Lumpuh Seumur Hidup Bekas Penunggang Pesan Lupakanlah Basikal Lajak




“Lupakanlah basikal lajak,” kata Muhammad Saad Zainuddin, 28, yang lumpuh dan hilang kaki kiri selepas terbabit kemalangan ketika berusia 14 tahun di Jalan Lingkaran Tengah, Johor Bahru, iaitu lokasi sama yang mengorbankan lapan remaja ketika bermain basikal diubah suai itu pada 2017.
Saad berkata, keseronokan bermain basikal lajak hanya sementara dan jika terbabit kemalangan, kesannya berpanjangan sehingga merana seumur hidup.
“Ambil iktibar kisah saya yang kini lumpuh dan hilang upaya. Pengalaman saya lalui bukan membanggakan, ia cukup pahit dan menyakitkan namun menginsafkan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Mengimbau tragedi itu Saad berkata, aktiviti berkenaan bermula sejak dia berusia 11 tahun susulan gelojak jiwa selepas terpengaruh dengan trend basikal lajak yang memuncak ketika itu.
Katanya, dia sanggup mengumpul duit elaun membantu ibu bapanya berniaga bagi mendapatkan barangan terpakai untuk mengubah suai basikal menjadi basikal lajak.
“Pada mulanya, saya hanya menunggang basikal lajak bersama kawan di laluan kampung berhampiran rumah. Namun tidak lama selepas itu, saya mula berani menunggang di jalan utama di sekitar bandar raya ini (Johor Bahru) termasuk lokasi tumpuan basikal lajak iaitu di Jalan Lingkaran Tengah, iaitu sama yang mengorbankan lapan remaja pada 2017.
“Keberanian itu akhirnya membawa padah. Pada 10 Ogos 2008 ketika saya berusia 14 tahun. Ketika menunggang basikal lajak di Jalan Lingkaran Tengah itu bersama tiga lagi rakan, basikal ditunggang merempuh sebuah kenderaan yang sedang parkir di tepi jalan,” katanya.
Katanya, susulan kemalangan itu, Saad mengalami kecederaan parah, iaitu terkoyak di kepala, selain pengsan di lokasi kejadian yang tidak sampai 150m dari tempat kejadian lapan remaja basikal lajak yang maut.
“Saya hanya tersedar apabila dirawat di hospital. Pada mulanya, doktor yang merawat hanya mensyaki saya mengalami hilang ingatan. Namun apabila menjalani pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan saya lumpuh dari pinggang akibat kecederaan serius pada tulang belakang,” katanya.
Saad berkata, dia tidak dapat menerima takdir itu apatah lagi doktor memaklumkan dia mungkin akan lumpuh seumur hidup.
“Saya kemurungan selama tiga tahun selepas tragedi itu dan trauma untuk keluar rumah,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sokongan dan dorongan kuat ahli keluarga termasuk teman rapat berjaya memulihkan kemurungan dan semangatnya.
“Walaupun saya kehilangan upaya, keluarga terutama ibu, ayah dan adik beradik terus membantu saya termasuk menguruskan diri terutama untuk ke bilik air.
“Kini saya mahu bangkit memulakan hidup baru walaupun lumpuh dan hilang upaya. Saya kini ditugaskan menjaga kaunter di kedai makan diusahakan keluarga yang dibuka mulai jam 7 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.

Kredit : msn.com
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/06/lumpuh-seumur-hidup-bekas-penunggang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Pesan Nenek Tentang Basikal Lajak

Buasir Otak Tv Pesan Nenek Tentang Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 365 hits
Setiap kali bila nampak budak main basikal lajak membuatkan kau teringat pada pesan nenek Jom tonton animasi ini
Penunggang Basikal Maut Dilanggar Di Jalan Temiang Pemandu Axia Mengaku Tidak Bersalah

Penunggang Basikal Maut Dilanggar Di Jalan Temiang Pemandu Axia Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 249 hits
Penunggang basikal maut dilanggar di Jalan Temiang pemandu Axia mengaku tidak bersalah1 Jun lalu seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 26 tahun d...
Wanita Ini Kongsi Cerita Bekas Suami Dari Sweden Jadi Biawak Hidup

