Ma63 Perlu Diselesai Segera Oleh Sabah Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diselesaikan segera pelaksanaannya oleh kepimpinan Sabah dan Sarawak.
Menurut Senator Abun Sui Anyit, penyelesaian pelaksanaan tersebut telah diberikan penegasan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei lalu.
Oleh itu, katanya, semua hak yang sepatutnya diurus oleh Sabah dan Sarawak seharusnya telah mula diperolehi oleh kedua dua wilayah.
“Pemimpin pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak telah diberi mandat penuh untuk menuntut segala hak Sabah dan Sarawak di dalam MA63 yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Ini juga bermakna kita sebagai penduduk Sabah dan Sarawak tidak lagi boleh menuding jari kepada Perdana Menteri tentang ketidakpuasan berkaitan MA63 selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada Ahad lalu, PM menegaskan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof sudah diberi mandat sepenuhnya melaksanakan apa saja agenda terkandung dalam MA63.” Dan tidak perlu lagi dipertikaikan soal MA63 kerana diselesaikan secara “once and for all”.
Bagi Abun Sui yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, usaha menyegerakan MA63 adalah langkah ‘reset’ semula politik Malaysia ke arah yang lebih baik buat Semenanjung serta Malaysia Timur.
“Justeru pemimpin parti politik dan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak sewajarnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri sekarang yang “mereset” semula Malaysia menurut MA63 yang sebenar.
“Justeru saya menyeru agar Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof melibatkan semua pihak dari Sabah dan Sarawak ke dalam pasukannya untuk mendapatkan segala hak-hak Sabah dan Sarawak dalam MA63 yang ditegaskan oleh Perdana Menteri itu,” katanya lagi.
The post MA63 perlu diselesai segera oleh Sabah, Sarawak first appeared on Suara Pakatan Daily.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/36375?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ma63-perlu-diselesai-segera-oleh-sabah-sarawak