Luahan Penghuni Rumah Kontena Mana Rumah Kami Kami Manusia Bukan Binatang



BATU SAPI, 14 Sept – Mana rumah kami… kami sudah cukup tersiksa tinggal dalam kontena, kami bukan binatang, kami bukan pendatang asing, kami adalah pengundi di Negeri Sabah… itu adalah antara luahan mangsa kebakaran rumah di Kampung Gas, Batu Sapi. Sejak kediaman mereka terbakar pada tahun 2018, sehingga kini mereka tinggal dalam kontena iaitu penempatan sementara yang dijanjikan hanya enam bulan namun kini menjadi kediaman tetap mereka.

Bagi Jainah Mustafa, 53, kehidupan dalam kontena terlaku siksa namun kerana tiada pilihan mereka terpaksa telan segala keperitan.
“Terlalu siksa, kami tidak dihargai oleh kerajaan, Bayangkan keadaan kami, kami bukan pelarian, kami adalah pengundi, orang tempatan. Tolonglah bantu kami…
“Jangan pentingkan kami hanya masa undi, cari kami masa mahu undi, bila habis undi, senyap… buang kami begitu sahaja. Mana janji Warisan dulu? Warisan janji Sabah nak ubah tapi sekarang sudah dua tahun mana ada ubah apa-apa… muka pun tidak muncul, tidak tengok keadaan kami, kami bukan binatang mahu disimpan dalam kontena.
“Masa zaman UMNO dulu banyak mereka tolong kami, bila Warisan ambil alih, kami tidak dipeduli,” luah beliau dengan linangan air mata.

Farizah Al Waris 42, mencabar pemimpin kerajaan untuk cuba tinggal di rumah kontena ini malah dirinya yakin, mereka tidak akan sanggup untuk bertahan walaupun sehari.
“Kalau kerajaan tidak mampu buat rumah untuk kami, buatkan kami jambatan dan kami boleh buat rumah sendiri. Kerajaan cuma beri kayu dan zink, itu sudah cukup. Bukan kami mahu rumah besar, janji kami tidak tinggal di kontena ini lagi. Selagi tidak ada jambatan kami tidak boleh buat rumah. Kami sudah sukup tersiksa, dua tahun seperti kena panggang dalam oven.
“Tengoklah keadaan kontena ini… sangat tidak selesa, sangat panas. Ini janji mereka, katanya hanya enam bulan tapi sekarang sudah lebih dua tahun. Kami bukan pendatang asing, kami rakyat Sabah. Tolonglah bantulah kami,” ujar beliau.

Seorang lagi penghuni di rumah kontena, Amisah Baharon, 63, turut meluahkan betapa siksanya dua tahun terpaksa menetap di dalam rumah kontena.
“Kami sudah lama bertahan, sudah lama tunggu untuk rumah. Bukan kami minta rumah besar yang sempurna. Saya sudah tua… kalau mahu pergi tandas pun jauh di sini. Wakil rakayt telah lama berjanji mahu beri rumah, tapi sekarang jenguk kami pun sudah tidak ada.
“Kalau tidak mampu beri rumah, buatkan kami jambatan, itupun sudah cukup,” ujarnya.

Erni Larnain, 53, turut menyuarakan rasa kecewa dengan janji palsu kerajaan pimpinan Warisan.
“Kami sudah lama tunggu rumah… katanya peruntukan sudah ada untuk buat jambatan tapi kami tidak faham kenapa tidak buat. Kami ada simpan rakaman bukti yang mengatakan peruntukan sudah ada.
“Apa daya kami, mentang-mentang kami miskin… kalau mereka boleh merasa tinggal di sini… satu hari pun kami rasa mereka tidak sanggup,” luahnya.

Bagi Saharon Siman, 50, dirinya amat berharap kerajaan mampu untuk membina jambatan yang turut terbakar dahulu kerana jambatan tersebut mampu menyelesaikan masalah rumah mereka.
“Saya harap sangat kerajaan bantu kami, terlalu siksa kami di sini. Cubalah duduk di sini baru mereka tahu dan faham siksa kami,” ujarnya.

Awang Saidin Saharon, 55, hampir tidak mampu berkata-kata bagi meluahkan kekecewaannya dengan janji yang pernah dibuat oleh kerajaan untuk membantu mereka.
“Susah mahu cakap… terlalu siksa. Keadaan rumah amat teruk… tidak ada pemantauan. Janji Warisan hanya tinggal janji. Kalau boleh kami harapkan rumah, sekurang-kurangnya buatlah jambatan untuk mudah kami bina pondok,” ujarnya.

Seorang lagi penghuni kontena, Basarah Basah, 35, turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan pimpinan Warisan yang seakan tidak peduli dengan nasib mereka.
“Kalau tidak mampu buat rumah, buatlah kami jambatan. Janganlah janji tinggal janji, kasihanilah kami,” ujarnya.
Oleh: Azlina Rosdy


#Sumber :  UMNO Online  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/luahan-penghuni-rumah-kontena-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Di Tangerang Digebuki 15 Orang Karena Viralkan Rumah Kumuh Di Desanya

Warga Di Tangerang Digebuki 15 Orang Karena Viralkan Rumah Kumuh Di Desanya

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 219 hits
Gara gara viralkan sebuah rumah kumuh di desanya Ahmad Jazuli dipukuli belasan orang Diduga ada yang tak suka dengan aksi Jazuli tersebut Jazuli adalah warga Desa Parahu Kecamatan Sukamulya Kabupaten Tangerang Dia diduga jadi korban perseku...
10 Panduan Mudah Membeli Rumah Lelong Pertama No 5 Paling Penting

10 Panduan Mudah Membeli Rumah Lelong Pertama No 5 Paling Penting

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 270 hits
Tak semua proses membeli rumah itu sama Semua ni bergantung kat jenis pasaran rumah yang korang nak beli tu Kalau beli dalam pasaran subsale lain caranya Sama jugak kalau nak beli rumah under construction dan lelong Dan hari ni T
Kronologis Jazuli Dipersekusi Aparat Desa Karena Viralkan Rumah Kumuh

Kronologis Jazuli Dipersekusi Aparat Desa Karena Viralkan Rumah Kumuh

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 242 hits
Ahmad Jazuli dipersekusi aparat desa gara gara viralkan sebuah rumah kumuh di desanya sendiri Jazuli adalah warga Desa Parahu Kecamatan Sukamulya Kabupaten Tangerang Dia diduga jadi korban persekusi oleh oknum staf desa Ahmad Jazuli dipukul...
Kanak Kanak Main Basikal Maut Dilanggar Di Depan Rumah

Kanak Kanak Main Basikal Maut Dilanggar Di Depan Rumah

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 536 hits
KANAK KANAK perempuan maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya di Jalan Delima Kampung Cacar Baru Paka Dungun petang semalam Dalam kejadian jam 3 petang itu Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil 6 yang parah di bahagian...
Wawali Kota Bogor Sanksi Rumah Makan Langgar Protokol Covid 19 Denda Rp 3 Juta

Wawali Kota Bogor Sanksi Rumah Makan Langgar Protokol Covid 19 Denda Rp 3 Juta

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 227 hits
Untuk sektor usaha kisaran denda mulai dari Rp 1 000 000 sampai Rp10 000 000 dan untuk denda masker dari Rp50 000 sampai Rp250 000
Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Kata Ayah Yang Menusuk Di Hati

Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Kata Ayah Yang Menusuk Di Hati

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 505 hits
hai assalammualaikum Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Diah Tu la kata ayah bila aku nak balik KL haritu Masa Raya Haji haritu aku balik kampung duduk kampung selama seminggu Setiap kali aku balik memang aku akan sediakan sedikit wa...
Dua Rumah Musnah Terbakar

Dua Rumah Musnah Terbakar

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 250 hits
Zuliaty Zulkiffli DUA rumah di Kampung Seberang Nyonya di Alor Setar musnah dalam kebakaran hari ini Selain itu satu rumah lagi terbakar 10 peratus selepas api berjaya dipadamkan pasukan bomba dalam kejadian jam 1 20 pagi itu Penolong Penga...
Merdekakan Wanita Daripada Keganasan Rumah Tangga Fadhlina Siddiq

Merdekakan Wanita Daripada Keganasan Rumah Tangga Fadhlina Siddiq

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 304 hits
Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan selama 63 tahun golongan wanita masih belum merdeka dalam beberapa perkara Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN Fadhlina Siddiq berkata segelintir golongan wanita masih...
Pemohon Rumah Sewa Pa Ppr Diminta Kemas Kini Maklumat

Pemohon Rumah Sewa Pa Ppr Diminta Kemas Kini Maklumat

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 314 hits
M Update 2 9 2020 Orang ramai yang membuat permohonan rumah sewa Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat dari tahun 1998 hingga 2018 diminta mengemas kini maklumat permohonan secara dalam talian dalam tempoh tiga bulan bermula 1 Sept seh...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Immigration Officers Involved In Counter Setting Case Transferred Says Dg

Kerajaan Perkenal Undang Undang Lebih Tegas Tangani Buli Siber Kata Anwar

Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao