M Sia Dah Teruk Kerja Siapa Ni
Pos Malaysia Bhd - Gambar hiasan
1. Pos Malaysia alami kerugian lebih besar bagi suku kedua
KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 meningkat kepada RM55.92 juta daripada RM27 juta kerugian bersih dicatatkan setahun lalu.
Hasil susut kepada RM443.43 juta daripada RM465.20 juta yang sebelumnya disumbangkan oleh pendapatan lebih rendah dalam segmen pos dan logistik.
Bagi separuh kedua 2024, kerugian bersihnya naik kepada RM75.61 juta daripada RM54.67 juta kerugian bersih pada tahun sebelumnya manakala hasil lebih rendah pada RM935.40 juta daripada RM947.47 juta.
Pos Malaysia berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa hasil segmen pos merosot sebanyak 10 peratus disebabkan penurunan dalam jumlah mel pukal yang dikendalikan dan volum antarabangsa lebih rendah pada suku terbabit.
Segmen logistik juga mencatatkan hasil lebih rendah pada RM67.2 juta berbanding RM79.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023.
"Penurunan ini kebanyakannya disebabkan oleh jumlah yang lebih rendah dikendalikan daripada perniagaan automotif dan pengurusan kargo," katanya.
Bagaimanapun, segmen penerbangan menyumbangkan hasil lebih tinggi sebanyak RM88 juta berbanding RM73.1 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023 kebanyakannya disebabkan oleh perniagaan katering dalam penerbangan dengan jumlah makanan yang lebih tinggi.
"Walaupun hasil yang lebih tinggi, keuntungan sebelum cukai lebih rendah disebabkan kos operasi lebih tinggi yang berkaitan dengan perniagaan pengendalian kargo dan pergudangan e-dagang. Segmen lain terus berkembang dengan sihat dengan peningkatan hasil yang disumbangkan terutamanya daripada peningkatan dalam penjualan sijil digital," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Charles Brewer dalam satu kenyataan berasingan berkata, beliau mengaitkan prestasi suku kedua yang lebih lemah daripada dijangkakan kepada persekitaran pasaran mencabar yang berlanjutan khususnya berkaitan segmen bungkusan.
"Walaupun kesukaran yang dihadapi pada suku kedua, Pos Malaysia kekal optimistik tetapi pada masa sama berhati-hati mengenai prestasi kewangan tahunannya dan komited kepada pelan transformasinya termasuk mempercepatkan perniagaan diterajui margin, meneruskan pengurusan kos dan kapasiti serta mengguna teknologi digital," katanya .
Mengenai prospek dalam segmen runcit, Pos Malaysia akan menambah baik perkhidmatannya antaranya Pos Shop, Pos Fulfil, Redly Express dan mencipta pengalaman pelanggan menerusi 'omnichannel'.
Omnichannel adalah pendekatan berpusatkan pelanggan, menyediakan dan mengintegrasikan pengalaman dengan lancar di pelbagai saluran secara dalam talian dan luar talian.
"Bagi segmen logistik, tumpuan kekal pada pengembangan ke segmen industri baharu dan meluaskan bahagian pasaran dalam sektor automotif yang menarik," katanya.
Dalam pada itu, segmen penerbangan pula akan memfokuskan pengembangan domestik dan memanfaatkan usaha sama baru-baru ini dengan SIA Engineering Company Ltd. -BERNAMA
2. Kes bunuh gugat ketenangan, semangat sambut merdekaMALAYSIA, tanah air tercinta bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 pada 31 Ogos 2024 dengan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, kini berdepan dengan realiti yang mencemaskan.Di sebalik kibaran Jalur Gemilang dan laungan “Merdeka” yang semakin dekat, kita dihadapkan dengan statistik kes pembunuhan yang semakin meningkat, terutamanya melibatkan golongan wanita dan […]
3. Internet pun kerajaan nak kawal sepenuhnya?
PENGGUNAAN internet merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam zaman ini lebih-lebih lagi apabila teknologi seperti telefon pintar dan komputer riba digunakan secara meluas.Malah, hampir setiap organisasi akan menggunakan internet bukan sahaja untuk memperoleh pelbagai maklumat tetapi juga dalam mesyuarat lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berada dalam keadaan jarak […]
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya mari kita lihat perkembangan yang berlaku seterusnya.
Di KL, bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Kelapan, Prof Madya Datuk Dr Marzuki Mohamad dalam kandungan terkini dimuat naik di media sosialnya dilihat menyuarakan pandangan isu semasa secara sinikal.
Marzuki berkata, beliau melihat ada pempengaruh Pakatan Harapan (PH) yang galak menggunakan kenyataan palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Bersatu dengan ejaan nama Tengku Mahkota Pahang yang salah.
“Ini dikatakan suatu ‘insult’ (penghinaan) kepada Istana Pahang.
Janganlah macam itu. Sendiri karang surat palsu kemudian sendiri kutuk.
Marzuki Mohamad
“Ini taktik lapuk yang digunakan budak-budak universiti dalam kempen pilihan raya kampus zaman saya pelajar lagi. Tak payahlah ulang taktik lama. Sekarang dah 2024.
“Bila saya lihat perkara-perkara ini, saya teringat bait-bait puisi Rudyard Kipling, ‘Jika kamu mampu mendengar kebenaran yang telah kamu ucapkan diputarbelitkan oleh penipu untuk menjadi perangkap bagi si kurang cerdik,
“'Milikmu adalah bumi dan segala yang ada di dalamnya, dan yang lebih penting lagi, kamu akan menjadi seorang lelaki, anakku!’ Inilah yang sedang berlaku,” ujar Marzuki.
Menurut beliau, percakapan yang benar sedang dipintal oleh orang jahat untuk dijadikan perangkap bagi orang tidak cerdik.
“Kalau kita boleh tahan dengar benda-benda tidak cerdik ini, kitalah anak jantan sejati.
“Asalkan kita jangan turut jadi tidak cerdik kerana ketidakcerdikan itu bukan suatu pilihan,”jelasnya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, malah dalam Islam pun Allah SWT berfirman dalam surah al-‘Asr (yang bermaksud) “Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
“Ini isyarat dari al-Quran bahawa sesiapa yang berkata benar hendaklah juga sentiasa bersabar.
“Maka bersabarlah. Mudah-mudahan orang-orang yang sabar akan beroleh keuntungan,” katanya.
Wallau 'aklam.
Orang tua-tua lama kita ada berpesan sindir, "Orang lain buat kerja dengan tangan, tapi depa ni buat kerja dengan kaki ke?"
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/08/msia-dah-teruk-kerja-siapa-ni.html