Loya Muntah Muntah Rasa Pergerakan Janin Bila Scan Kosong Ini Puncanya
Kehamilan adalah tempoh yang sangat menakjubkan bagi pasangan-pasangan yang merancang untuk memiliki anak. Anda mungkin sedar anda sedang hamil apabila anda mula sedar tentang perubahan pada tubuh.
Bagaimanapun, mempunyai simptom kehamilan bukanlah semestinya anda sedang hamil. Kadangkala anda merasa diri sedang hamil tetapi sebenarnya tidak. Mengapa? Rujuk jawapannya dibawah.
Apa yang menyebabkan kehamilan palsu?
Kehamilan palsu adalah kes yang jarang berlaku bagi lelaki atau wanita (Terkejut? Ia juga boleh muncul pada lelaki – yang sepatutnya tidak boleh hamil). Sebab yang tepat untuk kehamilan palsu adalah tidak diketahui. Tetapi doktor dan saintis beranggapan, situasi tertentu seperti trauma atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh boleh menyebabkan keadaan ini. Badan menyangkakan terdapat bayi dalam kandungan.
Kehamilan palsu boleh berlaku jika anda benar-benar inginkan zuriat kerana masalah ketidaksuburan, keguguran yang berulang-ulang, kehilangan anak, menopause yang bakal berlaku, masalah mental, atau keinginan untuk berumah tangga. Dalam sebahagian kes, anda mengesan beberapa simptom seperti payudara yang sakit dan membengkak atau perut membengkak. Otak anda akan menafsirkan bahawa anda sedang hamil. Hormon-hormon tertentu akan dirembes, menyebabkan berlakunya simptom-simptom kehamilan.
Keadaan perubatan tertentu jugaboleh menyebabkan kehamilan palsu berlaku. Ini termasuklah ketumbuhan di ovari atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh. Sesetengah wanita yang menghampiri menopaus akan mengalami masalah depresi, membuatkan mereka merasakan sedang hamil.
Sesetengah saintis menegaskan gangguan seksual, kemiskinan, kurang pendidikan, atau masalah dalam hubungan boleh juga menjadi punca kehamilan palsu.
Apakah simptom kehamilan palsu?
Anda mungkin berfikir anda sedang hamil kerana anda mengalami simptom-simptom kehamilan. Tetapi apabila ianya adalah kehamilan palsu, bayi tidak wujud. Simptom-simptom kehamilan palsu termasuklah:
-Perubahan kitaran haid. Anda mungkin terlepas satu kitaran haid atau lebih.
-Perut membengkak
-Perubahan pada rambut dan kulit. Kulit mungkin menjadi kering dan kasar.
-Penambahan berat badan. Anda mungkin bertambah berat badan walaupun mengambil makanan yang sama banyak seperti sebelumnya.
-Kerap membuang air kecil.
-Payudara membengkak, sakit dan lembik.
-Merasai pergerakan janin.
-Loya dan muntah-muntah. Simptom mungkin menjadi lebih teruk di waktu pagi ketika bangun dari tidur.
Simptom-simptom ini mungkin dirasai dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan atau mungkin juga bertahun-tahun. Dalam kes-kes tertentu, sebahagian wanita turut merasai kesakitan seperti melahirkan anak. Satu-satunya cara untuk mengetahui sekiranya anda sedang menghadapi kehamilan palsu adalah dengan melakukan ujian oleh pakar perubatan. Sekiranya anda tidak hamil, mungkin doktor akan memberi nasihat berkenaan kesihatan mental.
Kehamilan palsu adalah keadaan yang agak pelik yang boleh mengganggu emosi dan kesihatan mental anda. Jadi, sekiranya anda sedar akan perubahan pada tubuh, sila dapatkan nasihat pakar perubatan dengan kadar segera.
Sumber: Hello Doktor
The post Loya & Muntah-Muntah, Rasa Pergerakan Janin Bila Scan Kosong? Ini Puncanya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/loya-muntah-muntah-rasa-pergerakan-janin-bila-scan-kosong-ini-puncanya/