Maahad Tahfiz Negeri Pahang Diperluas Di Semua Daerah


NORAWAZNI    Wan Rosdy (tengah) menyaksikan penganugerahan sijil ISO daripada Mohd Azanudin (kiri) kepada Mahmud (kanan) pada majlis penyampaian sijil IS0 MTNP di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang malam tadi.   KUANTAN - Kerajaan Pahang akan memperluaskan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) ke seluruh negeri ini bagi menyediakan peluang pembelajaran seimbang dalam bidang keagamaan dan akademik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MTNP banyak mencapai kecemerlangan dalam pelbagai sudut dan sebab itu pusat pendidikan ini menjadi tumpuan ibu bapa dan pelajar.

Menurutnya, permintaan dan permohonan pelajar untuk mengikuti pengajian di pusat tahfiz ini bukan setakat dari negeri ini, tetapi dari seluruh negara.

"Jadi, kerajaan Pahang melihat potensi ini dan mahu perluaskan lagi pusat pendidikan... Insya-
ALLAH MTNP akan diperluaskan ke semua daerah di Pahang dan daerah Lipis akan menjadi daerah pertama bagi usaha ini," katanya pada Majlis Makan Malam dan Penyerahan Sijil ISO 9001:2015 dan Syariah Based Quality Management System - QMS-i MS 1900:2014 kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MTNP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Mohd Azanudin Saleh; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr Zulkifle Ali Al-Hafiz.

Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang bangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan warga kerja dan pelajar MTNP kerana berjaya memperoleh dua sijil Organisasi Standard Antarabangsa (ISO) dalam satu masa.

Katanya, pencapaian terbabit akan menjadikan MTNP antara institusi tahfiz terawal di negara ini yang mempunyai anjakan sistem penyampaian perkhidmatan lebih tersusun dan mesra pelanggan.

"Saya bangga kerana persijilan ini diberi kepada sebuah institusi tahfiz milik kerajaan Pahang," katanya.

Dalam pada itu beliau menggalakkan mana-mana agensi di Pahang yang sedang berusaha ke arah pensijilan ISO dapat mencontohi dan kerja keras warga MTNP dan boleh menimba pengalaman bersama MTNP.

"Saya berharap akan ada sekurang-kurangnya satu agensi di negeri ini memperoleh pensijilan ISO setiap tahun," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/maahad-tahfiz-negeri-pahang-diperluas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 604 hits
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Portal jawatan kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta be...
Bangunan Asrama Musnah Maahad Tahfiz Terbakar Perlukan Dana Rm 83 Ribu Untuk Baikpulih

Bangunan Asrama Musnah Maahad Tahfiz Terbakar Perlukan Dana Rm 83 Ribu Untuk Baikpulih

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 462 hits
Sebanyak RM83 000 dana diperlukan untuk membaik pulih bangunan asrama pelajar Maahad Tahfiz al Quran Wal Hadis Imam Al Jahzari Tongkang Yard yang musnah dalam kebakaran pada Selasa lalu Menurut mudir Maahad Tahfiz tersebut Mihammad Naim Ab ...
Met Malaysia Ramal Cuaca Kering Hingga Mac Semua Dinasihat Jimat Penggunaan Air

Met Malaysia Ramal Cuaca Kering Hingga Mac Semua Dinasihat Jimat Penggunaan Air

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 500 hits
Perasan tak sekarang ni cuaca panas kering Berangin panas dan kering Tu belum masuk waktu malam membahang hanya tuhan yang tau perasaan ni Rasa nak berendam dalam tong air je Sebenarnya kita berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang di...
Penyokong Seru Semua Pasukan Lebih Bijak Dalam Menarik Kehadiran Penyokong

Penyokong Seru Semua Pasukan Lebih Bijak Dalam Menarik Kehadiran Penyokong

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 193 hits
PETALING JAYA 6 Januari Penyokong bola sepak tempatan menggesa semua pasukan Liga Malaysia berusaha lebih keras mempromosikan setiap perlawanan dengan lebih menarik pada musim ini termasuklah perlawanan yang bakal berlangsung pada bulan Ram...
Melayan Anak Buah Semua Bergambar

Melayan Anak Buah Semua Bergambar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 274 hits
Hi korang Ini sambungan cerita tahun lepas macam jauh sangat tahun lepas tu kan yang sebetulnya ni kisah masa birthday mak 28hb lepas Takde la jemput ramai pun kebetulan je diorang ada dan ajak sekali dah lepas majlis tu kami lepak santai s...
Intermittent Fasting Memang Efektif Namun Tak Bisa Diterapkan Pada Semua Orang

Intermittent Fasting Memang Efektif Namun Tak Bisa Diterapkan Pada Semua Orang

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 241 hits
Sejumlah penelitian mengungkap bahwa pola makan ini bisa meningkatkan ketahanan seseorang terhadap stres Selain itu diet ini juga dapat meningkatkan gula darah menurunkan tekanan darah serta memperlambat detak jantung
Kementerian Semua Hotel Anak Usaha Bumn Akan Dimasukkan Ke Perusahaan Bumn Tbk

Kementerian Semua Hotel Anak Usaha Bumn Akan Dimasukkan Ke Perusahaan Bumn Tbk

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 264 hits
Apakah perusahaan BUMN berstatus terbuka yang akan ditunjuk itu hotel juga Arya menjawab paling tidak yang ada kaitannya dengan hal tersebut karena sebagai penguatan lini bisnis mereka
Tudm Hentikan Semua Operasi Helikopter Nuri

Tudm Hentikan Semua Operasi Helikopter Nuri

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 462 hits
Ackbal Abdul Samad ketika sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini KUALA LUMPUR Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia berkata helikopter Nuri milik mereka terlalu uzur untuk digunakan Ackbal Abdul Samad berkata semua 12 helikopter N...
Mulai 2020 Semua Jemaah Haji Asal Jabar Berangkat Pulang Dari Bandara Kertajati

Mulai 2020 Semua Jemaah Haji Asal Jabar Berangkat Pulang Dari Bandara Kertajati

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 326 hits
Demikian juga saat pulang dari Saudi mereka akan mendarat di BIJB Kertajati Kuota haji Jabar sebanyak 38 852 jemaah dan terbagi dalam 97 kelompok terbang
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank