Login Myassist Imsme Cara Daftar Permohonan Semakan Status Pembiayaan Pinjaman Pks
LOGIN MyASSIST imSME:CARA DAFTAR PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PEMBIAYAAN/PINJAMAN PKS
Kini, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh menarik nafas lega apabila sudah ada satu platform pertama seumpamanya di Malaysia untuk membolehkan PKS merujuk bagi mendapatkan pembiayaan/pinjaman terbaik. Platform yang dimaksudkan adalah imSME. Portal yang membantu golongan PKS mendapatkan pembiayaan/pinjaman dengan tepat.
Jangan lepaskan peluang kepada semua PKS di Malaysia, ikuti cara daftar permohonan dan semakan status pembiayaan/pinjaman melalui login MyASSIST MSME.
APAKAH imSME?
Perkataan ‘mSME’ dalam imSME merujuk kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana yang dikenali sebagai PKS. imSME adalah platform rujukan pembiayaan/pinjaman PKS yang pertama di Malaysia oleh CGC. imSME mensasarkan golongan PKS Malaysia didalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor lain mengikut kreatiria yang telah ditetapkan.
Jadi, dengan menggunakan platform imSME, PKS dapat mencari pembiayaan/pinjaman oleh bank-bank panel dengan mudah dan selesa, mengakses informasi mengenai pilihan pembiayaan/pinjaman terkini dengan pantas, pada bila-bila masa dan di mana sahaja (24/7) dan Memohon pembiayaan/pinjaman daripada platform tunggal. Jangan risau, imSME disokong penuh oleh Bank Negara. Berikut adalah cara daftar permohonan dan semakan status pembiayaan / pinjaman PKS.
CARA DAFTAR PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PEMBIAYAAN/ PINJAMAN PKS
Jika anda sudah faham kefungsian yang dijalankan oleh imSME, berikut adalah cara daftar permohonan dan semakan status pembiayaan/pinjaman PKS akan tetapi anda haruslah mempunyai login akaun imSME terlebih dahulu di https://imsme.com.my/JACCESS/portal/
CARA LOGIN MyASSIST imSME
Tujuan anda mempuanyai akaun imSME adalah unyuk membolehkan membuat semakan status pilihan anda. Akaun imSME juga membolehkan pihak bank dan agensi menghubungi anda bagi langkah seterusnya. Berikut adalah cara register akaun imSME :
Layari portal https://imsme.com.my/JACCESS/portal/
Untuk penguna baru klik pada butang daftar sekarang yang tertera.
Langkah pertama, Butiran Perniagaan. Pada butiran perniagaan sila lengkapkan butiran berikut :
Jenis Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan didaftarkan di Sabah/Sarawak
Nombor Pendaftaran Perniagaan (seperti yang didaftar bersama SSM)
Nama Perniagaan (seperti yang didaftark bersama SSM atau Majlis Perbandaran Tempatan)
Alamat perniagaan
Kemudian anda isikan pada Butiran Pemohon seperti yang diminta :
Nama Penuh (mengikut Kad Pengenalan Baru)
Nombor Kad Pengenalan Baru
Nombor Telefon Mudah Alih
Emel
Isikan pula pada bahagian Butiran Log Masuk, masukkan :
Nama Pengguna
Kata Laluan
Pengesahan Kata Laluan
Lengkapkan mengenai Butiran imSME :
Bagaimana anda tahu mengenai imSME?
Kesemua butiran adalah perlu dilengkapkan.
Pada kotak terma dan syarat, klik untuk menyatakan tanda persetujuan. Klik pada butang daftar dan pendaftaran anda selesai.
PERMOHONAN PEMBIAYAAN/PINJAMAN PKS MyASSIST imSME
Setelah anda sudah mempunyai akaun imSME, berikut adalah cara daftar permohonan imSME :
Layari portal imsme.com.my.
Pada paparan pertama kongsikan keperluan kewangan yang anda perlukan. Klik pada butang Mohon Sekarang.
Pada paparan berikutnya isikan maklumat dikehendaki seperti :
Tujuan Pembiayaan (contoh Modal kerja atau anda boleh memebuat pilihan lain)
Jumlah Pembiayaan (telah diisi semasa pemohonan pertama)
Tempoh Bayaran Ansuran
Jenis Perniagaan
Setelah selesai, klik pada kotak Seterusnya. Kemudian anda diminta untuk memberikan maklumat perniagaan. Sila masukkan maklumat seperti yang diminta dan klik kotak Seterusnnya
Paparan akan meminta anda untuk masukkan ID Pengguna ( No. Pendaftaran Perniagaan / No. Lesen Perniagaan/ No. MyKad) dan masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan.
Tekan pada Log Masuk. Pilih pada produk yang dicadangkan untuk anda. Setelah anda membuat pilihan, pihak pembiayaan/ bank akan menghubungi anda dalam tempoh 2 hari bekerja untuk langkah seterusnya.
Permohonan anda selesai!
SOALAN LAZIM
Apakah maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan padanan pembiayaan/ pinjaman melalui imSME?
Butiran seperti maklumat peribadi dan perniagaan iaitu nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, maklumat kewangan perniagaan, nama pemilik/rakan kongsi/ pemegang saham/pengarah diperlukan untuk mendapatkan padanan pembiayaan/ pinjaman melalui imSME.
Mengapakah imSME memerlukan maklumat peribadi, rakan kongsi, pemegang saham atau pengarah untuk membuat pemadanan pinjaman/pembiayaan imSME?
Maklumat peribadi diperlukan untuk tujuan pengesahan dan untuk memastikan peminjam tersebut adalah pemilik, rakan kongsi, pemegang saham dan/atau pengarah syarikat yang sah.
Bagaimanakan PKS boleh memantau status rujukan pembiayaan/pinjaman imSME?
PKS perlu log masuk ke imSME untuk memantau status yang tertera pada papan pemuka akaun.
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Jika ada pertayaan tentang login MyASSIST imSME,PKS boleh berinteraksi dengan Chatbot iDA (imSME Digital Assistant) untuk pertanyaan umum atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan imSME di talian 03-7880 0088 pada waktu operasi (Isnin – Jumaat) dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Alternatif yang lain ialah e-mel:
[email protected] untuk bantuan lanjut.
The post LOGIN MyASSIST imSME:CARA DAFTAR PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PEMBIAYAAN/PINJAMAN PKS appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/login-myassist-imsme.html