Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Hari tu kami ramai-ramai menikmati lunch buffet di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Tetapi disebabkan jadual yang agak padat, artikel ini sedikit lambat diterbitkan. 
Sudah jadi kebiasaan, mana-mana tempat yang Diah pergi dan boleh beri boleh manfaat kepada yang membaca perkongsian penulisan di blog ni semestinya Diah akan catat untuk kenangan dan rujukan di masa depan.
Restoran Rebung Dato Chef Ismail terletak di Taman Botani Perdana, Jalan Tanglin Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Tugu Negara.

Dekat juga dengan Menara Kuala Lumpur. Boleh Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360.
Restoran Rebung adalah dimiliki oleh Dato Chef Ismail dan angkasawan Negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. 
Suka datang sini disebabkan makanan dan kemudahan parking khas bertingkat dan dekat dengan taman untuk riadah. Jadi lepas makan memang kami singgah ke Taman Botani Perdana.


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Ini merupakan lunch date adik beradik walaupun tak semua dapat commit tapi Diah hargai usaha adik beradik yang sudi luangkan masa hujung minggu.

Kita faham lah bila masing-masing dah ada keluarga, ada komitmen dan ada yang bekerja pada hujung minggu.

Apa pun sesi makan-makan kami cukup meriah. Kebiasaan kami sebelum ni akan buat pot luck. Masing-masing (baca para isteri) akan masak lauk dan bawa menu yang disukai ramai.

Kami akan pilih satu rumah dan makan bersama-sama. Tapi semenjak dua menjak menginjak usia rasa macam penat sangat nak hadap pinggan mangkuk dan kena masak.



Sudahlah hari biasa kena masak untuk keluarga. Penat ya. Jadi ambil jalan mudah kita makan dekat luar sajalah. Mudah bukan.

Nak cari menu yang semua suka dan tempat yang selesa jadi kita pilih makan masakan Melayu kena dengan tekak.

Sebelum ni kami dah pernah beberapa kali makan di Restoran Rebung. Dulu waktu bekerja, syarikat tempat Diah bekerja suka bawa staff makan di Restoran Rebung. 

Pernah jumpa Dato Chef Ismail, memang peramah orangnya. Tak lokek senyuman. Ringan je mulut tu bertanya khabar dan minta feedback.

Rasanya dia dengan staff mesti tegas. Itu tekaan Diah sajalah. Nampak dia punya effort nak pastikan pelanggan datang kenyang dan puas hati.

Dalam entri kali ni, Diah minta maaf tak dapat nak kongsi banyak gambar set up buffet dia. Waktu hari kejadian memang full house.

Dekorasi restoran memang Chef ambil berat sebab nak timbulkan mood tu. Boleh tengok Instagram rebung ya.

Makanan memang banyak dan cukup untuk semua pelanggan. Maklumlah bila dah berjumpa adik beradik, memang tak sempat ambil gambar.


Cara Booking Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Mari Diah kongsikan cara nak booking kalau nak makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Nombor telefon restoran boleh guna no ini – 03 -2276 3535 / 2525

Dinasihatkan supaya telefon seminggu awal, paling tidak dua atau tiga hari lebih awal untuk buat tempahan dan jangan walk in sebab ramai pelanggan terutama hujung minggu.
Untuk kes Diah, kami tempah untuk 20 pax termasuk kanak-kanak. Jadi bilangan kami agak ramai dan waktu buat tempahan, staff dah beritahu yang tempat hampir penuh.

Dia akan cuba arrange supaya kami dapat makan di kawasan aircond atau worst case scenario kami akan dapat meja di bahagian luar berdekatan dengan stall makanan panas. Situ harapkan kipas sajalah.

Tapi dia beritahu juga yang selalu akan ada pelanggan yang batalkan tempahan saat akhir jadi jangan risau.

Diah sedapkan hati dan berdoa dapat tempat selesa cukup dah. Syukur waktu hari kejadian kami dapat duduk di bahagian dalam berdepan dengat stage.

Selalu ada orang buat persembahan, main alat muzik. Dapat dua meja besar. Besar dan selesa untuk kami.

Segala pembayaran dilakukan pada hari kejadian secara tunai. Waktu kami makan, ada staff yang datang untuk sahkan jumlah tempahan dengan jumlah pelanggan yang datang.

Dia beri sekeping resit untuk rujukan waktu pembayaran. Selepas selesai makan baru ke kaunter untuk selesaikan bayaran.

 

Menu Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Datang Restoran Rebung Dato Chef Ismail mesti Diah akan makan Kuih Onde-Onde yang dibuat fresh depan mata.

Itu yang menambah kesedapan. Sama juga dengan pisang goreng dan keropok lekor. Cuma kali ni keropok lekor kurang kena dengan selera Diah.

