 berkata suaminya dikejarkan ke hosp...
Resepi Maggi Kari Sup Pedas Viral

Resepi Maggi Kari Sup Pedas Viral

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 196 hits
Resepi Maggi Kari Sup Pedas Viral Kali ni kita nak share resepi maggi berkuah kari versi tumis yang meriah dengan segala bahan yang ada di dapur Kalau time hujan ke atau tgh santai santai kat rumah dah bosan tak tahu nak masak apa memang la...
Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah

Bonus Penjawat Awam Terengganu Tunggu Mof Lulus Kata Dr Sam

Why Rumc Is The Leading Clinical Informatics College In Malaysia

Majlis Bandaraya Kuantan Siap Sedia Hadapi Musim Tengkujuh Anjur Program Kepada Sukarelawan

Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Tahniah Kepada Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduan Negara 2024

Nasi Goreng Kicap Ini Bukan Anak Anak Saja Suka Yang Tua Pun Sama

Personal Domain Name For Business

Are Glcs And Statutory Bodies A Crock Of Gold


echo '';
Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu


Kemas Kebun Bandar Tepi Rumah

Kari Ayam Menggunakan Teknik Yang Mesti Cantik Kejadiannya

Apabila Mereka Sendirian Mereka Melanggar Larangan Allah

Skandal Nafas Siapa Sebenarnya Individu Terlibat

Resepi Daging Belengas Yang Mudah Kredit Syielafoodie

Pekerja Stesen Minyak Hero Selamatkan Motosikal Dari Kebakaran