Lunch Buffet Restoran Kuntum Selasih
Assalamualaikum WBT
Sambungan...
TIBA-TIBA lepas zuhur, Naza telefon, beritahu En Pai jemput makan buffet hasil dari masakan pelajar program Penyediaan Makanan Tahap 3. Pelajar-pelajar ni baru selesai menjalani Latihan Industri dan telah kembali ke kolej awal bulan ini. Jadinya, kenalah tayang skills yang diasah selama 5 bulan berada di kitchen hotel, tu kan.

Tak ada apa-apa tema diketengahkan kali ini tapi melihat kepada menu, ianya merupakan masakan tempatan dan menyelitkan makanan tradisi Johor seperti Asam Pedas Ayam, Mee Rebus dan Laksa Johor
APPETIZERS

Tauhu Sumbat dan Kuah Kacang

Rojak Buah

Chicken Salad

Ulam-ulaman.. ulam raja, kacang botol, bendi celur, pegaga, timun dan petai.

Pelbagai jenis sambal pencicah.

Prawn Cocktails
MAIN COURSE

Asam Pedas Ayam. Dulu, ada kawan Sk orang Perak, dia kata, aku pelik orang Johor ni, semua benda dia nak buat asam pedas 😛. Ialah, betullah tu, selain ayam, daging pun kami boleh masak asam pedas

Ikan caru goreng ni makan dengan sambal kicap atau air asam

Daging Masak Lada Hitam ni Sk tak ambil. Sk sekarang agak risau nak makan daging atau kambing sebab lepas tu nanti menanggung sakit gigi (ke gusi?). Tapi kalau tak ada pilihan, Sk makan jugak

Udang Masak Lemak Cili Padi. Udang nak kata kecik tak, besar pun tak, tapi mudah dikopek kulitnya, bermakna, udangnya segar

Sayur Campur atau Chap Chai. Sayur ni rasa masin sikit tapi tak teruk

Pinggan Sk. Hurmm.. macam bukan Sk ni makan sikit cenggini
SOUP

Untuk sup, mereka sediakan tomyam. Teringat pulak seorang rakyat India buka Restoran Tomyam Malaysia di negara India. Selain tomyam, pelbagai makanan Malaysia dijual dan mendapat sambutan hangat warga sana tapi tu la, tomyam bukan makanan asal Malaysia tapi Thailand. Tiba Malaysia dapat nama ni, takpelah, asal bukan nama buruk, kan

Spaghetti Aglio Olio pun ada. Cuma spaghettinya terlebih masak.
STALL
Nak nampak lagi real buffet, kena la ada live station. Ada dua stall disediakan dan kedua-duanya mendapat sambutan hangat

Disebabkan pencahayaan agak terhad, Sk tak ambil gambar dalam stall. Yang ni Mee Rebus, nanti bila guest minta, baru letak kuah

Satu lagi, stall Laksa Johor. Samalah jugak, bila guest nak makan, baru letak kuah

Tapi, guest tu kan, dia kata, tak puas makan dalam mangkuk, dituangnya masuk pinggan. Tak boleh bawa majlis ek, hehehe. Aaaa.. macam ni la baru puas nak gaul. Dengar-dengar, orang Johor makan LJ guna tangan, kan.. tapi dalam majlis segan la, kita pakai garfu, senang nak belit spaghetti. Oh, janganlah tersakiti Laksa Johor guna spaghetti ya. Laksa Sarawak guna bihun, tak ada pulak yang marah
DESSERTS

Buah potong, tembikai dan tembikai susu

Fruit Tartlets

Katanya Cream Puff tapi macam bukan jer, hehehe. Ianya lebih menyerupai Churros. Cicah pulak dengan sos kastard

Tiramisu

Sk ambil satu tiramisu tapi tak makan kat restoran sebab kenyang. Kita mintalah izin tuan rumah untuk bawa balik. Yang dalam sudu tu, onde-onde dibuat dalam dua perisa iaitu original (pandan) dan keladi

Semalam, Sk ada belikan Iman tiramisu, dia kata kureng. Tapi yang ni, suap jer mulut, terus puji melambung. Sk kan belum makan, Sk pun cubalah, yessss.. sedap betul tiramisu walaupun nampak tekstur tu tak guna biskut lady fingers, mereka guna kek sponge perisa kopi. Nanti esok Sk tanya dengan En Pai resipi betul ek, guna mascarpon ke, kan. En Pai suruh tapau bubur kacang durian, mujur la Sk ada travel mug, jadi Sk tapau dalam tu, tapi lupa nak ambil gambar
Mekacehhh, En Pai omey
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/08/lunch-buffet-restoran-kuntum-selasih.html