Lovina Clinic Klinik Hibrid 2 Dalam 1 Patuh Syariah


Dewasa kini, terdapat banyak Klinik-klinik Estetik tumbuh bagai cendawan namun bukan semuanya mematuhi syariah dan kebanyakan klinik Estetik ini dipelopori oleh kaum bukan Islam. Disini Cik iena ingin kongsikan kepada anda semua mengenai Klinik Estetik yang patuh Syariah iaitu Lovina Clinic.




Untuk pengetahuan Lovina Clinic juga bukan sekadar Klinik Estetik malahan mereka juga menawarkan perkhidmatan perubatan am di bawah satu bumbung. Berikut Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Klinik ini.


Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah
Konsep klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah julung kali dipelopori  Lovina Clinic
Cetusan idea gabungan mantap klinik perubatan am dan rawatan kulit muka di Lovina Clinic memberi nafas segar dalam industri perubatan dan semestinya menarik perhatian ramai pengikut
arus semasa dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan.


Lovina Clinic - klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah
Klinik ini bertapak di Wangsa Melawati,ia merupakan sebuah klinik hibrid milik Syarikat HND Wellness Sdn Bhd. Lovina Clinic ini juga memberikan khidmat kelas pertama terhadap penjagaan
kesihatan rutin, rawatan pelbagai masalah penyakit, teknologi terkini dalam perubatan kulit wajah dan perkhidmatan rundingan perubatan.


Mejar (B) Dr. Hamidah Mohd Salleh, selaku Pengarah HND Wellness Sdn Bhd,  berkata Lovina Clinic merupakan klinik patuh syariah pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perubatan am dan rawatan kulit muka di bawah satu bumbung.

Dari kiri, Cik iena, Dr. Hamidah, Dr.Nur Hidayah, Dilla dan Hizami

“Latar belakang sebagai doktor tentera membina personaliti saya yang berjiwa patriot dan sukakan cabaran bukan sahaja sebagai doktor tetapi juga pegawai tentera. Sebagai wanita pula, saya menitikberatkan kesihatan kulit dan sering mengunjungi pusat kecantikan, tetapi rawatan kulit muka
berasaskan klinikal sukar didapati. Rawatan sedia ada pula mahal dan rata- ratanya dipelopori golongan bukan Islam. Berkat sokongan suami, Lovina Clinic dibuka setelah saya melanjutkan pengajian dalam rawatan kulit muka klinikal” ujar beliau.

“Masyarakat masih kurang kefahaman terhadap perubatan rawatan kulit muka kerana sering dikatakan tidak patuh syariah dan kononnya menyerupai pembedahan plastik yang memudaratkan. Bidang ini mempunyai pasaran yang besar khususnya pelanggan wanita Muslimah berkarier yang meminati rawatan kecantikan berasaskan klinikal dan mesra pengguna muslim,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.



 
Beliau juga berkata, matlamat Lovina Clinic adalah menjadi pusat sehenti perkhidmatan perubatan yang mengamalkan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh serta dilengkapi peralatan moden. Selain daripada perubatan am dan rawatan kulit wajah, Lovina Clinic juga turut menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta program pengurusan berat badan dengan pakej dan harga yang amat berpatutan.



 Sepetang Bersama Lovina Clinic Dan Blogger

Semasa sesi bersama Blogger dan Lovina Clinic ini juga Cik iena dan Dilla berpeluang untuk Cek gula dalam  darah dan juga tekanan darah tinggi manakala Hizami berpeluang untuk scan buah pinggang dan juga hati.






Bagi Cik iena cek gula dalam darah dan tekanan darah tu biasa. Sama seperti klinik lain cuma disini Doktornya sangat peramah dan gemar bercerita. Bagi yang ada rasa gementar tu mungkin boleh hilang rasa gementar bila Doktor berborak dengan kita.

Untuk scan buah pinggang dan hati, ini merupakan pengalaman pertama Cik iena lihat depan mata. Cik iena lihat ya bukan pengalaman atas diri Cik iena. Untuk sesi ni Hizami yang buat Scan buah pinggang dan hati. Yelah kalau nak cuba dekat perempuan nanti malu lah terselak-selak bajunya kan.




Cik iena ada kongsikan sedikit video semasa Hizami sedang di scan oleh Doktor dalam video di bawah. Cik iena juga ada selitkan sedikit perkongsian dari  Dr. Hamidah dan Dr.Nur Hidayah .










Untuk Maklumat LanjutInstagram : https://www.instagram.com/lovinaclinic/
Facebook : https://web.facebook.com/lovinaclinic/
Website :  https://lovinaclinic.com/
Whatsapp : 601156739627

Alamat : No. 6, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2019/11/lovina-clinic-klinik-hibrid-2-dalam-1-patuh-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Sukan Pahang Galak Atlet Berpakaian Patuh Syariah

Majlis Sukan Pahang Galak Atlet Berpakaian Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Majlis Sukan Pahang sentiasa menggalakkan setiap atlet yang beragama Islam mengikut kaedah pemakaian yang bersesuaian dan patuh syariah Exco Sumber Manusia Belia Sukan Dan Badan Badan Bukan Kerajaan Datuk Seri Mohd Johari Hussain be...
Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 323 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Hal Unik Dari Peminjaman Uang Secara Syariah

Hal Unik Dari Peminjaman Uang Secara Syariah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 275 hits
Ada dua sistem yang umum digunakan dalam meminjam uang yakni konvensional dan syariah Keduanya sama sama disediakan oleh pihak bank dan memungkinkan siapapun untuk menggunakan jasanya Kredit syariah misalnya saat ini tengah diminati oleh pa...
1 Lagi Lapisan Mahkamah Syariah Perlu Wujud Kata Ketua Hakim Syarie

1 Lagi Lapisan Mahkamah Syariah Perlu Wujud Kata Ketua Hakim Syarie

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 176 hits
MELAKA Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan di negara ini bagi memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan baik sekali gus memperkukuh bidang kuasa institusi perundangan Islam itu pada masa depan Ketua Hakim Syarie Jabatan...
Wapres Ma Ruf Amin Ekonomi Syariah Bentuk Kiai Bisa Jadi Bankir

Wapres Ma Ruf Amin Ekonomi Syariah Bentuk Kiai Bisa Jadi Bankir

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 169 hits
Ekonomi syariah kata dia bukan saja dikembangkan dalam perguruan tinggi tetapi dalam pesantren juga bisa mempelajari ekonomi syariah Dengan adanya ekonomi syariah bisa melahirkan para kiai bankir
Smf Siapkan Penerbitan Efek Beragun Aset Syariah

Smf Siapkan Penerbitan Efek Beragun Aset Syariah

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 143 hits
Direktur PT Sarana Multigriya Finance Heliantopo mengatakan pihaknya tengah menyiapkan penerbitan Efek Beragun Aset Surat Partisipasi Syariah yang akan memanfaatkan kredit pemilikan rumah berbasis syariah
Perusahaan Fintech Syariah Ini Dapat Pendanaan Dari 4 Empat Investor

Perusahaan Fintech Syariah Ini Dapat Pendanaan Dari 4 Empat Investor

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 153 hits
Perusahaan fintech peer to peer financing syariah ALAMI belum lama ini mengumumkan mendapatkan pendanaan dengan empat investor berskala multinasional
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024