Lokman Saya Dipanggil Ke Bukit Aman Esok



Esok, 3 Sept 2019, jam 11.00 pagi di Pintu Masuk Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman – Bertentangan Parking Bertingkat), saya akan mengadakan Sidang Media sebelum memberi keterangan berhubung Laporan Forensik Video oleh Pakar United Kingdom di Bukit Aman. Laporan tersebut telah saya serahkan melalui whatapp kepada Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan telah disahkan penerimaannya oleh pihak PDRM hari ini.
Saya tidak pasti apa yang mereka mahu dari saya lagi, namun saya berharap kertas siasatan yang diumumkan telah diserahkan oleh pihak Polis kepada Jabatan Peguam Negara adalah untuk tujuan pendakwaan keatas pelaku Video Seks Luar Tabii tersebut iaitu Azmin dan Haziq. Jika ini berlaku, saya akan mengugurkan nama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador sebagai salah seorang defenden dalam saman saya.
Namun, jika kertas siasatan yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara hanya tertumpu kepada siasatan keatas pihak yang melapor jenayah Azmin atau pihak yang cuba mencari kebenaran dengan mendapatkan khidmat Pakar Forensik Negara lain, tindakan undang-undang terhadap KPN dan Peguam Negara akan tetap Peguam saya, Fazila & Logen teruskan. Sekian, semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes inj. Terima kasih.
Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
*****************************************************************
Lokman dipanggil ke Bukit Aman esok (Utusan) – Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam antara disiasat kes penularan video seks mirip seorang menteri Kabinet dan kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga telah menerima beberapa arahan lanjut dari pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
“Pihak polis juga menerima satu laporan analisis video oleh Verden Forensics United Kingdom daripada Datuk Lokman Noor Adam.
“Laporan itu sudah dihantar ke Siber Sekuriti Malaysia untuk diteliti manakala Lokman akan dipanggil semula untuk rakaman percakapan lanjut esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Huzir, sejak 11 Jun lalu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sudah menjalankan siasatan ke atas beberapa kes menarik perhatian di negara ini.
Menurutnya, isu pertama membabitkan video di dalam kumpulan WhatsApp ‘Jemputan raya Azmin’ yang tular dalam laman sosial, kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998.
Selain itu, isu pemilik akaun Facebook Sir Azri yang mempertikaikan kes arwah Syed Mohamad Daniel pula kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998.
“Pemilik akaun Facebook Papagomo atau lebih dikenali sebagai Wan Azri Wan Deris sudah dipanggil memberi keterangan dan polis menunggu laporan analisis digital ke atas barang kes sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara,” ujarnya.
Katanya, isu pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik yang mendakwa bangsa India di Malaysia tidak menyokong Perdana Menteri pula disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
“Zakir dan beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara serta masih menunggu keputusan serta arahan lanjut.
“Manakala isu Tun Dr, Mahathir Mohamad yang didakwa menyifatkan Dong Zong sebagai rasis turut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurut Huzir, keterangan daripada Setiausaha dan Pengerusi Dong Zong serta Timbalan Menteri Pendidikan sudah diambil dan kes akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapat nasihat dan arahan lanjut.
“Isu Blogger Koon Yew Yin yang memberi komen negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1988.
“Rakaman percakapan beliau sudah diambil dan rampasan ke atas beberapa peralatan digital yang digunakan sudah dibuat di mana kes masih dalam siasatan dan menunggu laporan profiling dan laporan analisis digital daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” jelasnya.
Ujarnya, isu Dr. Zakir Naik yang didakwa meminta agar kaum Cina keluar dari Malaysia pula disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang mana beliau bersama beberapa saksi dipanggil memberi keterangan.
“Kertas siasatan sudah ditaklimatkan kepada Pejabat Peguam Negara dan polis masih menunggu keputusan dan arahan lanjut.
“Sementara itu, isu lima individu membuat kenyataan menyebabkan keresahan dan kemarahan orang ramai terhadap Zakir pula disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” tambahnya.
Huzir menjelaskan, beberapa saksi sudah dipanggil memberi keterangan dan kes dirujuk ke Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.
“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” tegasnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/02/lokman-saya-dipanggil-ke-bukit-aman-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Aman Police Superintendent Nabbed For Drug Abuse