Datang sini digalakkan cuba segala jenis menu masakan kampung. Pendek kata semua makanan yang popular ada mewakili pelbagai negeri dalam Malaysia.

Dari segi pilihan memang banyak. Tak terhad kepada nasi sahaja, ada aneka mi, sup tulang, makanan bergoreng, manisan dan kuih kampung, Cendol, dodol dan banyak lagi.

Sekadar untuk penambah baikkan diharap Chef dapat tukar Ikan Patin yang digunakan dalam masakan Ikan Patin Tempoyak.

Ikan dia berbau hanyir. Diah cadangkan untuk guna Ikan Patin Temerloh gerenti sedap. Masakan lain okay saja.

Overall kami kenyang. Puas hati. Sebelum balik sempat bergambar ramai-ramai dekat atas stage. Tahun ini boleh buat lagi tapi kena cari tempat lain pula. Makan steamboat pun okay kan?

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/03/Lunch-Buffet-Restoran-Rebung-Chef-Ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadan Di Menara Kuala Lumpur Citarasa Asli Daripada Dato Chef Ismail Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

Buffet Ramadan Di Menara Kuala Lumpur Citarasa Asli Daripada Dato Chef Ismail Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 442 hits
Hai pembaca kesayangan Bagi memeriahkan bulan Ramadan tahun ini Menara Kuala Lumpur kembali berkolaborasi dengan Dato Chef Ismail dengan buffet Ramadan bertemakan Citarasa Asli daripada Dato Chef Ismail bermula dari 25hb Mac 2023 hingga 19h...
7 Chef 7 Kawah Sajian Dapur Ayahanda Tunamaya Desaru Buffet Ramadhan

7 Chef 7 Kawah Sajian Dapur Ayahanda Tunamaya Desaru Buffet Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 191 hits
7 Chef 7 Kawah Sajian Dapur Ayahanda Tunamaya Desaru Buffet Ramadhan mengetengahkan menu ketam masak lemak cili api pucuk manis campur labu kuning ayam masak merah rendang burung puyuh kepah masak nyonya dan daging masak hitam Kemain meriah...
Buffet Buka Puasa Di Restoran Zaituna Jb

Buffet Buka Puasa Di Restoran Zaituna Jb

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 204 hits
Dah berapa banyak senarai tempat nak buka puasa korang Haa kalau nak makan buffet nasi Arab dan pelbagai jenis hidangan dari Timur Tengah Meh masukkan Restoran Zaituna dalam list Buffet Yang restoran Zaituna buat ni memang the Biggest True ...
Lunch Di Restoran Serai Mytown Kl

Lunch Di Restoran Serai Mytown Kl

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum Hi korang Jumaat lunch nun kat Mytown sana ada orang datang time SA kerja SA dengan macam macam kerja kena buat tapi luangkan masa jap la ngan dia pi lunch SA x tau la nak bawak dia pi mana lagi satu malas plak nak merayau k...
Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 210 hits
Keputusan Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO kali ini dilihat satu tindakan yang tepat dan matang Biar pun pengumuman tentang hasratnya untuk berta...
Sarapan Pagi Di Restoran Azira Shah Alam

Sarapan Pagi Di Restoran Azira Shah Alam

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 347 hits
Sarapan Pagi Di Restoran Azira Shah Alam lama tak sarapan pagi jauh sejak sibuk dengan rutin Isnin hingga Jumaat di rumah bonda Sabtu pulak hari membeli barangan basah dan Ahad pulak hari untuk rehat sebelum mula bertugas hari Isnin nanti B...
Ayam Penyet 3 Sambal Di Restoran Sambal Uleg Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Ayam Penyet 3 Sambal Di Restoran Sambal Uleg Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 169 hits
Ayam Penyet 3 Sambal di Restoran Sambal Uleg Seksyen 7 Bandar Baru Bangi l Assalamualaikum Masa singgah ke Kedai Repair Phone Laptop MRFIX Bangi 2 minggu lepas Ana sempat lunch makan Ayam Penyet 3 Sambal di Restoran Sambal Uleg Seksyen 7 Ba...
Restoran Mtr 1924 Original Makanan Vegetarian Daripada Selatan India Kini Di Malaysia

Restoran Mtr 1924 Original Makanan Vegetarian Daripada Selatan India Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 284 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Jarang sebenarnya untuk Maha mencuba makanan daripada negara India yang original Tapi semua orang tahu bahawa makanan India ba...
Dato Siti Terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara

Dato Siti Terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 242 hits
Penyanyi terkenal dan popular negara Dato Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Anugerah Tokoh Serikandi Negara yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri Bik Mama Datin Seri Rosmah Mansor Ini merupakan anugerah tertinggi dan berprestij ya...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat