Lunch Di The 17th Street Cafe Barber Empunya Youtuber Aqil Zulkiflee
Lunch di The 17th Street Cafe & Barber Empunya Youtuber Aqil Zulkiflee || Chak! Kemain selfie..Aku baru kenal sebab mak mak geng JDT Blogger yang bagitau. Nampak helokk ko! Hari aku tahu kewujudannya, terus pergi cari makanan kat cafe beliau...Dapatlah kami berjumpa, selepas kekenyangan, kemanisan pulak bergambo berdua...Kikiki...
I am sure, ramai mak mak yang kenal Aqil ni daripada anak anak atau anak sedara dorang yang tengok channel Youtube si Aqil nih... Masa aku datang tu pun ramai yang ternanti nanti si Aqil ni muncul.. Ada yang siap bagi hadiah. Kemain tau! Ada yang siap buat You Tube singgah cafe Aqil ni
Wow.. Impak Aqil dalam diri bebudak sekarang agak banyak jugak tu..
Okay, lapar betul time sampai tu..Jom tengok menu aku yang simple tapi nice ni:
Menu pilihan:Ghocujang - RM12.90Aglio Olio - RM15.90Warm water- RM1.00
Tudia..spageheti tau....Konon tak nak nasik! Tapi rasa macam sikit pulak portion tu..Or maybe aku yang terlalu lapar.
Ghocujang tu rasanya pedass.. Puas hati dengan kepedasan gitu untuk ayam korea ni . Hehe.. Boleh pulak aku order air suam.. bertambah panas lidah jadiknya.. Kahh.
Member aku order nasi ayam penyet.. Dia cakap sambal ayam penyet tu pun pedas weh! Sup nya pun bukan sup kosong.. ada rasa dan sedap untuk dinikmati. Fuhhh..terangkat..
Sebahagian menunya adalah western, ada sikit menu yang berkaitan nasi tapi tak banyak dan aiskrim. Aku belum try corndog kat sana, sebab masa tu kan mood nak diet katanya..Haha.
Terjumpa blogger kak Eda dan anak anaknya. Aku nak balik baru perasan kak Eda ni....Nasib dia tegur...Kalau aku, memang tak perasan ler..
Si cilik comel ni ler yang siap buat video jumpa Aqil..Excited behtol! Peminat Aqil Zulkiflee gitu
Tonton videonya kat SINI
Ramai ui fan si Aqil ni...Nah, buktinya..
(Lepas up gambo kat Facebook, meriah komen mak mak..)
Kalau korang nak jugak lunch di The 17th Street Cafe & Barber Empunya Youtuber Aqil Zulkiflee ni, bolehlah waze terus: "The 17th Street Cafe & Barber" atau waze "Aqilicious Kota Masai". Kafe Aqil ni berdekatan Tesco Masai , Pasir Gudang, Johor (deret deret Bakers Cottage).
Nak nak tahu video apa si Aqil ni post? Jom subscribe link Youtube Aqil Zulkiflee:
https://youtube.com/c/AqilZulkiflee
Notakaki: Lepas makan dan bergambar, shopping ke Japan pulak. Nanti Nona story tau
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/10/lunch-di-17th-street-cafe-barber.html