Macam Mana Nak Tahu Rahim Dah Bersih Lepas Keguguran Ini 6 Tanda Penting Ibu Kena Tahu


Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.
Ramai wanita tertanya-tanya bagaimana nak tahu jika rahim sudah benar-benar bersih selepas keguguran? Berikut adalah tanda-tanda penting yang boleh diperhatikan.

1. Pendarahan Semakin Berkurang dan Berhenti
Selepas mengalami keguguran, pendarahan adalah normal. Ia petanda rahim sedang membersihkan sisa-sisa tisu kehamilan. Tapi kalau semuanya dah kembali pulih, pendarahan juga makin kurang dan kuantiti juga makin sedikit. Biasanya ia akan ambil masa satu hingga dua minggu, bergantung pada jenis keguguran dan kondisi badan ibu.
– Pendarahan makin ringan
– Tak ada darah beku besar keluar
– Warna darah berubah dari merah terang kemudian jadi coklat dan akhirnya tiada langsung
2. Sakit Perut atau Kejang Semakin Hilang
Awal-awal keguguran memang akan rasa macam senggugut yang agak kuat. Tapi bila rahim dah kosong dan mula sembuh, perlahan-lahan rasa sakit akan menjadi semakin berkurangan. Kalau masih sakit berpanjangan atau tiba-tiba makin teruk, jangan tangguh dan jumpa doktor segera.
– Rasa sakit hilang atau ringan sangat
– Tiada tekanan di bawah perut
– Badan rasa lebih selesa, kurang tegang

3. Tiada Lagi Lendir atau Ketulan Darah Keluar
Mula-mula mungkin akan keluar lendir berdarah atau ketulan kecil dan ini adalah normal. Tapi bila rahim sudah semakin bersih, ia petanda bahawa tiada lagi ketulan darah atau pun lendiran dari faraj. Perlu diingatkan bahawa jika lendir berbau atau disertai demam, cepat-cepat dapatkan rawatan. Mungkin ada jangkitan.
– Tiada lagi ketulan atau sisa keluar
– Lendir faraj jadi jernih atau warna biasa
– Bau pun kembali normal
4. Kitaran Haid Kembali Seperti Biasa
Kalau haid sudah pun kembali dalam empat hingga enam minggu selepas keguguran, itu tanda rahim tengah berfungsi normal semula.
– Period pertama biasanya jadi ‘signal’ rahim dah ready
– Kitaran mungkin sedikit tak stabil awal-awal, tapi akan pulih dalam beberapa bulan
5. Ujian Kehamilan Dah Tunjuk Negatif
Hormon hCG (hormon kehamilan) akan menurun secara berperingkat. Bila rahim kosong, ujian air kencing biasanya sudah pun menunjukkan tanda negatif. Malah doktor biasanya akan pantau progres ni, terutama jika keguguran berlaku secara semula jadi (tanpa D&C).
– Ujian air kencing dah tunjuk negatif
– Ujian darah pun boleh bantu sahkan hormon sudah turun

6. Pemeriksaan Doktor Sahkan Rahim Dah Kosong
Yang paling tepat, dapatkan pemeriksaan perubatan. Jangan hanya bergantung pada tanda fizikal.
– Pemeriksaan fizikal
– Ultrasound untuk tengok masih ada sisa tisu atau tak
– Ujian darah untuk pastikan hormon hCG dah turun
Doktor akan berikan kepastian dan nasihat sama ada perlu rawatan lanjut atau tidak.
Keguguran bukanlah pengakhiran. Tapi ia fasa pemulihan yang perlukan masa, sokongan dan kepekaan terhadap tubuh sendiri. Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Dengarlah tubuh badan anda dan dapatkan bantuan bila perlu.

 
The post Macam Mana Nak Tahu Rahim Dah Bersih Lepas Keguguran? Ini 6 Tanda Penting Ibu Kena Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/macam-mana-nak-tahu-rahim-dah-bersih-lepas-keguguran-ini-6-tanda-penting-ibu-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Nak Cari Suami Macam Ini Video Abah Viral Menarik Perhatian Ramai

Mana Nak Cari Suami Macam Ini Video Abah Viral Menarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 124 hits
Tahun ini sambutan Hari Bapa terasa lebih bermakna bila satu video tular membuka mata ramai tentang erti sebenar pengorbanan seorang suami dan ayah Dalam video berdurasi kurang 1 minit dari TikTok shafarin78 kita menyaksikan momen penuh kas...
Dia Yang Usaha Lee Sunbin Kali Pertama Kongsi Macam Mana Hubungan Dengan Lee Kwangsoo Bermula

Dia Yang Usaha Lee Sunbin Kali Pertama Kongsi Macam Mana Hubungan Dengan Lee Kwangsoo Bermula

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 183 hits
Kejap je kan masa berlalu Lee Kwang soo dan Lee Sun bin pun sudah 8 tahun menjalinkan hubungan bersama Artikel Berkaitan Baru baru ini Lee Sun bin telah muncul dalam saluran YouTube Ji Suk jin bagi mempromosikan filem terbarunya Selain berc...
5 Tanda Inner Child Ibu Yang Terluka Jadikan Anak Kompetitor Wariskan Trauma Begini Cara Mengatasinya

5 Tanda Inner Child Ibu Yang Terluka Jadikan Anak Kompetitor Wariskan Trauma Begini Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 108 hits
Inner child ibu terluka bisa menjadikan anak sebagai kompetitor emosional dan trauma masa lalu pun diwariskan Artikel ini mengurai 5 tanda utamanya serta langkah awal untuk memulihkan luka antar generasi Wariskan cinta bukan trauma
Bab Gini Nak Diam Jkom Mana Pi

Bab Gini Nak Diam Jkom Mana Pi

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 112 hits
Zainuddin YaacobCerita cerita begini mereka senyap seribu bahasa Berbillion billion wang negara di salah guna terbaikkerajaanmadani
Kalau Nak Tarik Kereta Sekali Pun Jangan Macam Penjenayah Ppim Harian Metro 24 06 2025

Kalau Nak Tarik Kereta Sekali Pun Jangan Macam Penjenayah Ppim Harian Metro 24 06 2025

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 180 hits
Kuala Lumpur Kalau nak tarik kereta sekali pun ikutlah prosedur sepatutnya bukan dengan cara lompat pagar masuk ke kawasan kediaman tanpa kebenaran Tindakan seperti samseng ini bukan saja tidak menyelesaikan masalah tetapi membahayakan oran...
Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 120 hits
Seorang wanita menangis di hadapan anggota polis selepas video dirinya menghantar ibu kandung ke pusat jagaan warga emas tular dan mengundang kecaman ramai Wanita itu tampil menyesal dan akhirnya menjemput semula ibunya pulang Sorotan utama...
Doktor Tak Ramai Klinik Tumbuh Macam Cendawan Lepas Hujan Panas

Doktor Tak Ramai Klinik Tumbuh Macam Cendawan Lepas Hujan Panas

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 110 hits
Saya pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur pagi kelmarin dan telah mendaftar di Klinik Ortopedik sekitar jam 9 pagi Namun hanya selesai menerima rawatan pada jam 3 petang Saya sempat bertanya kepada doktor pakar mengapa pesakit perlu menungg...
Zahid Sindir Pn Dakwa Ada Rekod Baik Tadbir Negara Tak Boleh Halang Orang Berangan

Hang Jaga Negara 24 Tahun Dah Duduk Diam Diam Kalau Ada Rm1 Bilion Bagi Baliklah Kata Kata Pmx Untuk Tun M

Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

The Part Of Me I Lost

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Menampilkan Halaman Html Dari File Terpisah Di Esp8266 Esp32

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Doa Minum Air Zam Zam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Universiti Makan Biskut Untuk Mengalas Perut

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Perak One Of Malaysia S Top Durian Producing States Last Year Says Mb

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu