Lupa Nombor Akaun Bank Cara Dapatkan Nombor Akaun Bank
LUPA NOMBOR AKAUN BANK: CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK(BSN MAYBANK CIMB BANK RAKYAT PUBLIC BANK RHB BANK ISLAM )
Pada masa sekarang perkembangan teknologi yang semakin canggih dalam pelbagai aspek, salah satunya adalah dunia perbankan. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia semakin diberi kemudahan membuat transaksi, contohnya urus niaga wang antara bank yang tidak memerlukan orang untuk datang ke bank.
Tetapi tidak mustahil kita akan terlupa no akaun dan ini akan menjadi masalah apabila nombor akaun yang anda miliki tidak diketahui. Sudah tentu anda tidak boleh menghantar baki atau menerima wang.
Untuk Anda yang menghadapi kesulitan mencari nombor akaun kerana buku simpanan atau rekod nombor akaun hilang, Anda boleh mengetahui no akaun bank tanpa perlu datang ke cawangan bank Maybank.
Di sini kami ingin kongsikan bagaimana cara untuk dapatkan kembali nombor akaun bank.
LUPA NOMBOR AKAUN BANK BSN
Sekiranya jika anda adalah pelanggan Bank Simapanan Nasional (BSN), terdapat 4 cara untuk mengetahui nombor akuan bank anda:
CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK BSN
Online Banking Bsn
Pastikan anda mendaftar dahulu dengan perbankan internet MyBSN
Kemudian anda log masuk dan kebiasaannya terdapat maklumat nombor akaun anda di halaman utama.
ATM BSN
Sila masukkan Kad ATM Anda ke mesin ATM.
Masukkan PIN.
Pilih menu Statement/Penyata.
Maklumat nombor akaun BSN Anda akan terpapar di skrin.
Call Center BSN
Anda juga boleh hubungi center BSN melalui nombor 1300 88 1900 yang selalunya beroperasi 24jam untuk memudahkan mendapatkan maklumat dengan cepat.
Cawangan Bank BSN
Kaedah terakhirnya adalah pergi ke cawangan BSN yang terdekat sekiranya kaedah di atas tidak berjaya dilakukan. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan
LUPA NOMBOR AKAUN BANK MAYBANK
Sekiranya jika anda adalah pelanggan Maybank, terdapat 4 cara untuk mengetahui nombor akuan bank anda:
CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK MAYBANK
Online Banking dan Aplikasi Maybank2u
Pastikan anda mendaftar dahulu dengan perbankan internet Maybank
Masukkan username dan password.
Sila lihat bahagian Account Detail.
Nombor akaun Maybank akan terlihat.
ATM Maybank
Masukkan kad ATM dan PIN Anda
Pilih menu Pilihan Lain-lain.
Pilih Mini Statement.
Print Mini Statement tersebut.
Boleh rujuk pada slip/resit tersebut ada terpapar nombor akaun Maybank Anda.
Buku Simpanan Maybank
Kebiasaannya terdapat nombor akaun yang terletak di belakang penutup buku.
Cawangan Maybank
Kaedah terakhirnya adalah pergi ke cawangan Maybank yang terdekat sekiranya kaedah di atas tidak berjaya dilakukan. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan
LUPA NOMBOR AKAUN BANK CIMB
Sekiranya jika anda adalah pelanggan CIMB, terdapat 5 cara untuk mengetahui nombor akuan bank anda:
CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK CIMB
Online Banking dan Aplikasi CIMB Clicks
Pastikan anda mendaftar dahulu dengan perbankan internet CIMB
Masukkan User ID dan Password
Pilih menu My Accounts.
Maklumat no akaun CIMB Bank Anda akan terpapar dengan jelas.
ATM CIMB
Masukkan kad ATM/Debit CIMB dan PIN
Pilih menu Other.
Pilih menu Statement Services.
Pilih menu Mini Statement.
Maklumat no akaun CIMB Bank Anda akan terpapar dengan jelas.
Buku Simpanan
Semak nombor akaun paling mudah dilakukan dengan melihat buku simpanan. Anda hanya perlu membuka buku simpanan CIMB.
Call Center CIMB
Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan CIMB di talian +603 62047788 untuk pengesahan dan pegawai CIMB Bank membantu Anda sebaiknya.
Cawangan CIMB
Kaedah terakhirnya adalah pergi ke cawangan CIMB yang terdekat sekiranya kaedah di atas tidak berjaya dilakukan. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan
LUPA NOMBOR AKAUN BANK RAKYAT
Sekiranya jika anda adalah pelanggan Bank Rakyat, terdapat 5 cara untuk mengetahui nombor akuan bank anda:
CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK RAKYAT
Online Banking dan Aplikasi IRakyat
Pastikan anda mendaftar dahulu dengan perbankan internet Bank Rakyat.
Klik Login > Personal Banking.
Masukkan Username dan Password.
Klik menu My Account atau Account Info.
Maklumat No Account Anda akan dipaparkan.
ATM Bank Rakyat
Pergi ke mana-mana ATM Bank Rakyat terdekat.
Masukkan kad Debit/Credit ATM Anda.
Masukkan PIN ATM.
Pilih Pertanyaan Baki.
Pilih Jenis Akaun.
Skrin akan memaparkan nombor akaun simpanan Anda.
Buku Simpanan Bank Rakyat
Setiap pelanggan Bank Rakyat pasti mempunyai buku bank atau buku simpanan. Anda boleh menemukan maklumat nombor akaun bank pada bahagian depan buku simpanan.
Call Center Bank Rakyat
Hubungi tele-Rakyat: 1-300-80-5454
Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda ingin tahu nombor akaun bank Rakyat.Pegawai bank akan minta no IC atau kad pengenalan untuk proses check di system.
Tunggu beberapa detik, pegawai bank akan berikan nombor akaun bank Anda
Cawangan Bank Rakyat
Kaedah terakhirnya adalah pergi ke cawangan Bank Rakyat yang terdekat sekiranya kaedah di atas tidak berjaya dilakukan. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan
LUPA NOMBOR AKAUN PUBLIC BANK
Sekiranya jika anda adalah pelanggan Public Bank, terdapat 4 cara untuk mengetahui nombor akuan bank anda:
CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN PUBLIC BANK
Online Banking Pbe dan Aplikasi PB engage MY
Pastikan anda mendaftar dahulu dengan perbankan internet Public Bank.
Masukkan User ID dan Password
Pilih menu My Accounts.
Maklumat no akaun Public Bank Anda akan terpapar dengan jelas.
ATM Public Bank
Pergi ke mana-mana ATM Public Bank terdekat.
Masukkan kad ATM/Debit Public Bank dan PIN
Pilih menu Balance Inquiry.
Maklumat no akaun Public Bank Anda akan terpapar dengan jelas.
Buku Simpanan Public Bank
Sila buka buku simpanan Anda, pada halaman pertama di bahagian atas Anda akan menemukan no akaun Public Bank milik Anda.
Cawangan Publik Bank
Kaedah terakhirnya adalah pergi ke cawangan Public Bank yang terdekat untuk membuat buku bank baru, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan dan kad ATM Anda.
LUPA NOMBOR AKAUN RHB BANK
Sekiranya jika anda adalah pelanggan RHB Bank, terdapat 5 cara untuk mengetahui nombor akuan bank anda:
CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN RHB BANK
Online Banking RHB Bank
Pastikan anda mendaftar dahulu dengan perbankan internet RHB Bank.
Lawati link https://logon.rhb.com.my
Masukkan Username, klik Next.
Sahkan Secret Word, klik Yes.
Masukkan Password, klik Next.
Klik My Account > Savings.
Maklumat Nombor Akaun Anda akan dipaparkan
ATM RHB Bank
Pergi ke mana-mana ATM RHB Bank berhampiran.
Masukkan kad Debit/Credit ATM.
Masukkan PIN ATM.
Pilih Pertanyaan Baki.
Pilih Jenis Akaun.
Skrin ATM akan memaparkan no akaun bank Anda.
Buku Simpanan RHB Bank
Buku simpanan boleh membantu Anda menemukan maklumat no akaun bank. Sila buka bahagian depan buku bank RHB, disana Anda dapat menemukan no akaun RHB Bank.
Call Center RHB Bank
Hubungi customer care: 03-9206 8118
Bagitau masalah yang Anda hadapi. Customer service RHB Bank akan siap sedia membantu Anda.
Tunggu beberapa detik, pegawai bank akan berikan nombor akaun bank Anda
Cawangan RHB Bank
Kaedah terakhirnya adalah pergi ke sila pergi ke mana-mana kaunter pejabat RHB Bank berhampiran, cakap kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tahu no akaun RHB Bank.
LUPA NOMBOR AKAUN BANK ISLAM
Sekiranya jika anda adalah pelanggan Bank Islam, terdapat 4 cara untuk mengetahui nombor akuan bank anda:
CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK ISLAM
Online Banking Bank Islam
Pastikan anda mendaftar dahulu dengan perbankan internet Bank Islam.
Lawati link https://www.bankislam.biz/
Masukkan Username, klik Next.
Sahkan Secret Word, klik Yes.
Masukkan Password, klik Next.
Klik My Account > Savings.
Maklumat Nombor Akaun Anda akan dipaparkan
ATM Bank Islam
Sila pergi ke ATM Bank Islam terdekat.
Masukkan Kad ATM Anda ke mesin ATM.
Masukkan PIN.
Pilih menu Statement/Penyata.
Maklumat nombor akaun bank Islam Anda akan terpapar di skrin.
Call Center Bank Islam
Hubungi center: +603 26 900 900
Sila maklumkan masalah Anda kepada pegawai bank, sehingga mereka boleh membantu menyelesaikan masalah Anda.
Cawangan Bank Islam
Kaedah terakhirnya adalah pergi ke cawangan Bank Islam yang terdekat untuk membuat buku bank baru, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan dan kad ATM Anda.
.SOALAN LAZIM
Apakah langkah supaya sentiasa tiada terlupa nombor akaun?
Simpan maklumat akaun dalam nota pada telefon bimbit.
Mendaftar perkhidmatan CIMB Clicks dan perkhidmatan Online Banking.
Bawa buku catatan semasa perjalanan jauh.
Bagaimana cara jika saya terlupa nombor akaun?
Terdapat 5 cara untuk dapatkan kembali no akaun iaitu:
Online Banking
Mesin ATM
Buku Bank
Call Center
Pergi ke Cawangan Bank terdekat
Adakah penting mengingati nombor akaun?
Ya, ini kerana apabila ingin melakukan sebarang transaksi pindahan wang nombor akaun diperlukan.
The post LUPA NOMBOR AKAUN BANK: CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK(BSN MAYBANK CIMB BANK RAKYAT PUBLIC BANK RHB BANK ISLAM) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/lupa-nombor-akaun-bank.html