Bukit Aman Police Superintendent Nabbed For Drug Abuse

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 224 hits
NILAI A police superintendent is the highest ranking officer caught for drug abuse during operations conducted in police contingents nationwide says Bukit Aman Narcotics chief Datuk Mohd Khalil Kader Mohd He said the senior officer was amon...
Dr Zakir Naik Ke Bukit Aman Lagi

Dr Zakir Naik Ke Bukit Aman Lagi

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 216 hits
Polis akan menyambung semula proses merakam percakapan penceramah bebas Dr Zakir Naik pada jam tiga petang ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata penceramah terkenal itu dipanggil berhubung dua kenyataa...
Sekolah Di Kuching Sri Aman Ditutup Esok Jika Bacaan Ipu Terus Kritikal

Sekolah Di Kuching Sri Aman Ditutup Esok Jika Bacaan Ipu Terus Kritikal

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 273 hits
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata sekolah di Kuching dan Sri Aman boleh ditutup esok sekiranya bacaan IPU terus kritikal serta memudaratkan pelajar Penutupan itu selaras Surat Siaran Kementerian Pendidikan Ma...
Ysuku Diubah Suai Tanpa Kebenaran Boleh Disita Bukit Aman

Ysuku Diubah Suai Tanpa Kebenaran Boleh Disita Bukit Aman

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 389 hits
Polis memberi amaran kepada penunggang motosikal terutama jenis Yamaha 15ZR atau Ysuku untuk tidak mengubahsuai motosikal tanpa kebenaran kerana ia menyalahi undang undang Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit A...
Kes 1mdb Najib Ditangguh Zakir Naik Ke Bukit Aman Tiga Beranak Rentung

Kes 1mdb Najib Ditangguh Zakir Naik Ke Bukit Aman Tiga Beranak Rentung

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 268 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bukit Aman Confirms Paul Yong Will Be Charged With Rape

Bukit Aman Confirms Paul Yong Will Be Charged With Rape

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 268 hits
Perak executive council member Paul Yong Choo Kiong who was alleged to have raped his Indonesian maid will be charged on Friday Bukit Aman CID director Comm Datuk Huzir Mohamed confirmed that the Tronoh state assemblyman would be charged at...
Zakir Back In Bukit Aman Over Police Report He Lodged

Zakir Back In Bukit Aman Over Police Report He Lodged

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 204 hits
Controversial preacher Dr Zakir Naik is back Zakir and his lawyer entered the Bukit Aman compound at around 3 38pm on Thursday over a report filed at the Section 7 police station in Shah Alam on Aug 16 The police report was to enable the la...
Polis Terima Analisis Forensik Video Uk Lokman Adam Beri Keterangan Esok

Polis Terima Analisis Forensik Video Uk Lokman Adam Beri Keterangan Esok

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 273 hits
Polis akan memanggil semula ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam esok bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir M...
Naik To Return To Bukit Aman Over Reports Against Dap Leaders Ex Envoy

Naik To Return To Bukit Aman Over Reports Against Dap Leaders Ex Envoy

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR Indian preacher Dr Zakir Naik is expected to return to Bukit Aman within the next two days to have his statement recorded following his report against five individuals including a minister His lawyer Akberdin Abdul Kader said t...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia Hanya Kerana Akak Hidup Lagi Dik Baru 5 Hari Kau Dah Arwah Kan Akak

Dua Kali Ditangkap Khalwat Janda Anak Satu Jadi Wanita Pertama Kena Hukuman Sebat Di Terengganu

209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2