Lokman Jangan Merepek Papagomo
KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dinasihatkan supaya tidak mengelurkan kenyataan “merepek” berkaitan cadangan melantik bekas presiden Umno Najib Razak sebagai ketua umum parti itu.
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo berkata Umno tidak perlu meniru parti-parti lain yang mempunyai jawatan tertinggi selain presiden sebagai pemimpin Umno.
Selain itu katanya, ia bagi mengelak kenyataan bercanggah melibatkan pimpinan parti.
“Cakap pada Lokman jangan merepek sebab kalau PAS ada murshidul am, PKR ada ketua umum. Umno ini dari dulu hanya ada presiden parti, cukup.
“Kita tak mahu ada arahan bercanggah. Tak perlu ketua umum, tak perlu tiru parti lain,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Muhammad Azri juga berkata Najib perlu memberi fokus kepada kes-kes yang dihadapinya tanpa memegang apa-apa jawatan dalam parti.
“Pada saya beliau perlu bantu Umno tapi tak perlu jadi ketua umum atau majlis penasihat.
“Sebagai contoh kalau, kalau (Timbalan Presiden Umno) Mohamad Hasan perlu sesuatu nasihat jadi dia kena mengadap. Macam Najib mengadap Dr Mahathir Mohamad dulu. Boleh kata sebulan sekali. Itulah dia cara kepimpinan Umno sebelum ini,” katanya.
Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan bagi menangani masalah lompat parti yang melanda parti mereka.
Susulan itu, Lokman hari ini mencadangkan agar Najib dilantik sebagai ketua pembangkang dan ketua umum Umno, yang kemudian mendapat kritikan termasuk daripada Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Najib melalui kenyataan di Facebooknya hari ini berkata beliau tidak berhasrat untuk menjadi ketua umum parti itu.
The post Lokman Jangan Merepek – Papagomo appeared first on MySuara.Net.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mysuara.net/berita/lokman-jangan-merepek-papagomo/