Lu Scam Salah Orang 10 Mangsa Jerat Scammer Dapat Balik Duit





Zeanaaima Mohd Yusof -June 5, 2022 
Shahrul Ashraf Sallehuddin menunjukkan laporan polis dibuatnya walaupun tidak berhasil mengesan scammer itu.PETALING JAYA: Seorang ‘scammer’ berputih mata selepas diberikan ‘checkmate’ oleh seorang pemuda yang ditipunya apabila terpaksa memulangkan wang kepada beliau dan sembilan mangsa lain.
Shahrul Ashraf Sallehuddin, 38, sedar betapa sukar menjejaki scammer apatah lagi mendapatkan balik wang daripada mereka.
Namun, beliau tidak putus asa sehingga berjaya mengesan scammer itu dan memaksanya memulangkan wang yang diambil daripadanya dan sembilan mangsa lain.
Scammer berkenaan menggunakan laman Facebook Issac Chooi untuk menawarkan penyaman udara terpakai dengan harga murah.
Tawaran itu menarik perhatian bapa kepada lima anak itu pada 25 Mei lepas, lalu menghubungi scammer tersebut untuk membeli penyaman udara berkenaan.
Shahrul bertindak memprovok scammer tersebut, sehingga berhasil mendapatkan semula duitnya.“Saya terlihat iklan penjualan penyaman udara air, jenama Sharp R32 1HP yang dijual dengan harga RM720. Bagi saya, harga tersebut munasabah. Saya hubungi ‘penjual’ dan membuat bayaran pendahuluan RM570.
“Pembayaran pendahuluan diterima atas nama syarikat dan ia tidak mendatangkan keraguan kepada saya. Malah saya terus mendapat invois daripada syarikat tersebut,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, selepas membuat bayaran, ‘penjual’ itu gagal dihubungi. Shahrul membuat laporan polis namun tidak berhasil mengesan scammer itu.
“Polis memberitahu saya, kalau kena scam macam ni, memang tuan (Shahrul) tidak akan dapat balik duit, sebab tidak ada tindakan selanjutnya (dari polis) melainkan tuan ke tribunal. Itu sahaja,” beritahu Shahrul.
Pereka grafik bebas itu, tidak berputus asa, malah nekad mendapatkan duitnya kembali. Dia mula menjejak pemilik akaun bank syarikat itu menerusi laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Bila kita dah dapat maklumat dari SSM, dengan mudah kita akan dapat nama, alamat serta nombor kad pengenalan pemilik syarikat tersebut,” beritahunya.
Berbekal butiran lengkap scammer itu, Shahrul terus menghubunginya di aplikasi Whatsapp.
“Saya mula provok scammer itu. Saya hantar salinan SSM dan kad pengenalan tersebut kepada scammer itu dan ugut untuk membuat laporan polis supaya akaun banknya dibekukan.
“Saya juga cakap ‘lu scam salah orang’,” katanya.
Senarai mangsa yang sudah mendapat balik duit mereka daripada scammer.Shahrul turut meninggalkan komen di laman Facebook Issac Chooi dengan catatan “SCAMMER ALERT. Siapa mahu (butiran) scammer ini, hubungi saya”.
Komen itu menarik perhatian sembilan lagi mangsa yang menerima nasib sama dengan Shahrul.
Mereka membuat kumpulan Whatsapp dan menghantar mesej amaran akan membuat laporan polis kepada scammer itu.
Dalam tidak disangka, seorang individu menghubungi Shahrul dan memberitahu dia adalah pemilik kepada akaun bank tersebut. Dakwanya, akaunnya disalahguna orang yang tidak dikenalinya.
“Pemilik akaun bank itu berkata dia akur untuk membayar semula semua wang kami, sebab takut lima akaun banknya (yang lain) akan dibeku.
“Pemilik akaun itu bersungguh-sungguh kata dia pun mangsa. Kami tak percaya tapi kami layan sahaja sebab kami nak balik duit kami.
“Dalam masa dua hari, pemilik akaun itu membayar balik duit kami yang berjumlah RM8,580. Dia beritahu kami setakat ini dia sudah rugi RM16,000, tetapi tidak memberikan butiran lain,” ceritanya.
Mesej penghargaan mangsa-mangsa lain kepada Shahrul kerana usahanya mendapatkan semula duit mereka.Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim pada Mac lepas memberitahu statistik mangsa scammer semakin meningkat.
Menurutnya, tahun lalu saja, sebanyak 4,360 kes dilaporkan dengan nilai kerugian berjumlah RM665 juta.
Shahrul akur bukan semua mangsa scammer berjaya mendapatkan semula duit mereka, justeru dia amat bersyukur namun berharap tindakan lebih proaktif dapat dilakukan pihak berkuasa.
“Sepatutnya tindakan membeku akaun patut diambil bila ada lebih daripada tiga laporan. Kalau akaun mencurigakan tidak ditutup cepat, scammer akan terus mencari mangsa untuk ditipu,” katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/lu-scam-salah-orang-10-mangsa-jerat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan I Terima Kalau You Datang Balik Syakilla Menangis Netizen Kata Fizi Ali Cepat Sangat Move On

