Lokman Adam Didakwa Dua Pertuduhan Sebar Berita Palsu



(Malaysiakini) – Bekas ahli majlis tertinggi (MT) Umno Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai vaksin dan virus Covid-19, pada April dan Mei lalu.
Ia sehari selepas dia diterima semula menyertai Umno.
Lokman, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lokman didakwa menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran virus Covid-19 dan kematian seorang pegawai polis yang dikaitkan dengan vaksin.
Penyebaran itu melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil “Lokman Adam” itu dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang didakwa dilakukan pada 10.55 malam, 3 Mei dan 10.38 malam, 9 April lepas.
Dua rakaman itu kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada 4.40 petang, 9 Mei dan 8.55 malam, 11 April.
Mengulas pertuduhan itu, Lokman melalui satu kenyataan media berkata, dia agak terkilan bila mendengar pertuduhan berkenaan kerana videonya sekadar merayu agar kerajaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memberikan pampasan kepada keluarga arwah ACP Shariman, Ketua Cawangan Khas PDRM Pahang.
“Lebih menyedihkan bahawa, saya telah menyebut dengan jelas bahawa ‘walaupun hospital mengisytihar punca kematian adalah kerana sakit jantung’, saya merayu agar keluarga arwah diberikan pampasan memandang arwah meninggal selepas mengambil suntikan dan pada ketika itu, tidak ramai yang meninggal dunia selepas mengambil suntikan.
“Untuk tuduhan kedua saya telah didakwa kerana saya mempertikai bagaimana kerajaan Mahiaddin (Perikatan Nasional) yang menjanjikan bahawa pelawat dari India yang ketika itu berhadapan dengan varian baru, tidak akan dibenarkan masuk dalam negara ini,” katanya.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport OKS diserahkan kepada mahkamah.
“Pihak kami memohon untuk penyerahan pasport OKS kerana kawasan Lembah Klang akan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kemungkinan sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi,” katanya.
Peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman memohon jaminan rendah serta pasport anak guamnya tidak ditahan atas alasan sempadan negara masih belum dibuka.
“Anak guam saya kini tidak bekerja dan membantu isterinya menjual sate selain masih menanggung 11 orang anak mereka,” kata Logen.
Mahkamah kemudian membenarkan Lokman diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov depan untuk sebutan semula kes.
Mengulas lanjut, Lokman mendakwa pertuduhan yang dihadapinya itu adalah pendakwaan terpilih sebagaimana yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin Umno di bawah pentadbiran Muhyiddin sebelum ini.
“Sudah tiba masanya (Perdana Menteri) Ismail Sabri (Yaakob) mempertimbangkan dengan semasak-masaknya agar Idrus (Harun) dan manusia seperti Sabin (Samitah), CEO LHDN (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang menggunakan kedudukan mereka untuk mendera orang Umno dilepaskan dari jawatan yang membolehkan mereka menyalahgunakan kuasa yang ada.
“Apapun tindakan yang saya terima, ia tidak sedikitpun akan melemahkan semangat saya untuk membela nasib rakyat,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/01/lokman-adam-didakwa-dua-pertuduhan-sebar-berita-palsu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Adam Diterima Semula Sebagai Ahli Umno

Lokman Adam Diterima Semula Sebagai Ahli Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 354 hits
BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam yang dibuang daripada parti pada Februari tahun lalu diterima semula sebagai ahli Umno Perkara itu disahkan Lokman menerusi kenyataan hari ini yang memaklumkan beliau telah dihub...
Pandora Papers Dua Ahli Politik Malaysia Didakwa Miliki Akaun Luar Pesisir

Pandora Papers Dua Ahli Politik Malaysia Didakwa Miliki Akaun Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 419 hits
BERATUS pemimpin dunia ahli politik hartawan selebriti pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lepas Ini didedahkan menerusi 12 juta ...
Guru Didakwa 32 Pertuduhan Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar Lelaki

Guru Didakwa 32 Pertuduhan Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar Lelaki

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 297 hits
TELUK INTAN 17 Sept Seorang guru sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sejak Julai hingga September tahun lepas M...
Berita Palsu Dua Pelajar Smk Tasek Damai Meninggal Dunia Akibat Vaksin Covid 19 Tidak Benar

Berita Palsu Dua Pelajar Smk Tasek Damai Meninggal Dunia Akibat Vaksin Covid 19 Tidak Benar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 453 hits
Assalamualaikum semuaAku ada terbaca satu berita tentang ada pelajar yang meninggal dunia akibat vaksin covid 19 Saja nak cari pengesahan aku google la berita ni Ternyata tak betul ya Aku kongsikan petikan berita dari Astro Awani Mior Farid...
Jemputan Kepada Lokman Noor Adam Untuk Debat Tentang Kegagalan Kerajaan

Jemputan Kepada Lokman Noor Adam Untuk Debat Tentang Kegagalan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 167 hits
Tajuk Kegagalan Dasar Ekonomi Baru 50 tahun di bawah Umno Muqadimah DEB dilancarkan pada tahun 1970 Matlamat utama adalah untuk membantu kaum Bumiputera mencapai sasaran sebanyak 30 dari pegangan korporat Malaysia dalam tempoh 20 tahun Kini...
Pakar Masih Diskusikan Pemberian Dua Dosis Vaksin Johnson Dan Johnson

Pakar Masih Diskusikan Pemberian Dua Dosis Vaksin Johnson Dan Johnson

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 264 hits
Tjandra mengatakan pada pertemuan sejumlah pakar vaksin internasional yang berlangsung Selasa malam dibicarakan sejumlah hasil penelitian tentang pemberian dua dosis vaksin Johnson dan Johnson
Dua Dekad Perjuangan Reformasi

Dua Dekad Perjuangan Reformasi

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 251 hits
RENCANA KHAS Inilah penggerak ReformasiSEMALAM genap 20 tahun gerakan dan perjuangan Reformasi cambah menunas dan merimbun di negara ini Perjuangan itu meletus dan tumbuh ekoran insiden yang menimpa Anwar Ibrahim Mungkin tanpa pemecatan Anw...
Sesuatu Yang Besar Akan Berlaku Sehari Dua Ini

Sesuatu Yang Besar Akan Berlaku Sehari Dua Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 240 hits
Malaysiakini Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung berkata sesuatu yang besar bakal berlaku dalam tempoh sehari dua ini Dia berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual melibatk...
Pengarah Fast Furious 10 11 Dedah Filem Tersebut Ialah Satu Filem Yang Dibahagi Dua

Pengarah Fast Furious 10 11 Dedah Filem Tersebut Ialah Satu Filem Yang Dibahagi Dua

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 301 hits
Pengarah filem Fast Furious Justin Lin mendedahkan yang Fast Furious 10 dan 11 akan mempunyai kisah yang sama tetapi diceritakan dalam dua bahagian filem Dalam ertikata ringkasnya Fast Furious 10 ialah bab pertama dan Fast Furious 11 ialah ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting