Luluh Hati Tengok Rakaman Cctv Anak Dihempuk Kepala Ke Lantai Dicubit Guru Taska


Suami saya telah pergi tengok kamera litar televisyen tertutup (CCTV) dan melihat pelaku mencubit serta menghempuk kepala Rania ke lantai,” kata seorang wanita, Rin Azmin mendakwa anak perempuannya didera pengasuh di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur di baru-baru ini.

Melalui perkongsian di laman Twitter (X), wanita berkenaan turut mendakwa menyedari anaknya itu didera selepas mendapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan lengan anaknya.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Bukan itu sahaja, budak perempuan malang berkenaan turut mengadu kepada ibunya itu takut hendak pergi ke sekolah selepas beberapa hari kejadian tersebut.
“Suami telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang dan kakitangan bernama Athirah (pendera) pusat asuhan berkenaan memaklumkan dia terlanggar Rania waktu bermain bersama kanak-kanak lain.
“Saya memohon untuk melihat sendiri rakaman daripada CCTV premis tersebut pada hari yang sama namun tiada respons,” katanya.

Susulan daripada itu, wanita mengambil cuti pada Jumaat dan menghubungi semula pihak taska tersebut.
“Saya mengambil cuti cuba menghubungi ibu pejabat taska berkenaan untuk mendapatkan maklumat CCTV berkenaan namun masih gagal.
“Saya pergi dengan tujuan melihat bukti anak saya jatuh seperti yang didakwa namun pelbagai alasan telah diberikan sebelum dimaklumkan boleh melihat CCTV tersebut pada Isnin,” katanya lagi.
Selepas melihat video berkenaan, wanita tersebut meluahkan rasa kesal melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Dakwanya lagi, dia menjadi lebih marah kerana kakitangan taska yang lain hanya melihat sahaja perempuannya itu dikasari pada waktu kejadian.
Menurut wanita berkenaan, anaknya itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, polis mengesahkan kejadian tersebut dan seorang pekerja wanita pusat asuhan tersebut diberkas dipercayai terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berkenaan sebelum itu didapati tular menerusi paparan dua klip video menerusi media sosial.
Menurut beliau, semakan mendapati bapa mangsa sebelum itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
“Siasatan menerusi video tersebut mendapati mangsa berumur dua tahun itu dicederakan suspek yang dipercayai pengasuh di pusat jagaan tersebut.
“Hasil siasatan kemudian membawa kepada penahanan suspek berumur 28 tahun yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berkaitan kes itu,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. — Majoriti
Kredit: Majoriti.com
The post Luluh Hati Tengok Rakaman CCTV, Anak Dihempuk Kepala Ke Lantai & Dicubit Guru Taska appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/luluh-hati-tengok-rakaman-cctv-anak-dihempuk-kepala-ke-lantai-dicubit-guru-taska/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takde Hati Perut Ke Anak Sulung 6 Sekeluarga Maut Diaju Soalan Non Stop Netizen Berang Dengan Wartawan

Takde Hati Perut Ke Anak Sulung 6 Sekeluarga Maut Diaju Soalan Non Stop Netizen Berang Dengan Wartawan

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 279 hits
Sedia maklum berita mengenai kemalangan maut melibatkan enam ahli keluarga telah membuat ramai yang berasa sebak lagi lagi selepas mengetahui anak sulung terselamat kerana tidak menaiki kenderaan tersebut dan seorang lagi adiknya masih dala...
Anak Susah Dengar Kata Amalkan Doa Ini Untuk Lembutkan Hati Mereka

Anak Susah Dengar Kata Amalkan Doa Ini Untuk Lembutkan Hati Mereka

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 236 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang cerdik lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang bera...
Awak Tiga Kali Lewat Bulan Ini Bulan Depan Saya Tukarkan Punch Kad Awak Warna Lain Kisah Guru Besar Tiada Hati Perut

Awak Tiga Kali Lewat Bulan Ini Bulan Depan Saya Tukarkan Punch Kad Awak Warna Lain Kisah Guru Besar Tiada Hati Perut

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 333 hits
Masalah lambat datang kerja ni terjadi setiap daripada kita Bukan saja berlaku di sekeliling kita malah seluruh dunia Satu kajian dijalankan oleh Career Builder di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 16 pekerja akan datang lambat ke pejabat...
Luluh Hati Isteri Lihat Suami Kena Muay Thai

Luluh Hati Isteri Lihat Suami Kena Muay Thai

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 498 hits
INSIDEN pengadil dipukul ketika dalam satu perlawanan futsal FOTO Ihsan pembacaKuala Lumpur Tiada ribut dan angin secara tiba tiba seorang pengadil yang sedang mengendalikan perlawanan futsal di sebuah pusat sukan dekat Petaling Jaya Selang...
Dakwa Anak Cedera Ditampar Guru Ibu Bapa Buat Laporan Polis

Dakwa Anak Cedera Ditampar Guru Ibu Bapa Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 257 hits
KOTA BHARU Seorang murid lelaki tahun dua dipercayai mengalami pendarahan di kedua dua belah telinga dan cedera pada tisu lembut di bahagian muka selepas mendakwa dia ditampar berkali kali oleh seorang guru di sekolahnya pada Rabu lalu Keja...
Dua Bulan Tidak Ke Sekolah Ibu Dakwa Anak Trauma Dirotan Guru Disiplin

Dua Bulan Tidak Ke Sekolah Ibu Dakwa Anak Trauma Dirotan Guru Disiplin

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 372 hits
ESAN didakwa akibat dirotan pada salah satu kaki pelajar itu FOTO Harian MetroKuala Krai Pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa trauma dipercayai selepas dirotan oleh seorang guru disiplin pada Jun lalu ...
Hiburan Adam Shahz Berlembut Hati Isu Hak Penjagaan Anak Fatin Afeefa Punya Respon Hahaha Saya Pun

Hiburan Adam Shahz Berlembut Hati Isu Hak Penjagaan Anak Fatin Afeefa Punya Respon Hahaha Saya Pun

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 162 hits
Pelakon Adam Shahz memaklumkan dia dengan rela hati mahu mengakhiri sengketa dengan bekas isteri Fatin Afeefa soal hak penjagaan anak mereka Ivy Herra Sophia Kata aktor berusia 42 tahun itu dia enggan kes ini berlarutan kerana ia semestinya...
Ibu Bawa Anak Jumpa Pakar Psikiatri Pulih Trauma Dakwa Dipukul Guru Boleh Mental

Ibu Bawa Anak Jumpa Pakar Psikiatri Pulih Trauma Dakwa Dipukul Guru Boleh Mental

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 167 hits
Sejak semalam tular sebuah perkongsian daripada seorang ibu di laman Facebook mengenai anak perempuannya berusia 10 tahun trauma kerana dipukul oleh seorang guru Ibu mangsa dikenali Puan Amy Syaquena berkata dirinya tidak kisah sekiranya pa...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama