Lunch Date Gws Huda


 Assalamualaikum WBT 


HARI Jumaat lepas, Pak Inche beritahu, Uda (Huda) sakit mata. Pada mulanya Sk ingatkan sakit mata biasa, yang jadi merah-merah dan asyik keluar tahi mata tu. Hari sabtu, kami tiga beranak ke Konsert Divas & Diamonds di Arena Larkin (ni belum sempat nak cerita), Sk bertanyakan khabar Uda dengan Liza (mereka bertiga ni sepejabat). Baru tahu bukan sakit mata biasa-biasa tapi gelap sebelah pandangan.





Semalam, Uda warded di Hospital Pakar Puteri KPJ untuk mendapatkan rawatan lanjut. Malam tadi, PI cakap, esok tengahari, kita pergi tengok Uda. PI minta Sk ambil dia di pejabat, kemudian pergi sama-sama. Sempatlah Sk singgah Maslee, beli buah sikit dan jus untuk Uda. Alhamdulillah, keadaan Uda nampak stabil dan tidak membimbangkan. Mata pun nampak normal, tiada katarak, strok dan symptom lain. Cuma gelap berbayang la, itu yang Sk faham. Bukan keseluruhan pandangan tapi dalam 90 darjah. Buat masa ini doktor diagnosis Uda mengalami tekanan pada mata kerana tumpuan yang terlalu lama pada skrin komputer. Mungkin juga keadaan ini terjadi selepas mereka kehilangan staf, Akma, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya lebih dua bulan lepas. Sebelum ini, Uda bekerja bersama Akma dan sehingga kini belum ada pengganti Akma. Jadi, Uda kata, dia macam rushing jugak nak siapkan bila client dah buat payment, takkan nak tangguh esoknya pulak.


Perancangan doktor, satu ujian (MRI - Magnetic Resonance Imaging/ Pengimejan Resonan Magnet) akan dilalui Uda untuk mengesan punca kejadian, Semoga tiada yang memudaratkan dan semuanya baik-baik sahaja untuk Uda.
“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dari-Mu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi, Amiiinnn Ya Robbal Alaminnn”



Lepas melawat Uda, PI ajak pergi makan. Demand pulak tu, nak makan dekat Kempas yang ada lauk banyak (sambil kembangkan dua-dua tangan). Sk tahu tu, sebenarnya tempat tu bukan di Kempas tapi di Medan Selera Taman Cempaka. Lebih tepat lagi, Sudut Selera Sri Cempaka yang menjual nasi campur dengan pelbagai lauk masakan kampung. Sampai-sampai, memang orang tengah ramai, kan. PI terus duduk di satu meja yang baru ditinggalkan dan suruh Sk ambil makanan dulu. 

Sistem dekat sini, ambil nasi (ada pekerja sendukkan) dan dia tanya kita nak minum apa. Dalam 10 hari bulan September ni, rasa baru dalam dua kali kot terbantai minum manis, jadi tadi macam terkejut bila dia tanya, air apa? Suara pulak macho semacam, Sk beberapa kali jer pernah makan kat situ, kan.. jadi tak biasa, terperanjatlah kita bila dengar dia tanya, terus tersebut nak Ais Limau, hahahahaha


Kenal ke ikan apa tu? Sk rasa macam ikan cermin atau ikan bawal emas ke. Ikan ni dimasak lemak cekur macam tu. Setiap ikan dalam tray lauk tu, dia alas dengan daun pisang dan ada kuah masak lemak macam lemak cekur tu la. Biasa Sk jumpa orang guna ikan pari bakar, yang ni macam tak pernah jumpa yang guna ikan ni, dahlah besar-besar ikannya, karang doploh inggit sekeping pulak, dah terkejut lagi, hahaha. Lepas tu ambil sayur pucuk ubi masak lemak sikit. Sebenarnya bukan ambil sikit tapi pucuk ubi tu yang tinggal sikit, hahaha. Letak sambal belacan sikit atas sayur. Kemudian tunjukkan pinggan kat staf yang jaga kaunter tu, dengan ais limau tadi, RM11. Sk toleh dan tunjuk belakang, nanti abang tu bayar ya, hehehe
 


Lepas Sk duduk, baru PI bangun ambil makanan. Sk makan dululah sikit pelan-pelan, tak lama  PI datang letak pinggan dia, amboi, sampai dua pinggan. Dia pergi cuci tangan tu, sempatlah kita ambil gambar, kalau tak memang tak sempatlah, laju-laju terus dia gaul nasi dengan lauk nanti. PI ambil kerabu mangga, sayur taugeh + tauhu dan ikan pari bakar dan ais limau. Jumlah semua sekali termasuk makanan Sk yang RM11 tadi, RM27 jer. 



