Maafkan Kami Nafuzi Zain


Nafuzi Zain
KUALA TERENGGANU, 13 September- Pengendali Terengganu Football Club (Terengganu FC), Nafuzi Zain memohon maaf kepada kira-kira 10,000 penyokong yang hadir menyaksikan pasukannya tewas tipis 2-3 kepada pasukan Kedah, semalam.

"Saya memohon maaf kepada penyokong atas kekalahan ini.

"Untuk perlawanan seterusnya, walaupun memiliki kelebihan untuk layak berbanding Negeri Sembilan, kita perlu menang dan tidak boleh mengharapkan pasukan lain menentukan nasib kita," katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.
Pemain Kedah menggasak kubu Terengganu FC.
Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) itu, Terengganu FC bermula perlahan dan lebih banyak bertahan menerima asakan Kedah di awal permainan.

Kesempatan itu dimanfaatkan pelawat sebaik mungkin apabila Jonathan Bauman menanduk masuk sepakan percuma Baddrol Bakhtiar pada minit ketiga untuk mendahului tuan rumah, 1-0.

Sang Penyu cuba bangkit dengan serangan-serangan balas pantas dan berhasil mengancam kubu lawan.

Rembatan Nabil Ahmad Latpi menggegarkan palang Kedah pada minit ke-30 sebelum kekacauan di hadapan gol menghadiahkan penalti kepada Terengganu FC yang disempurnakan Lee Tuck tiga minit kemudian.

Helang Merah tidak menunggu lama, pada minit ke-36, Edgar Bernhardt berjaya melepaskan rembatan leret melepasi Wan Azraie Wan Teh.
Sanjar Shaakhmedov turut sukar tembusi benteng Kedah.
Kedudukan kekal 1-2 hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah meningkatkan serangan dan penguasaan padang untuk menyamakan kedudukan.

Kemasukan pemain sayap, Malik Mat Arif membuahkan hasil apabila beliau menolak masuk bola sepakan percuma Lee Tuck melepasi gawang Ifwat Kamal pada minit ke-59.

Kedua-dua pasukan terus bertukar-tukar serangan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.

Terengganu FC memperoleh peluang pada minit ke-63, namun rembatan Ashari Samsudin berjaya ditepis Ifwat.
Malik jaring satu gol Terengganu FC.
Empat minit sebelum tamat permainan, Kedah menggandakan serangan dan berjaya memecahkan kubu tuan rumah melalui Baddrol Bakhtiar yang merembat bola muntah yang ditampan Wan Azraie.

Terengganu FC cuba untuk bangkit, namun kad kuning kedua yang diperolehi pertahanan, Hafizal Mohamad pada minit-89 menyukarkan Sang Penyu menghalang tiga mata dibawa pulang Darul Aman.

Sang Penyu kini berada di kedudukan kedua Kumpulan A dengan sembilan mata, manakala Negeri Sembilan menghuni tangga ketiga dengan enam mata.

Terengganu FC akan berkunjung ke Shah Alam dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang PKNS FC pada 17 September ini.

Pemain Kedah meraikan gol yang berjaya dijaringkan.


Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/maafkan-kami-nafuzi-zain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafuzi Zain Yakin Pemain Terengganu Fc Bangkit

Nafuzi Zain Yakin Pemain Terengganu Fc Bangkit

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 979 hits
KUALA TERENGGANU Pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain yakin anak buahnya pasti bangkit pada pertemuan dengan PKNS FC untuk aksi terakhir peringkat Kumpulan A saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini Selain itu jurulatih muda ya...
Gubernur Lampung Maafkan Terdakwa Yang Catut Namanya Di Facebook Dan Wa

Gubernur Lampung Maafkan Terdakwa Yang Catut Namanya Di Facebook Dan Wa

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 148 hits
Kasus dugaan pencatutan nama Gubernur Lampung Arinal Djunaidi oleh terdakwa HF disidangkan di Pengadilan Negeri Kelas IA Tanjungkarang Bandarlampung Senin
Atas Nama Indonesia Maafkan Kami Pak Menteri

Atas Nama Indonesia Maafkan Kami Pak Menteri

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 341 hits
Atas Nama Indonesia Maafkan Kami Pak Menteri Sejurus tamat perlawanan Malaysia menentang Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno ketegangan yang berlaku dalam kalangan penyokong bertambah para...
Aku Tewas Maafkan Aku Zarina Anjoulie

Aku Tewas Maafkan Aku Zarina Anjoulie

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 1073 hits
TULAR di media sosial klip video yang melibatkan pelakon Zarina Anjoulie berpakaian tidak senonoh sehingga menampakkan payu daranya mengundang pelbagai reaksi netizen Video penampilan Zarina yang terlalu seksi itu dirakam bersama beberapa r...
Aku Tewas Maafkan Aku Aku Terima Segala Kecaman

Aku Tewas Maafkan Aku Aku Terima Segala Kecaman

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 212 hits
Beberapa hari lalu pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tular satu video memaparkan dirinya tidak bertudung dan berpakaian mencolok mata The post appeared first on
Aku Tewas Maafkan Aku Zarina Anjoulie Terima Kecaman Netizen Secara Terbuka

Aku Tewas Maafkan Aku Zarina Anjoulie Terima Kecaman Netizen Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 740 hits
Kecoh di media sosial klip video pelakon Zarina Anjoulie berpakaian tidak senonoh sehingga menampakkan payu daranya mengundang pelbagai reaksi netizen Aku tewas maafkan aku Zarina Anjoulie terima kecaman netizen secara terbuka
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Andika Mahesa Feat Dodhy Kangen Band Dimana Perasaanmu Chord

Boss Level A Bmw R100 Caf Racer With Carbon Leaf Spring Suspension

The 5 Best Electric Tea Kettles Of 2024

Hitung Hari Bersalin Shila Amzah Usaha Nak Bersalin Normal Doakan Tau