Macam Mana Wang Berbilion Lolos Tanpa Di Kesan Bank Negara





Macam mana wang berbilion lolos tanpa di kesan Bank Negara?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 04, 2022
ShareKes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tiba tiba ‘meletup’ semula apabila didedahkan oleh bekas pegawai perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan penjanaan kewangan melalui bon, komisyen dan mudahnya pemindahan wang melepasi kawalan Bank Negara Malaysia (BNM) amat mengejutkan rakyat.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan titah Yang diPertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi mempersoalkan cakap cakap politik yang tidak mahu isu 1MDB diteruskan atau dibahaskan.
Katanya, isu 1MDB itu belum lagi menjadi teks sejarah, masih ada perbicaraan dan juga pendedahan fakta baharu di mahkamah luar negara yang perlu diketahui atau diambil tindakan oleh pemerintah Malaysia.
“Ada rakan di sebelah sana kata Pakatan Harapan (PH) tak ada modal lain asyik 1MDB sahaja. Tetapi 1MDB ini bukan cerita sejarah ia berterusan, sebab ini fakta baru dikemukakan di mahkamah New York (Amerika Syarikat (AS)). Bila kita teliti pembongkaran itu maka harus mencuit perasaan kita dan menggesa rakyat menolak.
“Mustahil isu 1MDB ini berlaku jika tidak ada kerusakan dalam seluruh sistem.
“Kementerian Kewangan ikut pengalaman saya amat teliti dan selalu memberi nasihat tidak bersetuju kalau dianggap pelanggaran hukum,” katanya tetapi mendakwa kali ini pegawai tinggi di kementerian itu ‘bersekongkol’ pula dengan pemerintah untuk memudahkan berlakunya skandal 1MDB.
Menurut Anwar lagi, 3 bon yang didedahkan oleh Leissner diterbitkan oleh pentadbiran Najib Razak, bon projek Magnolia, bon projek Maximus, bon projek Catalaise yang jumlah anggaran aliran dana 1MDB disahkan sekitar AS$4.5 atau RM18.88 bilion belum pernah didengar sebelum ini.
Begitu juga pertemuan Pengerusi Goldman Sachs, Lloyd Craig Blankfein dan bekas PM Najib Razak untuk urusan penerbitan bon berkenaan tidak diketahui dalam perbicaraan di Malaysia.
Anwar juga mempersoalkan, bagaimana urusan berkaitan kewangan 1MDB dan membawa wang keluar negara tidak diawasi oleh BNM dan diambil tindakan pada waktu ianya berlaku.
Begitu juga dakwaan ke atas suami bekas Gabenor BNM yang didakwa melakukan urusan kewangan rentas Malaysia – Singapura dalam jumlah yang besar tetapi gagal diambil tindakan.
“Orang bawa keluar wang RM50,000 kena isi pelbagai borang untuk Bank Negara. Orang keluar berbilion ringgit terpadam pula dari pengetahun Gabenor dan pegawai BNM. Dia kena jawab soal ini,” ujarnya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu seterusnya mendedahkan wang negara yang diselewengkan melalui 1MDB ada yang digunakan untuk membayar bil perjudian di Los Angelas juga membeli lukisan karya Monet, membeli bangunan dan harta lainnya.
“Jadi sekarang dikatakan perkara ini sudah berlalu. Bagaimana berlalu tetapi kita kena bayar (hutang) puluhan bilion? Saya perlu penjelasan. Bingung, kalau sikap begini berterusan.
“Sekarang (ada ahli politik kata) jangan bimbang kes rasuah. Kalau kita menang pilihan raya dan berkuasa semula semua ini terpadam dengan sendirinya.
“Bukankah ini bermakna institusi itu dikompromi? Sebab itu saya minta SPRM, BNM, LHDN, PDRM benar benar bermaruah dan berintegriti (dalam menjalankan siasatan),” katanya.
Selain itu, Anwar juga hairan dengan ketidakmampuan pasukan penguatkuasaan Malaysia menyiasat secara keseluruhan kes 1MDB.
Katanya, sekiranya Leissner tidak mendedahkan beliau telah menghadiahkan kekasihkannya, bekas CEO Astro sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London, maka hal itu akan terus terpendam.
“Isu yang dibongkar oleh Leissner, soalannya bagaimana agensi penguatkuasaan keselamatan tidak mampu membongkar kes ini?
“Walaupun ada siri pendakwaan di mahkamah tetapi bahan bahan ini kita harus tunggu sehingga ada, yang pertama DOJ (Jabatan Kehakiman) AS dan keduanya di mahkamah AS.
“Saya tekankan walau SPRM ada menjawab, sebahagian kes disiasat Jabatan Jenayah PDRM dan SPRM telah memanggil wanita berkenaan mengenai rumah, tetapi saya cadangkan mesti ada pasukan khas sekurang kurangnya 4 agensi ini untuk menyeleraskan tindakan.
“Kes ini besar, berpuluh bilion dan ada orang cuba memadamkan. Dia ingat ini wang siapa. Wang negara hilang dan tak ada apa apa (yang dipertanggungjawabkan).
“Saya tak faham, apatah lagi orang itu (yang terlibat) orang Islam,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/macam-mana-wang-berbilion-lolos-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 167 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 24 2022 8 16 PMBekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak tahu menahu mengenai sebarang laporan maklumat yang dibuat Bank Negara Malaysia melibatkan suami kepada bekas gabenor bank pusat berkenaan Pa...
Saya Takkan Bertanggungjawab Ibu Tipu Wang Guna Akaun Bank Han Sohee Agensi Beri Respon

Saya Takkan Bertanggungjawab Ibu Tipu Wang Guna Akaun Bank Han Sohee Agensi Beri Respon

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 192 hits
Siapa sangka figura ibu yang patut melindungi kadang kadang merupakan dalang yang mungkin menjatuhkan anak itu sendiri Sebelum ini media ada melaporkan Balai Polis Bangbae Seoul telah menerima laporan mengenai seorang ibu selebriti wanita y...
Mana Dasar Penyelesaian Ekonomi Ismail Sabri Pada Negara

Mana Dasar Penyelesaian Ekonomi Ismail Sabri Pada Negara

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 237 hits
ADA kah menggunakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa begitu PENTING kepada Ismail Sabri yang baru setahun jagung menjadi Perdana Menteri https www bharian com my berita nasional 2022 02 927552 martabatkan bahasa melayu dalam setiap u...
Kenyataan Media Dsai Penyalahgunaan Kuasa Bank Negara Malaysia

Kenyataan Media Dsai Penyalahgunaan Kuasa Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 234 hits
Kenyataan Media 28 Februari 2022 Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut Bahawa Dewan yang bersidang pada hari i...
Peremitan Wang Ke Luar Negara E Testing Lesen Memandu Tumpuan Parlimen Hari Ini

Peremitan Wang Ke Luar Negara E Testing Lesen Memandu Tumpuan Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 186 hits
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini KUALA LUMPUR Isu kawalan selia peremitan wang ke luar negara khususnya oleh pekerja asing dan pelaksanaan e testing bagi mengambil ujian lesen memandu merupakan antara persoalan yang memerlukan jawap...
Look For A Crime And Bank Negara Is Involved

Look For A Crime And Bank Negara Is Involved

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 164 hits
Bank Negara Governor Nor Shamsiah Mohd Yunus and her boss Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz are two master criminals That s because they have the skill to commit crimes and make it look like others are the ones committing them NO HOLDS BAR...
Macam Pro Siti Nurhaliza Tunjuk Skil Main Badminton Dengan Jaguh Negara Tan Boon Heong Jadikan Sukan Cara Lepas Tekanan

Macam Pro Siti Nurhaliza Tunjuk Skil Main Badminton Dengan Jaguh Negara Tan Boon Heong Jadikan Sukan Cara Lepas Tekanan

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 686 hits
BAGI mengekalkan stamina dan mendapatkan minda cerdas penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan aktiviti bermain badminton sebagai sukan pilihan ketika waktu senggang Menurut Siti 43 bersukan memberikan banyak manfaat kepada tubvh badan...
Bank Negara S Looting And Plundering Continues

Bank Negara S Looting And Plundering Continues

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 225 hits
Bank Negara s shenanigans will be revealed when i Serve presents their case in court and reveal that Bank Negara had behaved oppressively to freeze all their banking accounts in order to cripple and kill their businesses aimed at protecting...
Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 274 hits
MOHD SHAH RIMWisma Putra lembab Menteri lembab macam siput negara lain dah arahkan rakyat dan diplomat meninggalkan Ukraine nilah nasib rakyat Msia dibawah rejim kerajaan sekarang KERANA ITU RAKYAT PERLU SERAHKAN MANDAT PADAPAKATAN HARAPAN
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran