Lupakah Haji Hadi Akan Ikrar Perangi Rasuah Kezaliman



Pada 14 Julai 2019oleh Lim Kit SiangBerguling pemimpin komunis seperti Lenin, Stalin, Mao Zedong, Kim Il-Sung, dan Fidel Castro di dalam kubur mereka membaca kenyataaan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang menyamakan mereka dengan sosialis seperti Jawaharlel Nehru (India), Nelson Mandela (Afrika Selatan), Clement Attlee dan Harold Wilson (UK), Willy Brandt (German Barat), Olof Palme (Sweden), Robert Hawke (Australia), dan Norman Kirk (New Zealand). 
Takkanlah Presiden PAS sebegitu jahil sekali sehingga tidak dapat membezakan dua kumpulan pemimpin yang berbeza ini sehingga boleh menuduh yang pengisytiharan harta itu adalah satu konsep komunis dan sosialis yang dirancang oleh DAP. 
Seperti yang telah dikatakan oleh Presiden DAPSY Saudara Howard Lee; Mesir, Maghribi, Palestin, Yaman, dan Libya semuanya adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan pada masa yang sama mempunyai peruntukan yang mewajibkan pengisytiharan harta. Adakah negara-negara ini komunis ataupun sosialis?
Saya yakin Hadi tidak akan mengatakan yang negara-negara ini juga telah dipengaruhi DAP ataupun kini bukan lagi sebuah negara Islam kerana telah menjadi sebuah negara komunis ataupun sosialis — jelaslah ini menjadi bukti kecuaian Hadi terhadap kebenaran sesuatu fakta yang menjadi ciri utama kepimpinan Hadi dalam PAS dan pakatan PAS-UMNO/BN. 
Kecuaian dalam terhadap fakta dan prinsip dalam kalangan pimpinan PAS telah mencapai satu tahap yang sangat teruk sehingga anak Arwah Tok Guru Nik Aziz sendiri berani mengatakan yang kleptokrat tersohor Datuk Seri Najib Razak lebih popular di kalangan rakyat berbanding dengan arwah ayahnya yang merupakan bekas Mursyidul Am PAS. 
Pemimpin PKR Anwar Ibrahim juga telah menyekolahkan Hadi apabila beliau menjelaskan yang Umar Abdul Aziz juga telah mengiytiharkan harta beliau dan seluruh ahli keluarganya sesudah menjadi khalifah Umayyad yang ke-lapan demi memastikan ketelusan. 
Ini merupakan contoh ke-tiga kecuaian Hadi dalam mencari kebenaran yang dikaburi dengan obsesi beliau untuk mencari kesalahan dan memburuk-burukkan DAP — semuanya kerana DAP menolak pencalonan Hadi sebagai bakal PM Pakatan Rakyat untuk PRU13 pada bulan Mei 2013. 
Saya boleh berikan contoh ke-empat kecuaian Hadi. Semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan pada bulan Mei 2014, Hadi berkata DAP telah mempertahankan PAS pada tahun 1978 apabila kerajaan Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional yang menyebabkan kekecohan dalam negeri tersebut. 
Beliau berkata, BN yang berkerjasama dengan PAS ketika itu, tidak berbuat apa-apa langsung untuk membantu mereka. 
Hadi telah berkata: “Hanya DAP yang membantu kami ketika itu dan kami berterima kasih kepada mereka untuk itu.
“Walaupun terdapat perbezaan di antara kita berkenaan dengan perkara-perkara seperti alkohol, khinzir, hudud, dan isu halal, kita juga mempunyai persamaan, untuk bersama menentang rasuah, kezaliman, dan untuk berjuang demi keadilan untuk semua rakyat.”
Tetapi, Hadi kini sudah berubah. 
Beliau sudah lupa mengenai kepentingan untuk melawan rasuah, kezaliman, dan perjuangan demi keadilan untuk semua. Kini beliau menjadi jaguh kerjasama PAS-UMNO, yang kini diketuai oleh Datuk Seri Zahid Hamidi — yang mencipta sejarah dalam sistem kehakiman negara dengan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah — dan kerjasama PAS dengan Barisan Nasional yang baru sahaja melantik seorang kleptokrat tersohor sebagai Pengerusi Badan Penasihat mereka!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/lupakah-haji-hadi-akan-ikrar-perangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Negara Arab Amal Isytihar Harta Haji Hadi Tak Perlu Takut

Banyak Negara Arab Amal Isytihar Harta Haji Hadi Tak Perlu Takut

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 323 hits
Pada 8 Julai 2019Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menunjukkan sama ada dia tidak jujur dan sengaja mengelirukan kem penyokong beliau atau beliau memang kurang bijak berfikiran sempit dan sangat terpesong Dengan menggunakan penipuan u...
Anwar Sindir Haji Hadi

Anwar Sindir Haji Hadi

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 289 hits
Abdul Hadi Awang apabila mendakwa pengisytiharan harta merupakan idea komunis dan sosialis Pertama dia kena bagitahu teori yang mana yang dalam Das Kapital yang menyebut ada asset declaration Kalau isytihar harta itu bermaksud untuk bermewa...
Xl Siapkan Paket Khusus Jamaah Haji

Xl Siapkan Paket Khusus Jamaah Haji

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 203 hits
Kloter pertama jamaah haji dari Indonesia sudah akan berangkat ke Tanah Suci di awal Juli 2019 ini
Kau Dah Ready Pergi Haji

Kau Dah Ready Pergi Haji

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 261 hits
Semalam ada melawat kawan baru balik haji Alhamdulillah merasalah makan kurma ajwa best pulak kurma ni baru aku tahu ada gmo jugak Nampak sangat orang islam tak berapa nak faham makanan thoyiban zakiyah nih Takpalah sambil pekena teh sihat ...
Ku Nan Mahu Aset Kayamas Bina Rumah Untuk Kakitangan Dbkl

Ku Nan Mahu Aset Kayamas Bina Rumah Untuk Kakitangan Dbkl

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 709 hits
Perbicaraan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Tw...
Kuota Tambahan Jemaah Haji Malaysia Dijangka Terima Dalam Waktu Terdekat

Kuota Tambahan Jemaah Haji Malaysia Dijangka Terima Dalam Waktu Terdekat

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 290 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 392 hits
Pastinya sudah sedia maklum bahawa Tabung Haji sentiasa menjadi instrumen pelaburan yang mengamalkan konsep Islam Jika dahulu ia hanya digunakan sebagai platform untuk orang ramai mengumpul wang untuk melaksanakan Rukun Islam kelima dan mem...
Remark On Manipulation Of Tabung Haji Accounts Riles Up Bn Mps

Remark On Manipulation Of Tabung Haji Accounts Riles Up Bn Mps

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 263 hits
A shouting match erupted in the Dewan Rakyat on Monday after Religious Affairs Minister Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa said manipulative and creative accounting of Tabung Haji s financial accounts was a legacy of the previous administrati...
Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

Dewan Rakyat Anggota Dewan Rafak Sembah Atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 439 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement