Madu Bahaya Kalau Beri Pada Bayi Bawah 1 Tahun Boleh Bawa Maut


Madu memang bahaya dan tidak sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah usia setahun. Ia boleh mengakibatkan botulisme atau keracunan serius yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.
American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.

Madu, Bahaya Kalau Beri Pada Bayi Bawah 1 Tahun Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
Boleh Bawa Maut
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
*Keletihan
*Selera makan menurun atau kurang menyusu
*Sembelit
*Tangisan yang lemah
*Otot menjadi lembik (tanda mungkin atrofi otot)
*Kelemahan muka
*Susah untuk menelan atau refleks gag yang lemah
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
BAYI TERLALU KECIL UNTUK MELAWAN BOTULISME
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
Kredit foto: Pexels BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
Kredit foto: Pexels CARA MENCEGAH:
✅ Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
✅ Jika mengambil rawatan alternatif, pastikan tiada yang berunsur madu.
✅ Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini tidak musnah walaupun sudah diproses. Ia hanya boleh dibunuh dengan suhu yang sangat tinggi.
Nak makan madu BOLEH tapi TIDAK untuk bayi kurang dari setahun.
Sumber: Artikel olahan dari Pa & Ma dan Dr Ahmad Samhan
Kredit foto (top image): Freepik dan Pexels
The post Madu, Bahaya Kalau Beri Pada Bayi Bawah 1 Tahun, Boleh Bawa Maut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/madu-bahaya-kalau-beri-pada-bayi-bawah-1-tahun-boleh-bawa-maut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Umur Bawah 3 Tahun Sudah Boleh Mula Nampak Ciri Autisme Ibu Bapa Perhatikan

Anak Umur Bawah 3 Tahun Sudah Boleh Mula Nampak Ciri Autisme Ibu Bapa Perhatikan

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 135 hits
Anak anak di bawah usia 3 tahun sudah mula dapat dilihat ciri ciri autisme jika anda Sebab itulah amat penting untuk ibu bapa memerhatikan perkembangan anak anak Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat Ini bermakna autism...
Foto Lucunya Bayi Gajah Sumatera Lahir Dari Induk Berusia 45 Tahun Di Bali Zoo

Foto Lucunya Bayi Gajah Sumatera Lahir Dari Induk Berusia 45 Tahun Di Bali Zoo

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 201 hits
Bayi Gajah Sumatera itu lahir secara normal dengan bobot sekitar 80 kilogram itu pada Jumat sekitar pukul 07 00 WITA
Sandwic R R Rupanya Bawa Maut Wanita Nekad Dedah Punca Kematian Ibu Saudara

Sandwic R R Rupanya Bawa Maut Wanita Nekad Dedah Punca Kematian Ibu Saudara

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 186 hits
Seorang wanita didakwa meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas menjamah sandwic yang dijual di kedai kawasan rehat dan rawat di Johor Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh anak saudara mangsa Sahara Nabillah menerusi satu hantara...
Remaja 17 Tahun Culik Teman Wanita 13 Tahun Bawa Lari Kahwin Di Johor Sebab Cinta Tak Direstui Keluarga

Remaja 17 Tahun Culik Teman Wanita 13 Tahun Bawa Lari Kahwin Di Johor Sebab Cinta Tak Direstui Keluarga

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 225 hits
Seorang lelaki sanggup menculik teman wanitanya dan membawanya lari gara gara hubungan mereka tidak direstui keluarga kekasihnya itu Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Memanda Ampang Point di mana suspek etnik Rohingya berusia 17 tahun itu...
Cucuk Vitamin C Berlebihan Boleh Beri Kesan Waktu Hamil Bahaya

Cucuk Vitamin C Berlebihan Boleh Beri Kesan Waktu Hamil Bahaya

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 202 hits
Vitamin C sememangnya bagus untuk kulit dan tubuh kita namun jika diambil berlebihan akan memudaratkan tubuh Malah jika diambil terlalu berlebihan akan membebankan buah pinggang dan hati kita Hal ini dikongsikan oleh Dr Erna Nadia Ikuti per...
Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah Berkhasiat Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit

Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah Berkhasiat Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 168 hits
Ibu ibu boleh membuat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja Mudah dan berkhasiat Paling penting sudah tentu bersih dan halal Bahan bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih Bi...
Kalau Boleh Nak Dua Anak Lagi Tak Putus Doa Nabila Huda Nak Jaga Pemakanan Di Usia 40 Tahun

Kalau Boleh Nak Dua Anak Lagi Tak Putus Doa Nabila Huda Nak Jaga Pemakanan Di Usia 40 Tahun

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 189 hits
Terus menanti dan tak pernah putus doa Itulah doa dan misi pelakon Nabila Huda menjelang tahun 2024 ini Nabila berkata walaupun bakal menginjak usia 40 tahun depan namun dia berharap doa menimang dua orang cahaya mata dimakbulkan Allah Engg...
Sky View Kuala Lumpur Boleh Dilihat Secara 360 Darjah Melalui Sky Ring

Sky View Kuala Lumpur Boleh Dilihat Secara 360 Darjah Melalui Sky Ring

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 125 hits
Sky View Kuala Lumpur boleh dilihat secara 360 darjah melalui Sky Ring di kediaman ikonik Datum Jelatek Selain itu sebuah pusat membeli belah turut dibangunkan bagi melengkapi keperluan komuniti setempat Berkonsepkan Bridging the Community ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention