Login Hrmis 2 0 Cara Log Masuk Kemaskini Portal Hrmis2 Eghrmis Gov My
LOGIN HRMIS 2.0:CARA LOG MASUK & KEMASKINI PORTAL hrmis2.eghrmis.gov.my
Berikut adalah panduan login HRMIS 2.0 atau Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia 2021.
Untuk log masuk sila ke login page HRMIS di alamat berikut http://www.eghrmis.gov.my/
HRMIS adalah sistem yang dibangunkan khas untuk penjawat awam mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia seperti:
Pengurusan Gaji
Pengurusan Perubatan
Pengurusan Persaraan
Pertukaran
Pengurusan Cuti
KPI, dan lain-lain
HRMIS 2.0 LOGIN PAGE 2021
Bagi mengakses portal HRMIS,sila layari http://www.eghrmis.gov.my/
Jika anda ingin gunakan telefon pintar,boleh muat turun aplikasi myHRMIS Mobile
Sila muat turun melalui Google Play Store atau App Store. Berikut adalah tutorial bergambar cara muat turun aplikasi myHRMIS Mobile
Antara perkhidmatan yang disokong applikasi tersebut antaranya:
myHRMIS Cuti – menyemak kelayakan cuti, memohon cuti, melulus cuti
myHRMIS Profil – maklumat peribadi, pendidikan, anugeras
myHRMIS eGL – memaparkan maklumat dan gaji pegawai, menjana eGL
CARA LOGIN HRMIS 2.0
Layari portal HRMIS https://hrmis2.eghrmis.gov.my
Klik ikon 2.0 untuk ke portal HRMIS 2.0
Sila masuk ID Pengguna dan KATA LALUAN HRMIS
Klik HANTAR untuk login.
Sila kemaskini kata laluan anda. Bina kata laluan anda yang baru yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
Mengandungi huruf dan nombor
Mengandungi aksara khas atau simbol seperti “@”
Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
Proses login HRMIS anda sudah berjaya
CARA KEMASKINI HRMIS 2.0
Bagi memudahkan penjawat awam membuat kemaskini HRMIS 2.0,berikut adalah aplikasi MyHRMIS yang boleh digunakan dengan cepat dan senang:
MyHRMIS Cuti
Aplikasi MyHRMIS Cuti membolehkan penjawat awam:
membuat permohonan cuti rehat
menyemak status cuti
menyemak kelayakan cuti
menyokong cuti dan melulus cuti
MyHRMIS Profil
Aplikasi MyHRMIS Profil membolehkan penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dikunci masuk ke dalam Aplikasi HRMIS.
Pengguna yang telah mendaftar dengan MyHRMIS Cuti tidak perlu mendaftar semula untuk aplikasi ini.
MyHRMIS eGL
Aplikasi MyHRMIS eGL memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual.
Maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini diambil dari Sistem HRMIS.
MyHRMIS Care
Aplikasi MyHRMIS Care memberi kemudahan kepada penjawat awam mendapatkan bantuan dan memberi cadangan penambahbaikan, menyemak status aduan serta merujuk soalan-soalan lazim yang disediakan.
MyHRMIS Self Check
Aplikasi MyHRMIS Self Check memberi kemudahan kepada penjawat awam menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS.
MyHRMIS Keluar Pejabat
Aplikasi MyHRMIS Keluar Pejabat membantu memudahkan pengurusan keluar pejabat penjawat awam dalam waktu bertugas serta mematuhi Perintah AM 5 Bab G –Mematuhi Waktu Bekerja .
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi talian telefon 03-8321 1400 atau e-melkan permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di
[email protected].
Boleh dapatkan info terkini melalui melalui laman Facebook rasmi Change Management HRMIS JPA.
Hadir ke alamat Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya.
The post LOGIN HRMIS 2.0:CARA LOG MASUK & KEMASKINI PORTAL hrmis2.eghrmis.gov.my appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/login-hrmis-2-0.html