Lockdown Covid 19 Bermakna Travel Blogger Tiada Kerja
Satu dunia kini membuat lockdown semenjak pandemik COVID-19. Admin pun tak sangka COVID-19 begitu serius hingga satu dunia kini lockdown.
Lockdown bermakna penggerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain didunia ini akan terbatas. Malah apabila lockdown, anda tidak boleh memasuki sesebuah negara dan anda sendiri tidak boleh ke negara orang malah melancong di dalam negeri sendiri.
Hebatkan COVID-19 ini. Perkara pertama yang ia bunuh ialah industri pelancongan dan seangkatanya seperti industri hotel, penerbangan serta pemandu pelancong. Malah kaki travel juga akan terbantut untuk berjalan pada tahun 2020 ini dan mungkin hingga tahun 2021.
Admin bernasib baik sempat melancong ke Medan pada awal bulan Mac dan bersyukur tiada apa-apa yang berlaku. Admin memang tak sangka hebat betul penangan COVID-19 ini.
Pada tahun 2020 ini admin mempunyai 2 lagi perancangan pelancongan iaitu ke Jeju dan Chiang Mai dan nampaknya terpaksa dibatalkan gara-gara COVID -19 ini. Malaysia hampir selesai COVID-19 ini tetapi beberapa negara lain masih lagi berhempas pulas melawan COVID-19 ini.
Admin masih boleh membatalkan tempahan hotel dan pemandu pelancong tetapi tiket kapal terbang nampak gaya terpaksa dilupuskan begitu sahaja kerana admin tahu syarikat penerbangan tak mampu nak bayar re-fund.
Jangan cari penyakit dalam masa sekarang ini, COVID-19 ini bukan calang-calang punya virus. Ia dah membunuh hampir beratus ribu penduduk dunia. STAY AT HOME adalah langkah yang terbaik buat semua masyarakat dunia sekarang ini.
Janganlah kita menjadi kluster obersea yang membawa penyakit ini ke Malaysia sekali lagi. Nasihat admin batalkan semua perancangan anda pada tahun ini dan stay at home. Walau pun hati ini membuak-buak ingin melancong tetapi tahun 2020 bukanlah tahun yang terbaik untuk kita.
Admin pun kerugian namun nak buat apa, kalau difikir secara logik, memang lambat lagi COVID-19 ini akan reda. USA serta negar Eropah tengah hancur sekarang ini pasal COVID-19. Filipina dan India tengah berperang dengan rakyat mereka untuk lock down. Indonesia belum menunjukkan tanda-tanda penurunan.
Untuk kaki travel admin harap semua bersabar dan gunakan peluang ini untuk simpan duit dan dan tamat sahaja COVID-19 ini, jalanlah sepuas yang mungkin. Nak minta cuti pada tahun ini pun macam tak kena sebab dah sebulan lebih kita bercuti dengan gaji dari pihak syarikat. Takkan nak minta cuti lagi setelah habis COVID-19 ini.
Blog travel ini pun akan bersawang buat seketuka namun anda masih boleh membaca secara detailed intineri yang pernah kami pergi. Baca dengan detailed sebab artikel admin ini tentang pelancongan sesuatu tempat itu memang cukup detailed ,jika satu tempat admi pergi, palig kurang akan terdapat lebih dari 7 artikel serta video yang admin buat.
Pergi ke intineri penuh artikel admin dan klik setiap link dalam tu dan ia membawa anda penerangan lanjut tentang tempat tersebut. Selamat membaca dan STAY AT HOME dan KITA JAGA KITA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://haniftravel.blogspot.com/2020/04/lockdown-covid-19-bermakna-travel.html