Anjang Aki Terjatuh Muntah Darah
KEADAAN pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau Anjang Aki, 82, kini stabil dan beliau berada dalam pemantauan doktor sejak dimasukkan ke Hospital Shah Alam, kelmarin.
Isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar, 63, berkata, suaminya dikejarkan ke hospital selepas terjatuh di bilik air di rumah mereka ketika hendak minum petang.
"Kejadian berlaku pada jam 6 petang Selasa lalu. Saya dah siapkan air untuk dimakan bersama biskut. Suami tiba-tiba kata nak ke bilik air sekejap.
"Selepas itu saya terdengar seperti benda terjatuh. Mulanya saya ingatkan gayung yang jatuh. Kemudian saya terdengar bunyi suara.
"Saya pun segera jenguk dan mendapati suami dalam keadaan terlentang dan kepalanya dipenuhi darah. Dia mengalami luka di sebelah kepala kiri," katanya kepada Harian Metro.
Nazariah berkata, agak menghairankan apabila darah begitu banyak dan beliau segera mengejarkan suamiya ke hospital.
"Doktor buat imbasan (scan) tetapi mendapati tiada retak dan darah beku. Saya hairan dari mana datangnya darah jika tiada darah beku. Memang banyak darahnya hampir dua liter. Darah beku berketul-ketul.
"Petang semalam doktor buat ujian scope dan mendapati bahagian esophagus suami bengkak. Berlaku pendarahan yang buat dia muntah darah.
"Doktor kata pendarahan boleh berlaku bila-bila masa dan suami menghadapi masalah
Esophageal Varices tahap satu. Penyakit ini berkaitan hati," katanya.
Menurutnya, penyakit suaminya masih boleh dirawat dengan makan ubat manakala pembedahan agak sukar kerana faktor usia Baharuddin.
"Lagipun ia baru tahap pertama dan masih berpeluang untuk sembuh. Suami perlu ditahan di wad beberapa hari lagi untuk rawatan lanjut.
"Keadaan suami stabil tanpa masalah. Dia kenal orang dan boleh berjalan seperti biasa. Cuma dia tak boleh makan makanan yang keras kerana bahagian dalamannya bengkak," katanya.
Nazariah terharu kerana Baharuddin yang juga bekas presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerima kunjungan daripada anak-anak dan menantu, jiran serta Presiden Kelab MyFriend dan pengasas radio internet Bapakku.fm, Ismahalil Hamzah, penyanyi Uchop Ahmad dan Mas Yeos, anak kepada pengurus artis, Mas Omar yang memberikan sokongan moral buat suaminya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://theviral-news.blogspot.com/2018/12/anjang-aki-terjatuh-muntah-darah.html