Wanita Ini Kongsi Cerita Bekas Suami Dari Sweden Jadi Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 781 hits
Peribahasa bagai mendukung biawak hidup bermaksud menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita Baru baru ini isu biawak hidup hangat dibincangkan di media sosial apabila perkongsian dari wanita ini tentang bekas suaminya mencuri tumpu...
Ikhtibar Daripada Kes Basikal Lajak

Ikhtibar Daripada Kes Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 250 hits
Pada April 2009 bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu pemberita bahawa Mat Rempit sekumpulan anak muda bertindak ganas dan kurang ajar bukannya hanya mengganggu orang ramai Salah laku Mat Rempit telah disalah anggap oleh ...
Tak Perlu Beli Bekas Mahal Ibu Ini Kongsi Tip Nak Peti Ais Kemas Tersusun

Tak Perlu Beli Bekas Mahal Ibu Ini Kongsi Tip Nak Peti Ais Kemas Tersusun

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 252 hits
Biasanya terapi bagi seorang ibu dan isteri selain rumah yang kemas peti ais juga boleh memberi ketenangan tiap kali masuk dapur untuk memasak Bila tersusun elok je setiap barang dalam peti tu nak ambil sesuatu pun mudah Apa yang buat peti ...
Botol Minyak Besar Jangan Buang Diy Bekas Simpan Makanan Macam Ni Jimat

Botol Minyak Besar Jangan Buang Diy Bekas Simpan Makanan Macam Ni Jimat

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 390 hits
Habis sahaja minyak satu botol penuh cepat cepat kita buang Lepas ni janga dibuang dahulu kerana banyak fungsinya botol minyak bersaiz besar ini Apa yang kita boleh buat Tip ringkas yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok ini senz malaysia i...
Johnny Depp Mungkin Akan Dipanggil Berlakon Semula Dalam Filem The Pirates Of The Carribean Bekas Eksekutif Disney

Johnny Depp Mungkin Akan Dipanggil Berlakon Semula Dalam Filem The Pirates Of The Carribean Bekas Eksekutif Disney

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 449 hits
Seorang bekas eksekutif Disney berkata Johnny Depp mungkin akan dipanggil untuk memainkan semula wataknya sebagai Captain Jack Sparrow kerana ramai peminat yang mahu melihat perkara itu berlaku nbsp Bekas eksekutif yang tidak dinamakan itu ...
Cantik G1ler Foto Bekas Isteri Awie Ded4h Wajah Terkini 2 Puterinya Sampai Jadi Bualan Net Zen

Cantik G1ler Foto Bekas Isteri Awie Ded4h Wajah Terkini 2 Puterinya Sampai Jadi Bualan Net Zen

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 410 hits
Sedar tak sedar dah bergelar anak d4ra puteri puteri Arni Nazira ni Macam kembar pun ada Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda Terpesona dan tak jemu mata memandang Menurut perkongsian ekslusif Arni Nazira bersama Nona Puteri...
Lelaki Tikam Diri Sendiri Selepas Kecewa Hasrat Untuk Merujuk Ditolak Bekas Isteri

Lelaki Tikam Diri Sendiri Selepas Kecewa Hasrat Untuk Merujuk Ditolak Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 255 hits
Seorang lelaki di Kota Padang Indonesia dipercayai menikam dirinya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa 31 Mei lalu kerana kecewa hasratnya untuk merujuk kembali ditolak oleh bekas isteri Lelaki berusia 39 tahun itu bagaimanapun masih hi...
Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Radiohead Let Down Chord

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka

Monolog Jiwa Kredit Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Art Berat By Sofea 003

Personal Brand Gen Z Kunci Income Jangka Panjang

Laings Uk Laing The Jeweller Limited Companies House Gov Uk

Cara Pilih Headphone Noise Cancelling Terbaik Untuk Muzik Kerja

Stok Seafood Untuk Seminggu