Luna Lights Wonderland 2 0 Taman Malaysia Seremban Meriah Dipenuhi Led Blinking


Lama sudah rancang nak ke Luna lights Wonderland 2.0 di Taman Malaysia Seremban. Mulanya ingatkan nak pergi masa awal buka tu 25 September 2023. Tapi lain dirancang, lain yang menjadi. Ke kampung lah kita dulu. Lagipun haritu hujan lebat.
Dan cuti sekolah pula tu kan. Mesti sesak ramai orang. Jadi lebih eloklah kita kurangkan kesesakan di waktu cuti sekolah. Tengok di media sosial pun dah macam sesak dengan ramai orangnya. 
Lepas je habis cuti sekolah, ajak encik suami pergi Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban yang tak jauh dari rumah.
Bila ada Luna Lights Wonderland ni baru tahu kewujudan Taman Malaysia Seremban ni. Apoo... nama je duduk Seremban dah 10 tahun tapi tak explore habis lagi.
Kami gerak dari rumah pukul 8:00 malam.10-15 minit je dah sampai. Masa tu tak ramai lagi. Parkir pun boleh pilih lagi nak parkir mana. Tapi parkir terpaling dekat tu memang dah penuh lah. Kami dapat parkir kereta depan bangunan Royal Gallery Tuanku Ja'afar. Jalan sikit je menuju ke Luna Lights Wonderland.
Luna Lights Wonderland 2.0 Seremban, Negeri SembilanLokasi : Taman Malaysia Seremban
Tempat Parkir : Royal Gallery Tuanku Ja'afar
Tarikh : Jumaat, 25 Ogos 2023 sehingga Ahad, 24 Sept 2023
Masa dibuka : 7:00 malam - 12:00 tengah malam
Parkir kereta percuma je tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Ada beberapa anggota RELA jaga parkir dan lalulintas. Dah siap elok parkir, menujulah kami ke jalan yang benar.  Luna Lights Wonderland ni permukaan tanah dia berbukit bukau. Kena sentiasa berhati-hati melangkah.

Macam nak turun tangga ni, kena hati-hati melangkah. Silap langkah boleh jatuh tergolek ke bawah. Sampai sini pun dah nampak meriahnya. Bahagian ni dihiasi lampu LED warna merah. Ini baru jalan nak masuk tau! Belum lagi kemeriahan dalam Taman Malaysia tu lagi. 
Layankan gambar yang banyak dalam entry ni


Dah turun bawah, barulah jumpa signboard Taman Malaysia Seremban ni. Jalan lagi dan jumpalah kaunter tiket


Masa kami sampai tak ramai orang lagi. Jadi taklah beratur lama. Kejap je dah dapat beli tiketnya


Harga Ticket Luna Lights Wonderland 2.0Dewasa : RM 15.00
Kanak (12 dan ke bawah) : RM 8.00

Pembelian tiket di tempat kaunter tiket yang disediakan. Pembayaran menggunakan wang tunai sahaja


Dah beli tiket, jomlah kita mulakan jelajah Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban. Sebelum tu ambil dulu pintu gerbang masuk ke taman


Sebelum masuk, tiket perlu diberikan kepada pekerja yang ada disitu untuk disemak dan dikoyakkan. Nanti dapat semula tiket yang dah dikoyakkan tepinya. Boleh simpan buat kenangan


Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban ni ada 5 temaSpaceAnimalForestAquaticRomanceDari pintu masuk ke kiri akan jumpa bahagian Space dahulu

1. SPACEMenarik dan cantik dekorasi lampu LED bertemakan angkasa/ space ni




Selepas ke kiri, kami terus ke kiri lagi dan masuk di terowong lampu warna-warni ni. Tak pasti nama terowong ni teroworong starwars atau terowong avarta


Semua tempat kena ambil gambar cepat-cepat. Jangan mimpilah nak bergambar tanpa hiasan manusia di sekeliling. Jenuh lah kalau nak tunggu tak ada orang. Orang sentiasa lalu lalang kot. Ini nasib nasib je kalau tak nampak manusia lain dalam gambar


Tempatnya memang luas betul. Dari kejauhan dan nampak kecantikan dan kemeriahan lampu LED blinking yang dikatakan berjumlah 850,000 biji. Banyak betul! Semua ruang cahaya nampak menarik dan rasa nak ambil gambar semua tempat je.







gambar di ambil dari atas jambatan gantung

Okay habis bahagian Space. Sebenarnya banyak lagi gambar. Kita masukkan mana yang penting je lah
2. ANIMALOkay, habis ruang space. Kita jelajah ruang animal pula. Bukan animal biasa-biasa. Luar biasa animalnya

Yang ni rabbit tengah menyandar tapi membelakangi kita



Zirafah ni obes betul sampai kaki belakang tak jejak tanah. Kau ni apa? zirafah ke hantu


Tapi comel je kan animal-animal ni semua. Kesian gajah ni bertampal-tampal rupa paras dia. Mujur bertampal-tampal sticker love bagai


Harimau ni comel. Walaupun dia sejenis binatang garang dan bahaya. Tapi bila rupa macam ni dia jadi auto comel. Kann..