Hiburan I Terima Kalau You Datang Balik Syakilla Menangis Netizen Kata Fizi Ali Cepat Sangat Move On

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 319 hits
Sedia maklum masjid yang dibina oleh pelakon Shakila Khoriri dan penyampai radio Fizi Ali tidak dapat bertahan lama setelah mereka mengumumkan penceraian setelah 4 tahun bersama Shakila atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri baru ...
Andai Kata Satu Hari Nanti Fizi Tak Gembira Dia Datang Balik Saya Terima Dia

Andai Kata Satu Hari Nanti Fizi Tak Gembira Dia Datang Balik Saya Terima Dia

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 195 hits
Meskipun sudah berpisah pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya penyampai radio Fizi Ali masih menjalin hubungan baik demi anak tunggal mereka Ameena Sofia Baru baru ini tular video dikongsikan di aplikasi TikTok luahan Shakilla mengena...
Ptptn Terima Rm1 9 Bilion Bayaran Balik

Ptptn Terima Rm1 9 Bilion Bayaran Balik

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 230 hits
PETALING JAYA Sebanyak RM1 9 bilion bayaran balik telah diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi tempoh enam bulan bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022 Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata ...
Hiburan Senang Je Cari Duit Pelajar Berkeras Nak Berhenti Sekolah Terlalu Ketagih Main Game Amp Internet

Hiburan Senang Je Cari Duit Pelajar Berkeras Nak Berhenti Sekolah Terlalu Ketagih Main Game Amp Internet

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 197 hits
Akibat ketagih kepada penggunaan internet kanak kanak yang dikenali sebagai Yang 12 nekad untuk tidak pergi ke sekolah Memetik laporan Harian Metro kejadian yang berlaku di Beijing itu mengisahkan tentang Yang yang malas untuk pergi ke seko...
Nadzmi Adhwa Ded4h Isteri Tak Boleh Tengok Orang Susah Keluar Duit Poket Rm10 000 Bantu M4ngsa B4njir

Nadzmi Adhwa Ded4h Isteri Tak Boleh Tengok Orang Susah Keluar Duit Poket Rm10 000 Bantu M4ngsa B4njir

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 277 hits
TIADA perasaan ragu ragu memberi bantuan pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya iaitu aktres Ardell Aryana pernah berhabis RM10 000 daripada wang simpanannya untuk bantu keluarga m4ngsa banjir Aktif dalam misi bantuan di Malaysia dan lu...
Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 293 hits
Ini kedai saya saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka nbsp Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan in...
Ciak Macai Dapat Beeapa Duit

Ciak Macai Dapat Beeapa Duit

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 199 hits
Kesian yang memuja dengan BOSSKU BOSSKU KAH KAH KAH
Wanita Terkilan Dimaki Pemilik Kedai Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Di Kedai

Wanita Terkilan Dimaki Pemilik Kedai Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Di Kedai

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 317 hits
Sejak kecil lagi setiap orang diajar untuk saling menghormati sesama manusia tanpa mengira latar belakang seseorang Namun tidak semua orang masih mengamalnya pada hari ini terutama dari gaya pertuturan sehingga terguris perasaan seseorang A...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them