Bukan senang ya nak makan tengahari sama hari kerja. Tengoklah tu makan pun bersepah lagi, habis tu pinggannya kecik beno. Tu nasib baiklah ikannya kat pinggan lain, sedap jugaklah ikan tu, dia bakar kosong aje, yang buat sedap, ikannya fresh dan air asamnya pun sedap. Memang patutlah orang ramai. Bos PI yang kat KL pun kalau datang JB mesti minta PI bawa dia makan tengahari kat sini. Cuma tu la, ruang makannya agak sempit, kena datang awal la, kalau nak cop meja, hehehe. Nahhh.. ni alamatnya.


Sudut Selera Sri Cempaka
Gerai No. 1, Medan Selera Taman Cempaka, Taman Cempaka, Johor Bahru

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/lunch-date-gws-huda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecewa Lunch Di Tcrs Seremban Prima Akibat Kegagalan System

Kecewa Lunch Di Tcrs Seremban Prima Akibat Kegagalan System

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum Macam yang SA citer hari ni SA malas nak masak so SA ajak Suami PZ dan Dania pi makan kat TCRS boleh tahan ramai orang kat TCRS hari ni nasib baik ada meja kosong untuk 4 orang Dah duduk je terus buat online order kami masa ...
Lunch Di Waroeng Penyet

Lunch Di Waroeng Penyet

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum Hari ni lunch awal ye 12 30pm dh lunch lama suami tunggu SA rehat urusan dia habis awal pulak ermm nasib laa kena tunggu Untuk petang ni plak dh beli tiket wayang nanti xde la dia rasa terlampau lama tunggu SA kan So tadi ka...
Lambat Lunch Hari Ni

Lambat Lunch Hari Ni

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 203 hits
nbsp Lambat Lunch Hari Ni Hari ni office ada jualan dekat lobi biasanya setiap bulan akan ada jualan biasanya lepas lepas gaji la So tadi nieyl turun lobi awal sikit dalam 12 20 cmtu sebabnya nak beli tauhu begedil gemoks ni sebab biasa cep...
Bookxcess Introduces Reality Date With A Book A Global First For Non Fiction Enthusiasts

Bookxcess Introduces Reality Date With A Book A Global First For Non Fiction Enthusiasts

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 317 hits
BookXcess Sdn Bhd is thrilled to unveil Reality Date with a Book an innovative and one of the first in the world initiative designed to ignite curiosity and surprise among readers This allows book lovers to discover their next read with an ...
Lunch Di Warong Mak Mah Bistro Port Dickson

Lunch Di Warong Mak Mah Bistro Port Dickson

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum Last entry jalan jalan bawak Pak Zain pi PD Lepas solat Zohor di Masjid Jamek Dato Haji Abdullah kami singgah lunch dulu kat kedai makan area masjid ni Warong Mak Mah Bistro menyediakan menu lauk kampung yang asli tapi banya...
Menu Lunch Sabtu 31 August 2024

Menu Lunch Sabtu 31 August 2024

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum Hi korang Sabtu 31 Ogos kan SA x kemana mana siang tu adik adik pun balik berkumpul untuk tengahari kami sama sama masak SA masak 1 lauk lepas tu adik SA yang no 4 tu masak 2 lauk seronok berkumpul ramai ramai melayan anak a...
Menu Lunch Hari Ahad

Menu Lunch Hari Ahad

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam SA x sihat kan masih jugak masak PZ suruh masak kari daging adik bongsu plak masak sambal udang dan goreng ayam Mintak tolong Dania buatkan sambal belacan dan potong timun SA rasa x jejak kaki kat lantai se...
Buat Sambal Tomato Untuk Lunch

Buat Sambal Tomato Untuk Lunch

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 166 hits
Buat Sambal Tomato Untuk Lunch Lama benar dah tak buat sambal tomato sebab dah lama tak masak ayam penyet kat rumah Biasanya sambal tomato dimakan bersama nasi ayam penyet Tapi kali ini saya cuma teringin sambal tomato dimakan bersama denga...
Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 214 hits
Hai korang Dah lama aku tak makan di Bite n Sip Cafe Alor Setar Last makan rasanya beberapa tahun lepas Cafe ni sememangnya terkenal dengan menu buttermilk Tak kisah lah pasta atau nasi Sedap sangat masakan disini Punya lah lama aku tak sam...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu