Kempen A Happy Mouth Is A Happy Mind Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia


Satu tinjauan baharu* yang dijalankan oleh Haleon, peneraju global dalam kesihatan pengguna, mendedahkan kebimbangan besar dalam kesihatan awam di Malaysia, iaitu gigi sensitif. Daripada 248 rakyat Malaysia yang disoal selidik, sebanyak 69% mengalami gigi sensitif secara berterusan, dan sebanyak 61.8% memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan itu berbanding dengan mendapatkan rawatan pergigian. Sensodyne, jenama ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia*, kini memperkenalkan semula ubat gigi Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk kelegaan berpanjangan -  menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi “bertahan”  dan mula menikmati hidup yang lebih selesa tanpa gangguan gigi sensitif. Sebabnya – mengapa terus bertahan



Tinjauan yang memfokuskan pada kumpulan usia 18 hingga 40 tahun ini menunjukkan bahawa generasi muda paling terkesan dengan isu ini. Sebanyak 38.4% responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 26 hingga 40 tahun, manakala 34.6% berada dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, membuktikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan mencari penyelesaian berkesan terhadap masalah gigi sensitif untuk semua peringkat umur

Gigi sensitif menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia, dengan makanan sejuk (58.5%) dikenal pasti sebagai punca utama, diikuti oleh makanan manis dan minuman panas. Keadaan ini menyebabkan ramai tidak dapat menikmati keseronokan hidangan harian secara sepenuhnya. Lebih membimbangkan, hanya sebanyak 13.1% responden mengambil tindakan menangani sensitiviti seperti memberus gigi untuk mengurangkan ketidakselesaan, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap amalan terbaik

Sebagai respons terhadap isu yang meluas ini, Sensodyne mengumumkan pelancaran Sensodyne Fresh Mint - ubat gigi baharu dengan rumusan dipertingkatkan untuk membantu rakyat Malaysia hidup tanpa rasa risau terhadap gigi sensitif. Sensodyne Fresh Mint menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani sensitiviti:• Perlindungan 24 Jam: Dengan penggunaan berterusan dan memberus dua kali sehari, anda boleh menikmati makanan dan minuman kegemaran tanpa rasa ngilu.• Kesegaran yang berpanjangan: Rumusan baharu Sensodyne Fresh Mint memberikan rasa segar yang berpanjangan.• Teknologi Pembersihan Tiga Tindakan: Formula inovatif ini menggilap gigi, menghilangkan kotoran, dan menyingkirkan bakteria untuk senyuman yang lebih ceria dan manis.
Keberkesanan Sensodyne turut disahkan oleh kajian Real-World Evidence yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH). Kajian tersebut, yang berjudul Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire (DHEQ), mengenal pasti bahawa:•  100% pengguna tetap Sensodyne berpuas hati setiap hari.•  98% melaporkan simptom sensitiviti mereka bertambah baik.
“Terlalu ramai rakyat Malaysia menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi sensitif, sehingga terlepas momen-momen kecil yang indah dalam hidup - seperti menikmati kopi ais atau ais krim. Ramai yang hanya menunggu rasa ngilu itu hilang, tanpa berusaha  menangani punca sebenar. Penemuan ini menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne, bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal – kerana jika dibiarkan tidak dirawat, sensitiviti boleh membawa kepada masalah pergigian yang lebih serius,” kata Law Chen, Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei

Dr Mohd Salman bin Masri, Periodontis wakil Persatuan Pergigian Malaysia, turut bersetuju: “Sensitiviti gigi bukan isu kecil - ia boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam. Namun, ramai rakyat Malaysia hanya bertahan tanpa menyedari sejauh mana sensitiviti menjejaskan kehidupan seharian mereka. Kajian terkini yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health menunjukkan bahawa 93% responden menyatakan bahawa sensitiviti mengurangkan nikmat makan dan minum, malah memberikan impak kepada keselesaan fizikal dan kesejahteraan emosi. Oleh yang demikian, penting untuk menangani sensitiviti seawal mungkin, iaitu sebaik sahaja rasa ngilu itu muncul. Jika diabaikan, sensitiviti boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan.”
Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne melancarkan kempen seluruh negara “A Happy Mouth is...A Happy Mind” untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Sensodyne dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia  menawarkan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan di lebih 500 klinik di seluruh negara, dari 21 April hingga 21 Mei 2025

Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di seluruh negara termasuk di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/04/kempen-happy-mouth-isa-happy-mind.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 221 hits
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Hari ini mari kita semua ambil sedikit waktu untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme Memahami autisme adalah langkah pertama untuk mewujudkan empati terhadap mereka yang berada dalam spektrum ini ...
Celcomdigi Tawar 5gb Data Percuma Sempena Hari Raya

Celcomdigi Tawar 5gb Data Percuma Sempena Hari Raya

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 154 hits
Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 CelcomDigi akan memberikan 5GB data percuma pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 31 Mac 2025 Inisiatif ini selari dengan Rebat Insentif RAHMAH yang diumumkan keraja...
Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 179 hits
Kementerian Pertahanan telah menyampaikan sumbangan bernilai RM26 000 kepada warga pertahanan pada Majlis Sambutan Hari Raya MINDEF di Dewan Seroja Kem KEMENTAH pada hari ini MINDEF sumbang RM26 000 Sumbangan ini termasuk Sumbangan Hari Ray...
Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 324 hits
Quote Guru Sempena Hari Guru 2025 Hari Guru adalah merupakan hari yang istimewa dan disambut setiap tahun untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk masa depan setiap generasi negara Guru bukan sahaja berperanan seb...
Influencer Dedah Berbelanja Raya Rm1 5 Juta 30 Hari 30 Baju Raya Buat Isteri

Influencer Dedah Berbelanja Raya Rm1 5 Juta 30 Hari 30 Baju Raya Buat Isteri

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 161 hits
Baru baru ini seorang pempengaruh serta usahawan Syed Muhammad Shah Hasif atau lebih dikenali sebagai Prince Syed Shahid merasakan tiada salah untuk dirinya berbelanja lebih bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri Apabila ditemubual oleh pihak ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 243 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H Tak sempat lagi nak buat post berbuka puasa dan pra raya photo shoot know know dah 3 Syawal 1446H ngeh ngeh ngeh Takpelah posting tu kalau r...
Jackson Got7 Tulis Surat Menyentuh Untuk Ibu Bapa Peminat Sambut Hari Lahir Ke 31

Jackson Got7 Tulis Surat Menyentuh Untuk Ibu Bapa Peminat Sambut Hari Lahir Ke 31

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 220 hits
Jackson Wang si ahli GOT7 yang terkenal dengan selera humornya baru saja menyambut ulang tahunnya yang ke 31 pada hari Jumaat lalu Untuk merayakan hari istimewanya superstar global ini berkongsi mesej penuh penghargaan dan renungan di Insta...
Nintendo Switch 2 Bakal Dilancar Hari Ini

Nintendo Switch 2 Bakal Dilancar Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 137 hits
Nintendo akan melancarkan versi baharu konsol Switch pada Rabu melalui siaran video selama satu jam Switch 2 yang mengekalkan konsep hibrid seperti pendahulunya hadir dengan skrin lebih besar pemprosesan lebih berkuasa dan reka bentuk yang ...
Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 294 hits
F F7 Cm F F7 Cm A F F Suatu masa dahulu Cm Kau selalu marah padaku F Maafkanlah aku seorang Cm F Yang cemburu terburu buru A F Yang lama elok ganti baru F Hari mulia tiba lagi Cm A Ku teringat teringat padamu F Cm Mari hilangkanlah muram du...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan