Lunch Di Ah Cheng Laksa Butter Milk Chicken Chop Sedap
Semalam selesai urusan follow check-up
suami dekat Klinik di Bukit Jalil kami terus pecut balik rumah sebab kelaparan.
Walaupun pagi tu dah makan
sarapan pagi portion agak banyak tapi sebab banyak aktiviti dibuat dan banyak berjalan
jadi tenaga awal lagi dah habis.
Waktu temujanji adalah pukul 1.30
petang, jadi kami datang awal dan park dalam Pavilion Bukit Jalil. Besar ya mall
ni, patutnya boleh je makan dekat situ tapi dasar tak biasa tempat baru.
Lunch Di Ah Cheng Laksa - Butter
Milk Chicken Chop Sedap
Kami decide balik dan cari makan
dekat Melawati Mall. Berdasarkan pengalaman, kalau keluar dengan anak-anak
jangan buat hal nak cuba tempat baru dengan diaorang.
Nanti banyak je hal berlaku. Malas
pening kepala, kami akan keluar berdua dan cuba kemudian kalau berbaloi baru
datang lagi bawa anak-anak pula.
Sampai je Melawati Mall terus ke
Ah Cheng Laksa dekat Level tiga. Syukur orang tidak terlalu ramai. Servis pun
laju.
Menu Popular Ah Cheng Laksa
Dah nama pun ada laksa jadi
semestinya menu popular mereka adalah Laksa Asam. Selain itu ada juga Pan Mee
Soup, Curry Laksa, Nasi Lemak Ayam, Butter Milk Chicken Chop with Rice dan banyak
lagi menu berat.
Ada juga makanan ringan seperti Rojak,
Keropok Lekor, Popia, ABC, Pisang Goreng dan lain-lain. Suka datang sini sebab menu
dia pelbagai.
Maklumlah selera anak tekak
anak-anak ni kurang mencabar ya, berbeza betul dengan emak dia yang telan
segala benda.
Jadi ambil jalan mudah cari makanan
yang tidak pedas. Kami pesan dua set dan dua ala carte. Set dapat air sekali. Mudah.
Ikhwan makan Pan Mee Soup dan Ice
Lemon Tea, Diah makan Set Asam Laksa dan Air Longan. Suami dan anak kecil makan
Butter Milk Chicken Chop with Rice.
Laksa dekat Penang Chendul pun sedap.
Review Ah Cheng Laksa
Weh pertama kali makan Butter
Milk Chicken Chop with Rice dekat Ah Cheng Laksa dan kagum dengan rasa dia.
Cukup berlemak, masin dan manis
tu balance. Dapat sekali telur mata dan beberapa hirisan timun. Portion cukup
untuk seorang dewasa makan. RM 19.90 sepinggan.
Ayam lembut dan boneless. Selalu kalau
makan Butter Milk memang akan cepat muak tapi jangan risau sebab dia letak hirisan
cili padi dalam kuah Butter Milk.
Kalau yang kurang sihat elok makan
Pan Mee Soup. Kuah dia tak over, rasa nyaman je bila makan. Kebetulan Ikhwan
perut dia tak selesa. Sesuai sangat la. Set RM18.90.
Diah makan Asam Laksa tapi kuah
dia agak masin bagi Diah. Memang tak kuat masin dari dulu lagi. Kuah laksa
cukup rasa masam dan masin, ada isi ikan dan garnishing ada nanas, daun pudina,
timun dan bawang.
Makan sikit-sikit tapi payah
sangat nak habiskan. Jadi Diah makan laksa tu tapi campur dengan air longan
jadikan kuah. Letak dalam sudu.
Kebetulan air longan agak manis,
jadi memang gabungan yang tepat. Suami dah faham sangat perangai pelik Diah jadi
dia memang tak cakap apa. Ahaks. Set RM18.90.
Kalau dekat rumah selalu beli dekat tepi jalan - Laksa Utara
Ambil juga ABC Rm9.90. Air Batu
Campur tu biasa-biasa saja. Boleh tahan banyak semangkuk besar.
Kesimpulan
Puas hati makan dekat Ah Cheng Laksa
sebab kebanyakkan menu kena dengan tekak. Tempat selesa, servis laju. Repeat? Sudah pasti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2024/01/lunch-di-ah-cheng-laksa-butter-milk.html