Macam Itukah Puasa


 

Ramadan datang lagi, kita pun berpuasa. Kita diajar bahawa puasa merupakan perjuangan diri kita dalam memerangi nafsu, menahan lapar dan dahaga serta merasai kepayahan orang miskin yang tak cukup makan. Sejak sekolah rendah kita sudah hafal tujuan puasa macam itu. Apabila meningkat dewasa kita semakin sedar yang puasa bukan setakat menahan lapar dahaga semata-mata tetapi melawan segala mak-nenek setan dalam badan kita yang setiap detik tanpa henti menarik-narik diri kita untuk berbuat salah; yang diistilahkan dalam mata pelajaran agama sebagai dosa. Itu perjalanan kita dalam memproses makna puasa mengikut tingkat-tingkat pemahaman kita melalui kutipan pengalaman yang kita tempuh sepanjang hidup.
Puasa bagi saya ibadah paling merendah ke bumi sebab jarang kita jumpa manusia riyak dan bermegah-megah dengan ibadah puasa ini. Solat, sedekah, ibadat haji adakalanya dijadikan oleh manusia sebagai bahan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai demi untuk meraih kemasyhuran (sum’ah). Tetapi ibadah puasa tidak begitu. Orang yang berpuasa jarang berasa diri dia warak sebaliknya sentiasa berasa amalan puasanya banyak yang compang. Dia sentiasa berwaspada sepanjang hari dengan tingkah-laku dia sendiri agar puasanya tidak tercalar dengan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala.
Alangkah baiknya jika di luar bulan Ramadan kita terus amalkan kewaspadaan ini, menjaga disiplin diri kita seperti di bulan puasa ini. Jaga diri, jaga mulut, jaga hati. Usah menyibuk dengan hal orang lain. Begitu juga penghayatan kita kepada amalan rukun Islam yang lain seperti solat, zakat, dan sedekah serta haji itu kita hayati macam kita menghayati disiplin berpuasa ini juga – dengan tidak menunjuk-nunjuk. Sibuk berpuasa menyebabkan kita tak sempat untuk mengintai ‘ketidak-aliman’ orang lain. Kan bagus begitu! Kelaparan membuat kita tak larat nak mengumpat, memfitnah, mengadu domba, dan menipu.
Majoriti kita memang berpuasa bila datang Ramadan. Kalau tak berpuasa kita akan berasa malu dan menyorok-nyorok. Dalam masyarakat Melayu puasa ibadah yang dirindu-rindukan. Orang sampai buat kenduri pada hujung Syaaban sempena menyambut ketibaan Ramadan. Puasa melaraskan kita yang sekian lama tergelincir dari landasan. Dalam institusi keluarga yang selalu sibuk dengan urusan harian sehingga jarang dapat makan sekeluarga, Ramadan menghimpunkan ibu, ayah dan anak-beranak untuk berbuka puasa sekali, berjemaah mengerjakan solat wajib dan sunat tarawih, juga bersahur bersama. Perkara yang sukar hendak kita buat bersama-sama sepanjang tahun tiba-tiba menjadi mudah apabila datangnya Ramadan. Dengan sendirinya jadual waktu kita disusun dan aktiviti kita terancang. Begitulah ajaibnya Ramadan al-mubarak.
“Ramadan bulan ke berapa dalam kalendar hijrah?” tanya abah suatu ketika dahulu ketika kami duduk-duduk sementara menunggu waktu berbuka puasa. Saya yang baru akil baligh ternganga sambil menghitung jari.
“Bulan kesembilan,” jawab saya dengan yakin.
“Itulah simboliknya puasa dengan diri kita,” kata abah. “Bulan kesembilan. Selama sembilan bulan kita di dalam kandungan ibu kita tak makan tak minum. Pandangan mata kita hanya dikelilingi oleh kasih-sayang ibu. Di alam rahim, hubungan kita dengan ibu disambung melalui tali pusat. Di dalam rahim ibu kita hanya diam berserah. Kita tidak nampak wajah ibu tetapi segenap tubuh kita diliputi oleh ibu. Puasa kita hari ini haruslah seperti itu. Diam mensucikan diri seperti bayi dalam kandungan. Mata kita biarlah melihat keliling dengan penuh kasih-sayang. Tali yang menghubungkan kita di alam yang luas ini ialah tali silaturrahim. Penyerahan kita mestilah bulat dan tekad kepada Yang Maha Pemberi.”
Aduh! Budak 15 tahun seperti saya tak terangkat pesanan abah. Besar dan berat nak dihadam. Yang saya perasan patutlah hampir sahaja waktu berbuka puasa kita kemaruk nak makan itu ini seperti perasaan seorang ibu yang hamil. Nampak air tebu teringin, tengok mertabak daging terliur walhal di luar bulan Ramadan kalau lapar terus sahaja cari nasi. Makanan lain tak mahu dek kita. Agaknya itulah rasa seorang ibu yang mengidam ketika sedang mengandungkan seorang insan di mana kehendaknya macam-macam. Saya yang lelaki ini rupanya diberi juga perasaan sepertimana ditempuhi seorang ibu. Walaupun sedikit sahaja tapi besar ertinya untuk dihayati.
“Sebab itu berbuka puasa namanya iftar. Dari huruf fa, tho, ro. Huruf yang sama apabila kita mengeja ‘fitrah’. Nikmat yang sebenar di hujung seharian berpuasa itu ialah iftar itulah. Kita dah boleh makan dan minum. Bukan melantak ikut nafsu sampai sendat perut tapi untuk menghayati nikmat apabila dibenarkan makan-minum itu. Hari lain pun kita makan juga tapi iftar tu kurniaan nikmat yang tak terperi. Teramat nikmat! Sehinggalah sampai hujung Ramadan timbullah Aidil fitri.
“Fitri itu fitrah, kenalah kita tunaikan zakat fitrah. Masuknya 1 Syawal simboliknya pula ialah seperti bayi yang baru lahir setelah sembilan bulan di alam rahim, kini sudah berada di dunia ini. Bayi yang telah lahir secara sendirinya tahu bagaimana hendak menyonyot untuk menyusu. Tak payah diajar. Sudah fitrahnya begitu. Bayi yang sudah lahir tidak lagi kita dihubungkan dengan tali pusat sebab dah boleh makan sendiri. Sampaikan bila 1 Syawal sahaja, hukum berpuasa itu jatuh haram pula demi untuk meraikan hari kemenangan diri kita, seorang insan yang sudah lahir ke dunia dan kerana itu berkumandanglah takbir – kerana insan yang lahir inilah, iaitu kita, yang diamanahkan untuk membesarkan Allah. Itulah maksud Aidil fitri.”
Abah beri saya kejutan lagi melalui kupasannya betapa pengertian puasa itu jauh mendalam. Sampai ke situ perginya, sampai ke hari raya. Sangat jauh maknanya tetapi semakin dekat perasaan ini terhadap Sang Pencipta. Terlucut pemahaman lama saya tentang puasa yang hanya nak kenang orang susah itu sebab bila berbuka puasa sahaja mengapa saya makan banyak macam orang mewah pula? Automatik watak saya berubah pula dalam satu hari. Ya, ketika itulah saya mulai faham penghayatan puasa sebenarnya jauh mendalam apabila masuk ke alam kerohanian. Terima kasih abah.
Saya yang remaja itu pun selepas selesai berbuka puasa langsung mengayuh basikal bersama kawan-kawan menuju ke masjid untuk bertarawih. Memang ketika Ramadan masjid yang selama ini lengang tiba-tiba penuh-sesak dengan jemaah.
“Huh! Masa Ramadan ni bukan main korang datang masjid bertarawih ek? Selama ni mana korang? Habis Ramadan nanti pun mesti lesap!” perli seorang pakcik kaki masjid kepada kami sebaik sahaja kami menopang basikal kami. Lah! Tak pergi kena marah, pergi pulak kena belasah? Pakcik ni puasa ke siang tadi? Siang tadi masa puasa pakcik lemah je tapi bila dah makan tiba-tiba gagah menyindir orang? Pakcik berpuasa sekadar tahan lapar dahaga sahajakah atau pakcik berpuasa seperti bayi yang macam abah cakap siang tadi? Saya hanya membantah di dalam hati. Nak cakap tak berani.
“Biarlah diorang nak datang. Yang datang masjid ni tetamu Allah, bukan tetamu kita. Kita orang masjid ni sambutlah dengan senyum,” jawab seorang lagi pak cik. Pak cik yang marah-marah tadi senyap tetapi mulutnya terkumat-kamit. Masih tak puas hatilah agaknya. Suka hati pakcik lah!
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/macam-itukah-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadhan Kareem Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih

Ramadhan Kareem Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 206 hits
Ramadhan Kareem Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih Sekejapan dah nak masuk bulan Ramadhan Ramadhan Kareem buat semua Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beribadah di bulan Ramadhan tahun ni Disini mama nak share Ni...
Hukum Berbuka Puasa Bagi Musafir Jika Perjalanannya Bermula Selepas Zohor Dan Berakhir Sebelum Maghrib

Hukum Berbuka Puasa Bagi Musafir Jika Perjalanannya Bermula Selepas Zohor Dan Berakhir Sebelum Maghrib

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 177 hits
SoalanApakah hukum musafir berbuka puasa jika perjalanannya bermula pada waktu petang dan berakhir sebelum matahari terbenam Seorang lelaki memutuskan untuk bermusafir pada salah satu hari di bulan Ramadhan dan perjalanannya bermula pada wa...
Salam Ramadan 1445h Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian

Salam Ramadan 1445h Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 231 hits
Salam Ramadan 1445H Lafaz Niat Puasa Sebulan Dan Niat Puasa Harian Alhamdulillah Masih diberi peluang olehNya untuk menyambut Ramadan bagi tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah Kurang beberapa jam dari sekarng seluruh umat islam bakal men...
Doa Sahur Niat Puasa Dan Bacaan Paling Utama

Doa Sahur Niat Puasa Dan Bacaan Paling Utama

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 234 hits
Dua di antara sunnah puasa adalah makan sahur dan menyegerakannya Lalu bagaimana doa sahur dan bacaan apa paling utama di waktu itu Makan sahur memiliki beberapa keutamaan Yang pertama adalah membawa keberkahan Sebagaimana sabda Rasulullah ...
Kisah Dwi Wijaya Plt Kadis Kesehatan Pidie Yang Pertama Kali Puasa Usai Jadi Mualaf

Kisah Dwi Wijaya Plt Kadis Kesehatan Pidie Yang Pertama Kali Puasa Usai Jadi Mualaf

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 158 hits
Dwi Wijaya seorang dokter dan kini menjabat sebagai Pelaksana Tugas Kepala Dinas Kesehatan Pidie
Simak Aturan Lengkap Buka Puasa Saat Naik Lrt Sumsel Berikut Ini

Simak Aturan Lengkap Buka Puasa Saat Naik Lrt Sumsel Berikut Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 189 hits
Petugas LRT Sumsel akan mengingatkan penumpang ketika waktu berbuka telah tiba
Catat Ini Aturan Buka Puasa Di Mrt Dan Transjakarta Selama Ramadan 2024

Catat Ini Aturan Buka Puasa Di Mrt Dan Transjakarta Selama Ramadan 2024

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 214 hits
Ada hal yang diperbolehkan dan tidak diperbolehkan selama berbuka puasa di MRT Jakarta dan Transjakarta
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn