Lontong Tumis Cara Saya
Kekny adalah peminat lontong! Walaupun berdarah utara, dan bukanlah dari Johor hehehe. Alah masakan Malaysia ni tak kira lah negeri apa asalkan sesuai selera kita kan. Kekny sukakan lontong yang kuahnya tak terlalu pekat. Kemudian mesti ada sambal sotong kering (hanya sambal sotong sahaja yang Kekny suka) dan wajib ada kuah kacang juga. Kekny punya lontong adalah style tumis. Jadilah lontong tumis cara Eny Abdullah
Kalau bahan lontong tu Kekny suka letak udang basah yang siap dibuang kulitnya. Dan bahan wajib ada ialah foocuk, tempe, tauhu, sengkuang (kuah lebih manis jika letak sengkuang). Ini yang wajib letak. Kalau bahan sayur lain tu kadang tak kisah mana ada letak je
Bila dah letak sambal tumis sotong dan kuah kacang, gaul rata rata dengan kuah lemak atau kuah lodeh tu jadi sedaaapp sangat! Paling suka hirupkuah lontong tu manis je rasa sebab kita letak sengkuang. Makan dengan nasi himpit segera je. Kalau yang mana rajin boleh la buat lontong sendiri ya
Resepi Lontong TumisBahan-bahan 1 paket ketupat nasi mini direbus dengan sedikit garam500ml santan pekat3 ketul tempe dipotong2 bungkus fucuk direndam lembut dan dipotong pendekSuun secukupnya direndam lembutSeparuh kecik sengkuang dipotong panjang halus¼ bahagian kubis dipotong nipis 2 batang lobak merah dipotong memanjangKacang panjang dipotong pendek1 mangkuk besar udang dibuang kulit2 ulas bawang besar dibelah 82 biji cili merah dihiris nipis2 sudu besar chilli flakessedikit minyak untuk tumisGaram dan gula secukup rasa
Bahan kisar atau tumbuk3 sudu besar udang kering4 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 inci lengkuassedikit halia
Cara penyediaan
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi baunya
Kemudian masukkan bahan sayur beserta santan
Masak sambil kacau dan biarkan sehingga mendidih dan lembut sayurnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Hidangkan bersama ketupat nasi, nasi himpit bersama serunding atau kuah kacang. Saya suka tambah sambal sotong kering
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.enyabdullah.com/2020/09/lontong-tumis-cara-saya.html