3. FORESTRasanya ini bahagian forest serba biru. Dah macam tempat acah-acah healing sampai pagi tak balik gitu. Cantik!


4. AQUATICRuang aquatic dipenuhi dengan beberapa spesis ikan. Termasuklah cik sotong terselit disitu





5. ROMANCERuang ni of courselah untuk para pasangan yang datang. Saya lupa bawa tripod. Jadi tak dapatlah nak bergambar berdua di photobooth yang disediakan. Ambil wefie je lah untuk simpanan





Selain itu banyak lagi ruang yang menarik untuk bergambar. Ini salah satu photobooth yang menarik. Saya cuma ambil gambar ruang dia je. Tak ada mood nak bergambar sebab kena tunggu giliran. Ini antara yang sempat di tangkap sementara mereka bergilir-gilir bergambar.

Kita ni gayat tapi boleh pula naik jambatan gantung ni. Bila ramai naik bergoyang dia boleh gigil lutut. Tapi disebabkan malam tak nampak sangat  bawah tu, kita macam acah-acah berani je lah. Padahal gayat


Dekat sini pun kena cepat-cepat ambil gambar dan pandai-pandai lah cari angle yang tak nampak manusia lain. Struggle betul. Dengan goyang lagi dengan berselisih lagi. Fuhhhh...jenuh


Auto cerah bergambar bila lampu putih menyala. Dah macam rupa orang lain pula dah! 
"TREE OF LIFE" 18 metres tinggiLampu LED ni akan bergerak dari bawah ke atas dan bertukar warna. Menarik sungguh bila tengok


Dah puas jalan-jalan dan hampir semua dah teroka. Mohlah kita balik. 
Dari pukul 8 lebih sampai pukul 10 malam. Hampir 2 jam kami pusing-pusing dalam Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban yang serba meriah dengan lampu dan pengunjung yang datang. Pelbagai kaum dan peringkat usia datang

Sebelum keluar, kami belok ke kiri penghujung ruang space. Kalau dari pintu masuk tadi ke kanan dulu akan jumpa ruang ni terlebih dahulu

Mascot Terbesar di Malaysia iaitu MASCOT LUNA dengan ketinggian 11 meter

Sambil jalan-jalan, pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian buskers. Nampak tak di sebalik dedaun merah ni. Sempat layan buskers nyanyi sebelum beredar


Satu lagi mascot yang tinggi ada di luar. Duta Luna berhampiran gerai makanan dan minuman. Harga minuman secawan RM5. Terus tak jadi beli. Kalau pasar malam RM3 dah boleh dapat. 

Sebelum naik tangga yang awal turun tadi, kita ambil dari bawah pula. Atas tu tempat parkir kereta. Tak jauh pun. Tapi kalau ramai orang, parkir boleh sampai jalan besar utama. Jauh juga nak berjalan


Fuhh..Jalan-jalan santai pun pecah peluh juga. Entah berapa langkah agaknya dah berjalan. Yang penting harga tiket berbaloi dengan apa yang disajikan. Tak rugi datang. Penuh dalam handphone dengan gambar dan video. Mana yang gegar dan tak okay, kita delete je

