Maggi Cup


Lepas Maghrib tadi, aku mai 7-e ni. Ada nak beli barang sikit. Sebaik masuk dalam tu, aku perasan ada dua orang budak dok berbisik sambil tunjuk megi Samyang yang berharga RM8.70.


Usia mereka sekitar darjah 4, darjah 5. Nampak dok berbisik-bisik macam nak beli. Aku perhati ja budak berdua tu.


Lepas tu ada sorang budak datang dengan mak ayah dia, beli megi cup biasa. Budak dan mak dia pergi tempat air panas, buka cup dan tuang air panas. Seterusnya ke kaunter untuk bayar.


Budak lelaki berdua tadi perhati je kelakuan tersebut dan nampak tersenyum girang.


Tanpa berlengah, dia ambil satu cup megi samyang, pergi tempat air panas, tuang air panas dan ke kaunter, terus buat pembayaran.


Fahamlah aku, budak berdua ni 1st time nak beli megi cup di 7-e. Tak tahu cara. Jadi dia perhati sahaja orang lain buat dulu. Nak tanya, malu agaknya. Biasa la, budak kampung ni pemalu sikit.


Aku rasa, mereka beli samyang guna duit raya yang diperoleh hari ini.


Entah berapa lama dah pendam perasaan nak rasa megi ini.
Mungkin selama ni hanya telan air liur lihat kawan-kawan makan, dengar kawan-kawan bercerita.


Nak minta duit dengan mak ayah, mungkin mereka tahu, mustahil nak dapat. Sebab belenggu kemiskinan agaknya.


So, tahan diri sampai ada duit sendiri. Saat raya begini, saat dapat duit raya. Dan malam ini impian mereka tercapai.


Sebab tu aku memang lawan pandangan segelintir orang 'Jangan bagi duit raya kat budak-budak'. Ada je tulis artikel begitu. Suruh beri buku lah apa.


Katanya nak sedekah, bagi je bulan Ramadan. Lebih afdal sedekah pakaian, makanan, kasut, buku, bla...bla...bla...


Nope kawan. Bagilah duit raya pada anak-anak. Kalian tak pernah tahu berapa lama mereka tahan keinginan nak makan aiskrim Magnolia, nak beli seluar jeans Levis copy ori, nak beli selipar Adidas, nak itu, nak ini.


Impian mereka ini hampir mustahil nak dapat jika minta dengan mak ayah.


Satu-satunya peluang untuk mereka merasa semua ini cumalah bila tiba hari raya. Ada duit sendiri. Ada duit raya.


Aku yakin, ramai pembaca artikel aku malam ini akan setuju dengan aku. Kerana kalian pun pernah berada dalam kasut itu. Kan? ☺️


Yang lahir dalam dulang emas, mungkin tak faham kisah ini. Tak pa lah korang tak faham pun, cuma ingat, bila raya, bagi je duit raya kat budak-budak yang datang beraya tu. 


Kadang bukan budak yang nak guna, mak ayah dia di rumah yang berharap anak pulang bawa duit raya untuk beli sekampit beras.


Ini cerita warga bawahan. Yang tak semua orang faham.


Begitulah.


Kredit : Mohd Fadli Salleh





SUAMIKU IMAMKU ISTERIKU MAKMUMKU 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/04/maggi-cup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Cup Aiskrim Yang Menarik Boleh Tingkatkan Jualan Anda

Bagaimana Cup Aiskrim Yang Menarik Boleh Tingkatkan Jualan Anda

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 99 hits
Dalam dunia perniagaan makanan dan minuman yang penuh persaingan rekaan dan pembungkusan produk memainkan peranan besar dalam menarik perhatian pelanggan Salah satu aspek penting yang sering diabaikan oleh peniaga aiskrim ialah rekaan cup a...
Sudirman Cup 2025 Jadual Badminton Keputusan Terkini Live

Sudirman Cup 2025 Jadual Badminton Keputusan Terkini Live

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 82 hits
Sudah bersedia untuk aksi badminton paling mendebarkan tahun ini Sudirman Cup 2025 kembali menggegarkan dunia kali ini dari Xiamen China bermula 27 April hingga 4 Mei 2025 Kejohanan berpasukan campuran paling berprestij ini menghimpunkan 16...
Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Importance Of Working Out And Choosing The Right Workout Clothes

Kempen A Happy Mouth Is A Happy Mind Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia

Reka Bentuk Minimalis Kotak Keras Dengan Reka Bentuk Sederhana Dan Warna Monokrom

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Startup Ecosystem And Innovation

Pelamindiy Dan Hantaran Simple