Tips ke Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia SerembanDatang awal untuk mudah dapat parkirPastikan bateri handphone full sebab banyak port menarik untuk bergambar dan bervideoSediakan duit secukupnya, pembelian tiket menggunakan wang tunai sahaja. Tiada pembayaran secara online, e-wallet, QR code dan sebagainya.Sebelum datang pastikan perut di isi terlebih dahulu untuk bekalkan tenaga jalan-jalan sebab tempat ni besar ye. Jangan datang dalam keadaan lapar nanti baru separuh jalan dah nak keluar, rugi bayar tiket. Jika makan dahulu boleh jimat untuk membeli makanan. Makanan dan minuman yang dijual bukanlah murah. Jika ada bajet lebih tak ada masalah.Boleh bawa bekalan air. Jika penat boleh berehat dan minum air.Bawa portable kipas angin, confirm akan berpeluh bila turun naik tangga dan berjalan jauh.Sila pakai pakaian yang fabriknya tidak panas dan selesaPakai pakaian yang cerah untuk lebih nampak jelas dalam gambarJika berkerusi roda atau bawa stroller, laluannya agak terhad sebab ada banyak bahagian menarik ada tangga dan laluan agak curam sikit.Pakai kasut atau selipar yang selesa. Ada lagi? Sila tambah dalam ruangan komen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/09/luna-lights-wonderland-20-taman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luna Lights Wonderland 2 0 Kini Di Negeri Sembilan

Luna Lights Wonderland 2 0 Kini Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 410 hits
Luna Lights Wonderland 2 0 Kini Di Negeri Sembilan Luna Lights Wonderland 2 0 dikatakan paling besar di Malaysia 2023 yang di iktiraf oleh Malaysia Book Of Record 3 Kali lebih besar daripada stesen Putrajaya Luna Lights Wonderland 2 0 kini ...
First Ever Soka International School Opens Its Doors In Seremban Malaysia

First Ever Soka International School Opens Its Doors In Seremban Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 329 hits
Hi Everyone Soka International School Malaysia has proudly launched its inaugural academic year on August 24 in Seremban Negeri Sembilan ushering in a fresh era of education grounded in humanistic values Malaysia now hosts the world s first...
Tahniah Pemenang Tiktok Awards Malaysia 2023 Biar Ori Baru Sempoi

Tahniah Pemenang Tiktok Awards Malaysia 2023 Biar Ori Baru Sempoi

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 351 hits
TAHNIAH PEMENANG TIKTOK AWARDS MALAYSIA 2023 BIAR ORI BARU SEMPOI Assalammualaikum semua 27 Ogos 2023 adalah hari yang dinantikan oleh TikTokers Content Creators Ini adalah malam anugerah penghargaan buat mereka yang telah berusaha bertungk...
Logo Team Hari Merdeka Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Logo Team Hari Merdeka Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 430 hits
Setiap tahun Malaysia akan menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos secara meriah dan gilang gemilang Dalam masa yang sama juga turut diperkenalkan logo dan tema rasmi yang digunakan sepanjang bulan Kemerdekaan tersebut Oleh...
Senarai Lokasi Perarakan Dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Perarakan Dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 325 hits
Acara sambutan ambang Merdeka 2023 akan disambut pada malam 30 Ogos 2023 di 9 buah negeri seluruh negeri Hari Kebangsaan Kemerdekaan Ke 66 tahun 2023 peringkat kebangsaan akan disambut di Dataran Putrajaya Presint 3 dimana acara perarakan d...
The Badminton World Championships Came To An End Today With Malaysia Settling For One Bronze Only

The Badminton World Championships Came To An End Today With Malaysia Settling For One Bronze Only

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 374 hits
Zhang Shu Xian and Zheng Yu of China react after their quarter final women s double match against Pearly Tan and Thinaah Muralitharan of Malaysia at the Badminton BWF World Championship in Copenhagen on August 25 2023 AFP PICCOPENHAGEN The ...
I Can See Your Voice Malaysia Kembali Untuk Musim Keenam

I Can See Your Voice Malaysia Kembali Untuk Musim Keenam

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 203 hits
I Can See Your Voice Malaysia merupakan sebuah rancangan televisyen berbahasa Melayu di Malaysia yang menggunapakai format dan konsep dan sama dengan rancangan asal dari Korea yang menggunakan nama yang sama Sejak tayangan perdana pada 4 Og...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 66 Di Tahun 2023

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 66 Di Tahun 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 342 hits
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 66 Tahun Ia bukan sekadar ucapan yang lalu macam angin ia bukan ucapan yang tiada rasa di jiwa Laungkan semangatmu kerana cintakan negara ini Tema Hari Kemerdekaan ke 66 adalah seperti di bawah Baca sampa...
Cara Mohon Perantisiswa Keluarga Malaysia Khusus Untuk Mahasiswa

Cara Mohon Perantisiswa Keluarga Malaysia Khusus Untuk Mahasiswa

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 246 hits
Kerajaan telah mengumumkan permohonan bagi menerima bantuan Perantisiswa Keluarga Malaysia berupa tablet kepada mahasiswa boleh dimohon bermula 15 April 2022 pada jam 8 00 pagi BACA Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada kira kira 350 000...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase